Saturday, 11 July 2015

Cerpen: Selamat Tinggal Awak



Sebaik sahaja aku pulang dari solat terawih. Aku perhatikan si 'dia' yang sering mengelamun di pangkin kecil itu. Sejak akhir-akhir ni si 'dia' tidak seceria sebelum ini. Terdetik dalam hati untuk menegurnya.

"Awak..." Panggil ku lembut. Seraya itu dia menolehkan wajahnya. Senyuman lembut diberikan padaku.

"Boleh saya duduk?" Soalku. 

Si 'dia' hanya mengangguk tanda diizinkan. Si 'dia' berganjak ke kiri sedikit bagi memberi ruang padaku untuk melabuhkan punggung.

"Awak okay? Saya tengok awak muram sahaja. Kenapa?" Just straight to the point jela. Lagipun memang niat aku nak tanya soalan tu. Aku bukan orang yang suka masuk simpang kiri kanan.

"Okay je. Cuma sedih lagi beberapa hari sahaja saya dah nak balik." Jawabnya dengan nada sayu.

Aku pula menekurkan kepala apabila mendengar jawapannya. Oh! Patutlah 'dia' sering muram sejak akhir-akhir ni. Entah kenapa, aku rasa sebak bila dia ungkapkan kata-kata tadi.

"Awak. Kalau awak jangan balik tak boleh ke? Saya rasa sedih nak lepaskan awak. Sejak kedatangan awak hari itu. Awak dah menceriakan hidup saya." Ujarku.

Si 'dia' menghelakan nafas perlahan. Kemudian dia berkata.

"Jika boleh, saya nak sangat berada disisi awak selama-lamanya. Tapi, apakan daya. Tempoh yang diberikan hanya tiga puluh hari. Saya tak boleh buat apa-apa lagi."

Aku masih menekurkan kepala. Setitis demi setitis air mata mengalir. 

"Sebelum saya pergi. Saya nak minta sedikit permintaan boleh?" 

Aku mengangkat muka. Air mata dikesat perlahan.

"Apa dia?" Soalku.

"Untuk sepuluh malam terakhir ni. Boleh tak kita sama-sama beribadat? Mungkin ini peluang terakhir kita. Dalam pada itu, ada juga kenangan yang tercipta untuk kita berdua. Boleh?" 

Aku tersenyum mendengar permintaannya. Perlahan-lahan kepala jatuh setuju. Aku lihat si 'dia' pula tersenyum gembira.

Tiba sahaja hari yang disebutkan itu. Aku dan si 'dia' tidak lepas dari melakukan amal ibadat. Selesai sahaja kami bersolat terawih, kami menyambung dengan bertadarus bersama. Mana yang salah tajwidnya, si 'dia' bantu memperbetulkan. Sejujurnya, aku begitu lemah dalam hukum tajwid al-Quran. Namun, dengan ada kehadiran si 'dia'. Bacaan ku kini semakin lancar.

"Awak. Kenapa ek? Hari ni saya rasa macam tenang je. Nyaman je suasana hari ini." Soalku yang dalam perjalanan ingin pulang dari masjid.

"Itu maknanya, awak dah jumpa malam Lailatul Qadar. Malam seribu bulan. Tahniah wak." Ucapnya. 

Aku tersenyum. Mungkin juga. Sebab ada orang kata, jika munculnya malam Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir, akan ada satu malam dimana ia terasa tenang dan nyaman.

"Awak..." Panggilku.

"Ye." Sahutnya.

"Tak boleh ke awak tangguh sehari?" Soalku.

"Tak boleh. Persinggahan saya kali ini sudah ditetapkan. Memang tiga puluh hari." Jawabnya yang sudah mula meninggi.

Aku tertunduk. Menitis sekali lagi air mata ini. 

"Awak. Saya minta maaf. Saya tak ada niat nak tengking awak. Maafkan saya." 

"Tak. Awak tak ada salah langsung dengan saya." Jawabku dalam nada sendu.

"Awak jangan lah sedih macam ni. Awak kena ingat, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah lumrah sebuah kehidupan. Awak kena terima semua tu." Nasihatnya.

Aku mengangguk faham. Pasti saya akan merindui awak. Saya akan pastikan!

Kini, tiba lah hari yang paling menyedihkan. Hari di mana, si 'dia' ataupun namanya Ramadhan akan meninggalkan aku. 

"Awak. Azan maghrib dah berkumandang. Saya minta izin daripada awak untuk pergi dahulu. Awak jangan sedih tau. Ingat pesanan saya hari tu. Setiap pertemuan ada perpisahan."

Aku tersenyum. Menyembunyikan seribu kedukaan. Terasa berat hati yang kecil ini untuk melepaskan Ramadhan pergi. Namun, terpaksa juga aku tabah dan redha. Memang benar katanya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

"Baiklah. Saya izinkan awak pergi. In Sha Allah, umur panjang. Kita jumpa pada tahun hadapan." Balasku.

"Awak jaga diri baik-baik. Teruskan beramal ibadat. Sematkan dalam hati awak dengan kalimah Laa ilaaha Illallah. Jaga iman awak sentiasa. Saya pergi dulu." 

Ramadhan memberikan lambaian terakhir padaku. Aku membalas lambaian itu dengan penuh kehibaan. Makin lama makin hilang Ramadhan dari pandangan ku. 

'Selamat tinggal Ramadhan. Terima kasih atas kesudian mu membawa aku ke jalan yang benar. In Sha Allah, aku akan sentiasa ingat pesanan mu. Terima Kasih Ramadhan.'

Saturday, 13 June 2015

Cerpen: Terima Kasih Cinta



Majlis makan malam yang diadakan di sebuah restoran terkemuka demi meraikan kemenangan yang diperolehi pasukan bola sepak negara sungguh meriah.

Jenis makanan? Toksah dicerita. Ayam golek. Kambing bakar. Barbeque. Sate. Wuiii. Rambang mata nak pilih. Silap-silap ni semua boleh kenyang sebulan.

Aku disini sebenarnya dijemput untuk meraikan kejayaan encik suami 'terchenta' setelah menerima anugerah pemain terbaik asia. Kalau ikutkan hati, malas nak pergi. Sebab, aku tak berapa minat dengan majlis yang begitu sesak. Namun, demi nak jaga hati encik suami. Terpaksa redha jela.

Ini yang aku malas nak datang. Encik suami bila sibuk dengan member dia, aku yang dah macam tunggul kayu dekat sini pun dia buat tak kisah. Geramnya hati bila dia biarkan aku tercongok sorang-sorang dekat sini.

Daging kambing yang terhidang dalam pinggan ku hiris dengan kasar. Geram! Sakit hati!

"Ganasnya you makan kambing tu?" Sapa suara itu membuatkan aku terkejut. Nyaris melatah.

"Amanda. Terkejut I. Takdelah. Cuma I bengang sikit. Daging ni liat sebenarnya. Dari tadi tak terpotong-potong. Sebab tu ganas semacam I pegang pisau." Jawabku selamba dengan penuh kebohongan.

"Kelakar juga ek you ni. Untung lah Izzue dapat isteri macam you. Dah la lawa. Package dengan kelakar pula tu." Balasnya berlagu.

Dari intonasi dia bercakap, macam lain macam? Berlagu tu buat aku rasa dia ni pelik bebenor.

"Eh! Takde la. Biasa je." Ujarku.

Kemudian, kami terdiam. Tak kawtim macam ni la. Cuba kawtim. Silap-silap macam cerita keluar.

"Kita tak kenal sangat kan sebelum ni. You kerja apa sebenarnya?" Soalnya setelah sepi lima minit.

"Cikgu je. Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bangsar." Jelasku.

"Ooo. Cikgu. You kenal dengan Izzue dah berapa tahun? Sebab I rasa Izzue tak pernah cerita pasal you sebelum you all's kahwin. Tup tup ada announce dia nak kahwin dengan you." Tuturnya.

Minah ni macam nak spoilkan mood aku. Atau dia ada bau yang hubungan aku dengan encik suami 'terchenta' tu tak berapa mesra? Tak boleh jadi ni. Orang lain tak boleh tahu masalah kami.

"Errr.. Dah...." 

"Sayang. Jom balik. Esok sayang ada class dengan budak form 5 kan?" 

Belum sempat aku klentong Amanda, Izzue dah potong. Tunjuk lagak sweet depan orang ramai. Konon bahagia lah. Peluk-peluk bahu. Ingat kan pandai main bola je. Rupanya pandai main drama juga.

"Eh, Izzue! Dah nak balik dah? Awal lagi." Kata Amanda.

"Ikutkan memang nak balik lambat sikit. Tapi, wife I esok ada class mengajar. So, I kena balik la. Sorry Amanda. Tak dapat borak dengan you." Ulas Izzue.

Amanda hanya tersenyum dan mengangguk.

Tas tangan aku diambil oleh Izzue dan tapak tangan aku diraih lembut olehnya. Menyampahnya dengan drama swasta tak laku dia ni. Nak tunjuk depan orang. Nampak sangat tengah berlakon. 

*****

Hubungan aku dan Izzue memang lain dari pasangan suami isteri yang lain. Sejak awal perkahwinan sehingga sekarang, sentiasa dingin. Tak boleh silap sikit. Lambat sikit pun tak boleh. Ada je yang dicopnya aku ni bimbo la. Lembab la. Itulah. Inilah.

Ini semua ibu dengan abah lah yang rancang. Semua nak kena ikut plan dorang. Katanya nak rapatkan hubungan persahabatan abah dengan papa yang dah lama kenal. Tapi, papa pula cakap lain. Dia satukan Izzue dengan aku sebab. Tak tahan dengan perangai buaya darat si Izzue. Sana sini perempuan. Disebabkan Izzue 'The Best Ever Playboy in The World' aku yang jadi mangsa. 

"Cikgu!"

"Oh mak kau meletup!" Aku mengusap dada akibat sergahan yang diberikan oleh anak murid aku. Dia pula sudah ketawakan aku. 

"Ada apa?" Soalku

"Kelas dah habis. Boleh kitorang balik?" 

Aku kerling jam tangan. Sudah menunjukkan satu tengahari. Ya Allah! Aku dah lewat. Patutnya kelas habis pukul dua belas empat puluh lima. Kini, sudah terlewat lima belas minit. Kesian anak murid aku. Kena balik lewat hari ini. Sebab aku berangan. Jangan lah ada yang complain dekat parents aku berangan lepas mengajar. Tu yang balik lewat.

"Err. Okay pelajar. Sampai sini sahaja pembelajaran kita. So, kita jumpa Isnin nanti. Homework yang saya bagi jangan lupa settle kan." Pesanku sebelum bergerak pulang.

"Terima kasih cikgu!" Ucap ketua kelas dan diikuti yang lain.

Sewaktu aku mengemas barang-barang yang bersepah atas meja, nada dering Iphone berbunyi. Menandakan ada mesej WhatsApp baru masuk.

From: Izzue
Kenapa balik lambat?

Ceh! Lambat lima belas minit dah kecoh. Dia yang balik lambat berejam-jam tu elok pula?

To: Izzue
Sorry. Students minta masa sikit nak ajar mana yang tak faham. 

Grey Tick?! 

Lantak dia lah nak baca ke tak? Dia kadang kalau aku mesej bukan nak baca. Telefon pun tak pernah nak angkat.

Suami yang sungguh mithali!

*****

Chocolate latte yang selalu menjadi kegemaran aku kali ini hanya mampu menguis-guis sahaja. Takde selera pula aku kali ini. Minum pun dua kali sedut je.

"Oi!" 

Bahu aku terhenjut sekali dengan mata terkedip apabila Alya yang lama terdiam sergah aku.

"Kau okay tak? Dari tadi aku perhatikan kau senyap je."

Aku mengeluh perlahan apabila Alya menanyakan soalan sebegitu.

"Alya. Kau tahu tak macam mana nak hidup bahagia dengan suami sendiri?" Soalku setelah kami berdua diam sejenak.

"Aku? Kau tanya aku?" Soalan berganti soalan.

Aku mengangguk laju. Aku tanya engkau lah bengong! Siapa lagi yang tengah lepak dengan aku?! 

"Kau ingat aku tahu bab-bab ni?" Soalnya selamba.

Nyaris tersembur! Kau kan. Dari dulu kalau soal ke jawab ke mesti selamba badak tu tak tinggal. 

"Takkan kau tak tahu satu pun? Okay macam nilah. Macam mana keadaan abang kau dengan isteri dia?" 

"Mana aku tahu. Sebab dah lama dia tak balik jenguk kitorang. Balik pun sekejap. Mana aku nak tahu chemistry dorang macam mana?"

Aku tepuk dahi. Haila. Nasib kita kenal dah lama cik Alya oii.

"Ni kau tanya aku pasal ni semua kenapa?" Soalnya lalu kentang goreng dimasukkan ke dalam mulutnya.

Aku merenung kembali wajahnya. Nak story ke tak ek? Dia dah lama kenal aku. Tapi kalau aku cerita. Macam aku ni mintak simpati pula.

"Wahai saudari Puan Aira Farzana. Dengar tak aku tanya apa?"

Aku mengeluh perlahan. Kemudian aku tersandar pada kerusi.

"Ni... Mesti ada problem dengan husband kau. Kan?" Tekanya.

Cerdiknya kau kawan. Takpe. Aku bagi kau empat bintang....

"Entah lah doe. Sejak awal perkahwinan lagi aku dengan dia macam orang asing. Bercakap pun time perlu. Kadang time aku tengah susah ke or whatever berlaku. Dia ambil kisah pun macam nak tak nak je." Ceritaku.

"Jadi. Korang tak tidur sekatil. Tak 'ehem ehem'." Soalnya dengan riak ekpresi muka.

"Ngek ah kau! Ke situ pula fikir. Kau kalau bab ni! Ke main laju lagi." Balasku.

"Takde lah. Kalau gitu maknanya. Memang lambat lah aku nak dapat anak buah. Aiseyman. Amenda la Izzue tu. Harimau kalau nampak daging pun dia takkan tolak la. Inikan pula kau yang mantop tip top ni. Pelik aku." Jawabnya.

"Engkau ni! Nak samakan aku dengan daging ke?" Tone ditinggikan sedikit. Namun, masih boleh terkawal. Tempat public. Control sedikit.

Alya mula menayangkan sengihan kambing yang menunjukkan gigi putihnya tersusun rapi.

"Soal tidur sekatil tu. Kitorang masih tidur sekatil. But soal tu. Entah la. Sebab aku tidur dengan gaya menggoda pun macam takde apa-apa berlaku." Ujarku.

"Hahahaha. Dahsyat. Macam mana cara kau tidur menggoda? Cerita sikit." Katanya sambil tertawa.

Segumpal tisu aku baling ke arahnya.

"Ingat kelakor?!" 

"Dahlah. Jom lah balik. Kang bising pula suami 'terchenta' kau tu. Tak pasal-pasal masuk paper. Izzue cakap aku caras bini dia." Kata Alya.

"Hergh! Takde makna dia nak bising bagai. Ni ntah-ntah aku balik, dia takde dekat rumah." Balasku.

*****

Aku merenung gerak langkah Izzue yang baru sahaja keluar dari bilik air. Gamaknya macam nak keluar lagi malam ni. Baru je semalam keluar. Takkan nak keluar lagi?

"Errr.. Awak." Panggilku.

"Hurmm..." Balasnya

Itu je? Hurmm je? 

"Errr.. Esok saya ingat nak keluar kejap. Nak cari barang dapur dengan Alya. Boleh?." Jelasku.

"Hurmm. K." Jawabnya macam acuh tak acuh.

Ish! Buang karen jela aku cakap dengan kau. 

"Awak nak ke mana ni?" Soalku apabila melihat dia butang baju kemeja T putih yang tersarung pada badannya.

"Keluar kejap." Balasnya.

"Tak boleh ke kalau sehari tu awak cuba duduk rumah? Sehari je." Ulasku.

Kemudian dia berpalingkan tubuh menghadapku.

"Habis? Kalau aku duduk rumah ni? Aku nak buat apa? Layan kau macam puteri bidadari? Macam tu?" Gertaknya.

"Saya tak minta awak nak layan saya macam bidadari. Tapi, awak tahu tak? Saya dah mati kutu nak jawab bila mama awak sibuk tanya awak ada dekat rumah ke tak? Awak sebenarnya pergi mana? Kadang tengah larut malam baru balik."

"Soal aku pergi mana ke? Balik lewat ke? Tolong jangan sibuk boleh?!" 

"Sebab awak suami saya! Saya kena tahu semua tu." 

"Tolong jangan sebut perkataan 'suami' tu lagi. Aku tak suka! Ingat sikit. Kita kahwin pun bukan dasar cinta. Tak payah gatal nak sebut suami isteri bagai!" Jerkahnya. Iphone 6s yang berada di atas meja solek dimasukkan ke dalam kocek sakunya.

Pintu bilik dikuak kasar dan tutup kembali dengan kasar. Terhenjut bahu aku melihat keadaannya.

Air mata terus menitik mengenangkan cara dia melayan aku. Buku diari biru dalam laci meja solek ku capai dan ku coretkan beberapa baris ayat

'Kalau tidak mampu hidup dengan aku. Tolong ceraikan aku. Aku inginkan kebahagiaan.'

*****

"Wei! Kau okay tak?" Soal Alya apabila aku sedang memilih ikan segar ini.

"Okay. Kenapa?" Soalku pula.

"Takde la. Aku tengok mata kau. Sembab. Dah macam panda dah." Jelasnya.

"Oh! Aku tidur lambat. Nak siapkan tanda kertas periksa budak-budak tu." Bohongku.

"Yeker? Tipu lah. Selalu kau yang lambat tanda. Ni mesti kau menangiskan semalam?" 

"Mana ada? Betul lah aku tidur lambat. Semalam mood nak tanda awal datang. So aku tanda lah." 

"Eh! Boleh pula macam gitu?" 

"Dah lah! Jom kita bayar semua ni. Aku rasa dah cukup dah semua ni. Kau nak tambah apa-apa ke?" Soalku.

Alya menggeleng laju. Hadapan troli dia cuba tarikkan. Apa punya pasar la ni. Troli pun dah tak elok gerak. 

Setelah selesai membuat pembayaran, aku dan Alya melangkah keluar menuju ke tempat letak kereta. Sewaktu aku sedang masukkan barang-barang ke dalam bonet kereta. Aku rasa Alya sedang menepuk-nepuk bahu aku.

"Kau nak apa? Dah tak boleh cakap?" Soalnya apabila aku lihat dia sedang menunding jari ke arah belakang aku.

"Izz.. Izzue. Suami kau."

Izzue? Aku cuba menoleh ke belakang. 

Apa yang aku nampak ialah dia bersama seorang wanita sedang melangkah masuk ke dalam sebuah restoran. Ya Allah! Apa semua ini? Aku dapat lihat. Dia sedang mesra dengan wanita itu. 

"Kasanova!" Satu perkataan yang terpacul dari mulut aku.

"Masuk dalam kereta Alya." Arahku.

Kelam kabut Alya masuk ke dalam kereta. Enjin kereta aku segera hidupkan dan terus meluncur keluar dengan laju.

*****

Kelas tingkatan 4 Kasturi selesai. Sekarang free. Naik rehat baru ada kelas tingkatan 5. Beginikah rasa penatnya menjadi seorang pengajar? Patutlah dulu cikgu sekolah aku selalu tension. Sekarang baru aku faham. Agaknya budak-budak ni dibagi makan apa la agaknya ek? Degil semacam!

Aku labuhkan punggung di atas kerusi. Mata aku tertancap pada sekuntum bunga yang berada di atas meja ini. Siapa yang bagi?

Aku meliarkan mata sekeliling. Tiada orang. Siapa pula yang bagi bunga ni? Takkan Izzue? Takkan lah. Izzue tu jangankan bunga. Pasu bunga pun jangan harap dia nak bagi.

"Mas. Kau tahu siapa bagi bunga ni?" Aku menyoal cikgu Mashita yang sedang sibuk menanda buku.

"Entah. Aku baru masuk sepuluh minit lepas. Aku datang bunga tu dah terdampar dekat situ." Jelasnya dan sambung kembali menanda.

Ish! Pelik. Siapa yang bagi ni? 

"Alya!" Jeritku kecil.

Alya hanya bangun dan mengisyaratkan kepala 'ada apa?' dia tu.

"Sini lah kejap!" Bisikku perlahan.

Alya segera bangkit dan bergerak ke arah aku. 

"Ada apa?" 

"Kau tahu siapa bagi bunga ni?" 

Segera dia menjongketkan bahu tanda tidak tahu. Aku pula mula fed up. 

"Kenapa? Tak suka ke bunga yang saya bagi?" Sapa satu suara garau.

Seraya dengan itu, aku terus menoleh ke kanan aku. Cikgu Aiman? Dia yang bagi?

"Awak yang bagi?" Soalku.

Terus dia menganggguk laju. 

"Kenapa awak bagi bunga?" Soalku lagi.

"Sebab saya suka awak." Ujarnya.

Gulp! Dia suka aku? Dia kata dia suka aku? Ada juga orang sukakan aku. Tapi, malangnya saya tak dapat terima awak lah Aiman. Hati saya tetap pada suami saya. Maafkan saya.

"Errrr. Aiman. Terima kasih jelah sebab awak bagi bunga ni. Saya sebenarnya, tak berapa minat dengan bunga. Sorry." Kataku sambil menghulurkan bunga ros itu kepadanya.

Dilihatkan wajah ekpresi cikgu Aiman seperti orang kecewa. Aiman. Bunga bukan sekuntum. 

"Takpe. Tapi, saya tetap sukakan awak." Bisiknya ke telinga aku. 

Mata aku terbuntang. Kemudian, menoleh ke arah Alya. Aku rasa Alya dengar apa yang cikgu Aiman ucapkan. 

Aku mengisyaratkan mata pada Alya.

'Macam mana ni?'

Alya juga membalas.

'Mana aku tahu?'

*****

Hari demi hari aku sering diganggu oleh cikgu Aiman. Ish dia ni. Sejak aku cakap aku tak minat bunga. Terus dia tukar hadiah. Kali ni, bagi coklat pula. Coklat mahal pula tu. Tak tergamak aku nak makan.

Atas bungkusan coklat itu sempat dia tulis.

'Sudikah engkau menerima ku sebagai teman istimewa mu?'

Ceh! Mesti dia ni jenis tak pandai berbahasa sasterawan. Main straight to the point je cakap.

"Dah baca?" 

"Ish awak ni! Suka sangat terkejutkan saya." Balasku dengan nada geram. 

"Will you?" Soalnya sambil tersenyum.

"Will apa?" Soal berganti soalan.

Kemudian dia tertawa kecil. Oh okay! Aku faham. 

"Err. Habis sekolah nanti, awak tunggu saya dekat kedai mamak depan tu. Biar saya explain dekat awak." Arahku.

"Demi awak cik Aira Farzana . Saya sanggup." Balasnya kemudian terus keluar dari bilik guru.

"Alya." Sapa ku.

"Hurmm." Alya sedang fokus mengira markah peperiksaan Bahasa Melayu anak muridnya.

"Kau nak coklat?" Soalku.

Alya terus berdiri dan terhenti kerjanya.

"Nak!" 

Aku terus hulur coklat yang cikgu Aiman beri pada aku. Alya memang pantang dengar coklat. Semua dibedal. Coklat yang takde rasa pun sanggup dibedal. Lantak kau lah Alya, janji kau happy dapat coklat.

*****

Hampir setengah jam aku menunggu cikgu Aiman. Tadi aku suruh dia tunggu aku. Ni aku pula yang tunggu dia. Ish! Aku tak boleh lambat ni. Nanti harimau jadian tu marah aku balik lambat.

"Ish! Mana pula mamat ni pergi? Berjanggut aku tunggu. Dah nama pun lelaki kan." Bebelku seorang diri.

"Aira! Sorry lambat. Ada kerja sikit dekat sekolah tadi." Tanpa dipelawa duduk, dia dah duduk. Bagus.

"It's okay. Saya pun baru je sampai. Setengah jam lepas." Perliku.

"Tadi, awak kata nak explain satu perkara. Apa dia?" Soalnya. Nampaknya macam tak sabar je. 

"Okay. Saya harap. Awak dah ready seratus peratus penjelasan saya. Boleh?"

Cikgu Aiman segera menganggukkan kepala.

"Saya betul-betul minta maaf sebab saya tak boleh terima segala hadiah yang awak beri dekat saya." Jelasku. 

"Memang saya tak minat bunga. Tapi, apa yang awak bagi tu, saya memang tak boleh terima. Maaf." Aku keluarkan segala hadiah yang diberikan. Rantai. Gelang. Dan sebagainya. Kecuali coklat. Sebab mungkin dah selamat dekat perut Alya Kirana.

"Tapi. Awak boleh terima saya sebagai teman istimewa kan?" Soalnya seperti berharap.

"Aiman. Lagi sekali saya minta maaf. Sebenarnya, saya dah kahwin. Saya isteri orang. Saya betul-betul minta maaf sebab tak terus terang dengan awak." Jelasku lagi.

Aku lihat riak wajahnya bertukar menjadi kecewa.

"Tak. Patutnya saya yang minta maaf sebab selalu ganggu hubungan awak dan suami awak." Ujarnya.

"No. Saya salah. Sebab saya tak bagitahu status saya dekat semua orang. Yang tahu status saya baru tiga orang. Pengetua, Alya dan awak." Kataku.

"Saya doakan awak bahagia disamping suami awak. Maafkan saya sebab ganggu awak." Tuturnya.

Aku hanya tersenyum. Alhamdulillah. Dia boleh terima juga. Lega hati.

"Tapi. Kita boleh jadi kawan kan?"

Aku mengangguk laju. Dilihatkan gaya cikgu Aiman. Terasa macam nak kenenkan dia dengan Alya lah. Minah tu dah la payah sikit nak jumpa teman hati. Dari dulu sampai sekarang tak pernah ada seorang pun. So, apa salahnya aku tolong. Kawankan.

*****

Nada dering Iphone Izzue berbunyi. Terhenti kerja menanda aku. Kemudian aku alihkan pandangan ku pada pintu bilik air. Sekarang Izzue sedang mandi. Siapa yang mesej tu?

Entah kenapa. Hati aku tergerak untuk membuka isi pesanan ringkas itu. Tatkala aku tekan sahaja 'button on/off' mata aku terbuntang. Amanda? Ini bukan perempuah hari tu ke?

'Bie. I miss you so much. Bila nak datang rumah I?' 

Datang rumah? So. Selama ni Izzue balik lambat? Dia... 

Bagai direntap kasar hati aku apabila baca mesej tersebut. Ya Allah. Kenapa sikap kasanova suami ku masih belum hilang? 

Pintu bilik dikuak. Cepat-cepat aku kesat air mata dan hulurkan Iphone padanya.

"Ada mesej." Kataku dengan suara yang sedikit serak.

Dapat didengar keluhan halus dari mulut Izzue.

"Saya tidur dulu." Kataku.

"Nanti." Tangan aku diraih kuat.

Aku cuba untuk lepaskan pegangannya namun makin aku rentap, makin kuat pegangannya pada lengan aku.

"Sakit la." Adu ku lembut.

"Kau baca mesej ni?" Soalnya.

Kalau aku cakap bangang nanti aku yang dapat dosa. Maki suami sendiri.

"Tak lah. Saya tengok je." Perliku. Perkataan tengok tu aku tekankan. 

"Tolong jangan percaya mesej dia. Please." 

"Kenapa tak bagi saya percaya? Sudah terang lagi bersuluh kan awak memang ada hubungan dengan dia." Ujarku. Siap selitkan pepatah lagi.

"Bila masa pula aku ada hubungan dengan dia?" Soalnya dengan riak seolah-olah terkejut dengan penjelasan aku. Konon!

"Mata saya belum buta lagi untuk buat kesimpulan yang awak memang ada hubungan dengan dia." 

"Saya ada terserempak dengan awak dekat luar. Masa tu saya tak perasan awak langsung. Tapi, bila Alya cakap yang dia nampak awak. Terus saya toleh ke belakang. Awak bermesraan dengan seorang perempuan. Siap berpegang tangan. Hati saya hancur lebur tengok awak berdua. Awak sudi pegang tangan dia. Tapi, tangan saya? Awak langsung tak sudi nak pegang. Apatah lagi sentuh saya! Isteri mana tak cemburu kalau suami sendiri nekad buat sedemikian pada orang lain. Tetapi, pada isteri sendiri. Langsung tidak tergamak!" Bercucuran air mata mengalir. Lega. Semua yang terbuku dalam hati semua dilepaskan.

"Aira. Aku minta maaf pasal tu. Tapi, jujur. Aku langsung tak ada apa-apa perasaan dekat Amanda. Kes hari tu, aku saja tunjuk depan dia. Sebab dia selalu desak aku. Aku tak tahu nak buat apa. Hati pun tak tergamak nak kecewakan dia." 

"Awak cakap macam orang takde agama kan. Kalau orang lain awak tak tergamak. Tapi saya? Isteri awak sendiri. Awak tergamak kecilkan hati saya. Kecewakan diri saya." 

Suara semakin serak akibat tangisan yang sering mengalir.

"Aira. Aku sedar. Apa yang aku buat memang salah. Aku langsung takde niat nak curang dengan kau. Walaupun aku rasa perkahwinan kita macam satu paksaan. Tapi, aku tetap anggap kau sebagai isteri aku yang sah!"

Aku menolak bahunya. Matanya ku renung sedalam-dalamnya.

"Tipu! Dulu awak selalu cakap yang awak tak nak dengar perkataan suami. Awak selalu cakap yang saya takkan dapat pengiktirafan isteri daripada awak. Awak akan lepaskan saya bila tiba masanya. Hari ni baru awak nak cakap saya isteri awak?" Kata-kata ku sungguh sinis.

"Ya. Memang dulu aku cakap macam tu. Sebab ego aku tinggi. Aku tak nak langsung tengok kau senyum dekat dalam rumah ni. Padahal, hati aku teringin sangat nak tengok kau senyum." 

"Saya tak nak dengar apa-apa dari mulut awak. Dasar egois! Saya benci orang yang egois! Saya benci awak Muhammad Izzul Fazail!"

Aku berlari keluar dari bilik utama. Hari ini aku nekad untuk tidur bilik asing. Tidur lah kau sorang-sorang dekat bilik tu. Layan lah puas-puas dengan perempuan tu!

*****

Tidur aku sedikit terganggu apabila terdengar bunyi bising dari dapur. Bunyi macam kuali dengan sudip berlaga. Aduh. Siapa pula masak pagi-pagi buta ni?

Pintu bilik dikuak kasar dan terus melangkah menuju ke dapur. Geram betul siapa yang buat bising ni!

Langkah terhenti apabila ternampak Izzue yang sibuk bertungkus lumus di dapur.

"Awak buat apa ni?" Soalku. Seraya dengan itu terhenti gerak geri Izzue.

"Awal bangun. Baru pukul berapa." Katanya sambil mengerling jam dinding

Aku masih dalam keadaan keliru. Apa yang dia cuba buat ni?

"Awak buat apa ni?" Soalku lagi.

"Aku nak buat breakfast untuk kau lah. Dah. Pergi tidur dulu. Baru pukul lima. Dah pukul enam nanti aku kejut kau."

"Eh? Breakfast? Awak mimpi apa malam tadi? Tak pernah-pernah berangan nak buat breakfast. Jangan takutkan saya boleh tak?" 

Dahi aku dijentiknya. Terjerit aku dibuatnya.

"Siapa yang nak takutkan kau. Memang mood aku nak buat breakfast datang. Dah pergi masuk tidur." 

"Tapi... Awak tahu tak bahan-bahannya dekat mana?" Soalku.

"Dah. Aku tahu. Pergi masuk bilik. Nanti aku kejutkan kau." Seraya dengan itu tubuh aku ditolak perlahan sehingga aku keluar dari kawasan dapur.

Mata aku terkebil-kebil. Apa mimpi mamat ni?

*****

Selesai solat subuh, segera aku menyiapkan diri untuk melaksanakan tugas. Kepala aku ligat bekerja. Apa angin Izzue nak siapkan breakfast untuk aku? Yang aku tahu, dia jenis liat nak bangun time matahari belum terbit. Ni lain pula jadinya, aku tengok macam segar bugar matanya. 

Puas hati dengan penampilan diri, aku keluar dari bilik. Buka sahaja pintu bilik. Aku nampak lembaga hitam depan pintu.

"Mak!!!!!" 

"Eh! Aira. Kenapa ni? Terjerit-jerit ni? Kita duduk apartment, malu jiran dengar." 

Lah! Izzue rupanya. Kenapa terpacak depan pintu ni. Nyaris gugur jantung aku.

"Nak apa?" Soalku dingin.

"Jom breakfast. Aku buat nasi goreng kampung untuk kau." Lengan kanan aku ditarik dan bawa aku ke meja makan. 

Aku masih blur dengan tingkah lakunya. Mata perhatikan saja gerak gerinya yang mencedok nasi goreng untuk ku. Rasa macam dah terbalik dunia ni. Patutnya aku yang layan dia. Hari ni dia pula yang layan aku.

"Rasa lah. First time masak. Special untuk kau." Ujarnya.

Doa makan dan bismillah dibaca. Baru masuk setengah sudu. Mata aku terpejam. Ya Allah! Masinnya! Lori garam tergolek ke apa ni?

"Kenapa ni? Tak sedap ke?" Soalnya kalut.

Aku menggeleng. 

"Sedap lah. Macam biasa rasanya." Biasa apa. Luar biasa rasanya.

"Yeker?" Izzue masih tidak percaya. Sudu yang berada di tangan aku sudah berganti tangan. 

Setelah satu sudu nasi masuk ke dalam mulut, matanya terpejam. Kemudian di luahkan ke dalam sinki.

"Ya Allah! Masin!" Ujarnya.

"Awak masak dengan air laut ke?" Perliku.

"Aku tak pandai masak. Sorry lah kalau spoilkan mood breakfast kau." Katanya.

Aku hanya tersenyum tanda 'it's okay.'

Roti yang tersimpan di kabinet aku bawa keluar dan kaya yang dalam peti sejuk juga aku bawa keluar.

"Lain kali. Kalau tak tahu. Tanya. Jangan syok sendiri. Tak pasal-pasal membazir." Kataku sambil menyapu kaya di atas roti.

"Aira." Panggilnya.

Aku yang sedang bersarapan mengangkat muka.

"Aku nak minta maaf pasal semalam." Tuturnya.

Cawan yang baru sahaja hendak ku hirup, diletakkan semula.

"Oh! Jadi, awak buat semua ni sebab nak pujuk hati saya?" 

"Yang ni memang ikhlas aku nak buat. Cuma, sorry. Aku tak berapa handal macam Chef Wan semua tu." Ujarnya.

Aku tundukkan kepala. 

"Aira." Panggilnya lembut.

"Aku tak pandai susun ayat yang berbunga-bunga untuk tambat hati kau. Aku hanya seorang pemain bola sepak yang begitu naif dalam cinta." Tuturnya dengan intonasi yang lembut.

"Izzue. Apa awak cuba cakap ni?" 

"Aku cintakan kau!" 

Mata aku terbeliak. Apa? Dia cintakan aku?

"Aira. Aku minta maaf sebab selama aku kahwin dengan kau, aku biarkan hidup kau merana. Aku ada baca segala nota-nota dalam diari kau. Baru aku sedar, aku selalu sakitkan hati kau dengan kata-kata yang pernah aku lontarkan dulu. Bodoh sungguh aku sebab abaikan orang yang betul-betul sayangkan aku. Dan aku abadikan orang yang hanya ingin mempermainkan aku." Air mata kelakiannya mula bergenang di tubir matanya.

Aku pula yang berasa sebak dengar kata-katanya. Tiba-tiba aku terfikir. Jangan-jangan dia sedar berlakon depan aku. Mana tahu dia dapat tawaran berjuta daripada kawan dia. Hanya kerana hendak yakinkan aku bahawa dia cintakan aku. 

Tapak tangan yang digenggam erat ku rentap kasar. 

"Izzue. Saya rasa awak cuba main-mainkan saya. Berapa juta kawan awak 'beat' dengan awak untuk main-mainkan saya?" 

"Aira! Apa kau cakap ni? Aku betul-betul ikhlas cintakan kau. Demi Allah! Tak ada siapa-siapa yang bertarung dengan aku. Tolong lah percaya." 

Aku mengeluh perlahan. Beg sandang aku capai dan bangkit dari tempat duduk.

"Saya minta diri dulu. Dah lambat. Takut nanti lambat punch kad." Ujarku. 

Kenapa rasa macam susah nak hadam kata-kata dia?

*****

Waktu sekolah telah pun tamat. Aku bercadang untuk membawa Alya makan tengahari di restoran yang berdekatan dengan rumahnya. Senang sikit nak hantar dia balik. Lagipun, aku nak balik lambat sedikit. Faham-faham jela.

Aku cuba ceritakan apa yang terjadi malam dan pagi tadi pada Alya. Aku tahu memang tak patut aku cerita masalah rumahtangga kami sekarang ini. Tetapi, hanya Alya sahabat yang aku ada dan aku boleh percaya untuk diluahkan. 

"Bagus lah kalau macam tu. Lepas tu kau buat apa dekat dia?" Soalan pertama yang diajukan pada ku.

"Aku diam. Aku macam tak boleh percaya satu pun kata-kata dia." Jawab aku.

"Kau? Izzue dah berubah. Takkan tak boleh percaya kot." Ujarnya lagi.

"Aku tak tahu. Masa tu, aku macam keliru sekejap. Dia berubah secara mendadak. Memang aku boleh maafkan dia. Tapi, kau tahu tak? Nak percayakan dia tu. Hanya Allah je tahu betapa susahnya. Aku takut dia cuma nak main-mainkan aku. Zaman sekarang macam-macam boleh jadi. Lagi-lagi yang jenis mata duitan. Hidup bertuhankan duit. Lagi senang nak perdayakan orang lain." Tuturku.

"Entahlah wei. Tapi, aku berharap sangat yang Izzue tu betul-betul dah berubah. Aku pun nak juga tengok kau happy macam dulu. Ketawa macam dulu. Aku rindu kau yang dulu. Aku tak nak kau yang sekarang. Sentiasa murung." 

Aku menarik nafas dan lepaskan dengan perlahan. 

"Terima kasih Lya. Kau lah satu-satunya sahabat yang aku ada. Terima kasih sebab banyak tolong aku. Sudi dengar luahan hati aku. Walaupun aku tahu, perkara macam ni tak sepatutnya cerita dekat orang lain."

"Dah. Kita kawan sejak form one lagi. Apa guna kita kawan lama tapi aku langsung tak boleh tolong kau? Sekarang ni. Jom kita balik. Aku petang nak tengok wayang dengan....."

Aku mula tersenyum nakal. 

"Ooo.. Ada date heh?" Usikku.

Alya pula sudah tersipu-sipu malu. 

"Alhamdulillah! Ada juga hamba Allah yang kau sudi terima. Siapakah jejaka itu?" Soalku.

"Adalah." Katanya sambil menghirup fresh oren.

"Eleh! Dengan aku pun nak berahsia. Jangan-jangan dengan si Aiman tak? Kan?" Tekaku.

Makin blushing pipi Alya.  Hah! Betul lah maknanya. 

"Hah! Betul lah tu. Pipi dah merah dah tu. Hahaha."

"Dah lah! Kau tak habis-habis nak sakat aku kalau bab-bab ni. Jom lah balik." Ajaknya.

"Okay. Okay." Aku capai kunci kereta dan menuju ke kaunter pembayaran.

"Kau dengan dia bila nak plan kahwin?" Usikku lagi.

"Hoi! Dah lah." Balasnya. 

Aku pula sudah mula tergelak-gelak melihat muncung Alya. Haila. Dah ada boyfriend dah kawan aku ni. Tak lama lagi lah tu.

*****

Langkah aku terhenti apabila berdiri di hadapan pintu. Access card ditangan terketar-ketar akibat mengigil tiba-tiba. Aku gagahkan diri untuk masuk ke dalam juga.

Sebaik pintu ditolak. Aku lihat suasana kediaman sunyi sepi. Takde orang ke? Izzue keluar rumah ke? Sah! Kaki penipu. Kalau betul dah berubah. Mesti dah inform aku bila nak keluar. Tapi, tadi baru aku nampak kereta dia. Takkan kot.

Aku tidak hiraukan semua itu. Yang aku penting. Aku nak terus lakukan solat Asar.

Sewaktu aku melangkah masuk ke dalam bilik. Aku dapati ada orang sedang berdoa. Aku cuma mengintai pintu bilik. Izzue?

Pintu ku kuak perlahan. Aku dapat dengar butir doanya.

"Ya Allah ya Rabbi. Mungkinkah ini balasan ku ke atas apa yang telah aku lakukan pada isteri ku? Aku sedar bahawa selama ini aku banyak berdosa pada isteri aku. Aku merupakan suami yang dayus ya Allah. Aku gagal tunaikan janji ku pada kedua ibu bapa mertua ku untuk memberikan kebahagiaan pada isteri ku, Aira Farzana...." 

Entah kenapa. Hati menjadi sayu mendengar doa yang dipanjatkan.

"Engkau ampunilah dosa-dosa ku selama dua puluh tujuh tahun aku hidup di muka bumi milik Mu ya Allah. Engkau berikanlah cahaya hidayahMu pada kami suami isteri ya Allah. Panjangkan jodoh kami berdua dan kekalkanlah hingga ke syurga Firdaus. Lembutkanlah hati isteriku Aira Farzana untuk memaafkan kesilapan dan kesalahan ku terhadapnya dulu. Bantulah aku untuk membahagiakan hidupnya seperti mana yang dia impikan. Hanya padaMu tempat aku meluah dan memohon bantuan. Engkau perkenankan lah doa ku ni. Aamiin ya Rabbal Alamin." 

Terasa kaki aku tidak mampu menampung tubuh kecil ini. Selepas dengar segala 'perbualan' Izzue dan Dia, aku langsung terduduk. Air mata yang tidak mampu tertahan terus mengalir. Kejamkah aku jika aku tidak berikan peluang kedua padanya?

"Aira?" Izzue segera berlari mendapatkan ku dan bawa ku ke dalam dakapannya.
 
Aku lantas memeluknya dengan erat. Aku menangis sepuas-puasnya.

"Aira. Kenapa menangis ni sayang?" Soalnya lembut.

"Awak. Saya minta maaf kalau saya pernah tinggikan suara atau melawan cakap awak." Ujarku.

"Shuuu..." Jari telunjuknya berada di bibirku.

"Sayang tak ada salah apa-apa. Abang yang salah. Abang yang berdosa. Abang curang dengan sayang. Abang mempersoalkan kesetiaan sayang pada abang. Abang minta maaf pada sayang." Tuturnya. Lantas dahi licin ku di kucup lembut.

"Dah. Sekarang ni. Kita sama-sama baiki kelemahan masing-masing. Sebab baru abang faham kenapa pernikahan dan perkahwinan diadakan." Ujarnya. Tetapi tergantung.

"Kenapa?" Soalku seperti tidak sabar.

"Sebab, ingin baiki kelemahan masing-masing. Manusia semuakan ada kelemahan tersendiri. Dengan adanya pasangan sendiri, maka tertutup lah kelemahan kita." 

Aku mengangguk faham.

"Sekarang ni. Sayang pergi mandi. Malam nanti abang bawa sayang makan luar." 

"Okay." 

"One more." 

Aku menoleh ke arahnya kembali. 

"Lepas ni dah takde saya-awak dah dengan abang. Kita guna panggilan yang elok. Boleh?" 

Aku tersenyum.

"Insha Allah." Jawabku.

Kemudian, aku terus bangun dan masukkan ke dalam bilik air untuk bersihkan diri. 

*****

Bosannya. Kalau time cuti memang sentiasa bosan heh? Buku novel ku tutup kembali. Novel Bukan Isteri Sempurna. Huh! Dah berkali-kali baca. Dah khatam dah pun. Silap-silap boleh hafal jalan cerita dia. 

"Kenapa ni?" Soal Izzue yang tersentak bila aku menjerit bosan.

"Bosan lah. Budak cuti. Cikgu pun cuti. Kerja semua dah settle. Nak buat kelas tambahan. Macam malas." Ujarku.

"Ish! Apa pula macam tu. Aira kan cikgu. Dah kalau cikgu dah malas. Macam mana anak murid dia tak malas? Lain kali buang sikap 'M' tu." Tuturnya.

"Mana tak malas. Dah lah yang datang sepuluh orang je. Berjanji puluh-puluh orang. Mana Aira tak malas. Nak mengajar pun alahai. Aira lebih suka ajar ramai-ramai. Biar semua dapat ilmu yang sama." Jelasku.

"Okay. Sayang betul bosan ni?" 

Laju aku mengangguk. Dah tahap kritikal dah ni.

"Apa kata kalau sayang ikut abang masa next match nanti."  Ujarnya.

"Dekat mana?" Soalku teruja.

"Jepun. Nak?"

"Nak!" Jeritku teruja. 

Japan! My favourite country. Bunga sakura. Sushi. Anime. Cosplay. Wow!

"Hah! Dah berangan sampai mana tu?" 

Bahu aku terhenjut. Kacau lah. Orang tengah feel jalan-jalan dekat jepun ni.

"Er. Abang. Nanti fly ke sana bila?" Soalku.

"Aik? Excited nampak?" 

"Ofcourse lah excited. Itulah satu-satunya tempat paling Aira nak sangat jejak. Kadang jealous tengok Zizan selalu buat travelog dekat Jepun tu." 

"Okay lah. Sabtu ni kita ke sana. Nanti abang book ticket. Memandangkan sekolah cuti dua minggu, abang bawa sayang jalan satu Jepun dua minggu." Jelasnya.

"Abang match hari apa? Bukan nanti abang kena ikut dorang sekali ke?" 

"Nanti abang cakap lah dekat coach abang yang abang fly awal. Dah sampai masa nak training baru jumpa. Match hari rabu. Sabtu dengan Ahad abang bawa sayang jalan-jalan dulu. Lepas habis match baru kita sambung. Lagipun kita belum pernah honeymoonkan?"

"Ya Allah! Tak sabarnya nak ke Jepun. Thanks bang sebab sudi bawa Aira ke sana. Love you." Tubuh sasanya ku peluk kuat dan kepala dilentokkan ke atas dadanya.

"Love je?" Kepala aku dongakkan.

"Dah tu? Abang nak apa?" 

Jari telunjuk dibawa ke pipi kirinya.

"Eeeiii! Gatal!" Aku menolak pipinya.

*****

Akhirnya! Sepanjang dua minggu, dapat juga aku jejakkan kaki di bumi Jepun. Hasrat nak makan sushi di bumi Jepun tercapai. Yeah!

"Suka tak dapat holiday dekat sini?" Soal Izzue sewaktu aku sedang mengambil angin malam di Jepun untuk hari terakhir. Esok dah nak balik Malaysia dah.

"Mestilah suka. Aira tak tahu nak cakap apa bila sampai je dekat airport hari tu. Lepas ni, tak dapat lah nak jalan-jalan lagi dekat sini." Kataku dengan nada sedih.

"Siapa cakap tak dapat datang sini lagi? Ada rezeki nanti kita datang lah lagi, mana tahu datang dengan anak-anak." Tapak tangan kanannya dilekapkan di atas perut ku.

"Insha Allah." Ujarku.

"Abang.." Panggil ku dengan nada meleret.

"Agaknya kan. Kalau kita ada baby? Best tak?" 

"Kenapa cakap macam tu?"

"Sebab Aira tengok, cikgu-cikgu yang lain semua macam bahagia bila ada anak. Tengok gambar dorang rasa macam jealous. Agak bila kita nak jadi 'mama' dengan 'papa'?" 

"Insha Allah ada sayang. Allah Maha Pemurah." Kata Izzue.

"Kita sama-sama usaha. Usaha tangga???" 

"Kejayaan." Sambungku.

"Dah. Jom masuk tidur. Esok flight awal pagi. Nanti terlepas flight pula sebab sayang bangun lambat." Usiknya.

"Amboi! Sejak bila Aira bangun lambat?" Pinggang ku cekak.

"Sejak dah sampai Jepun. Abang kejut pun ke main liat. Nyenyak sangat tidur. Abang buat 'something' dekat sayang pun tak sedar." 

"What?" Soalku sedikit terkejut.

"Nothing." Jawabnya.

"Eeeii! Gatal! Miang! Nakal!" Aku menepuk-nepuk tubuh belakangnya. Kedengaran tawa Izzue meletus. Seronok ketawa.

Tapi, apa nak hairankan. Bukan salah pun. Ikatan yang sah. Aku hanya tersenyum apabila menghadam kembali kata-katanya tadi.

*****

Seminggu berlalu...

Mata aku tercelik apabila tekak terasa mual dan loya. Bergegas aku berlari ke bilik air untuk muntahkan segala.

"Uwek!"

Tapi apa yang menghairankan aku. Muntah aku bukan seperti muntah biasa. Aku lihat hanya memuntahkan cecair yang jernih. 

"Sayang? Kenapa ni?" Soal Izzue yang segera memapah aku apabila nyaris hendak tumbang.

"Entah lah. Tekak rasa loya semacam. Maybe salah makan kot." Balasku.

"Habis? Okay tak sekarang?" 

Aku mengangguk laju. Kini kepala pula terasa pening. Perlahan-lahan aku melangkah masuk menuju ke katil.

"Semalam ada makan apa-apa ke?" Soal Izzue dengan penuh prihatin.

"Semalam mana ada makan apa-apa. Sebab kita makan dekat rumah je. Mustahil lah makan semalam tu tak berapa elok. Sebab Aira tengok abang okay je." Tuturku.

"Abang keluar kejap. Nak ambil ubat. Kepala rasa pening tak?"

Aku mengangguk sekali lagi.

Setelah menunggu beberapa minit, Izzue menghulur segelas air kosong dan dua biji panadol. Dengan rakusnya aku meneguk air kosong dan segera menelan panadol untuk menghilangkan rasa pahit di lidah.

"Sambung tidur. Tapi, sebelum tu abang nak cakap sikit." 

"Apa dia bang?" 

"Start pagi ni sampai rabu, abang tak ada dekat rumah tau. Jadual training abang dah padat. Abang harap sayang boleh la duduk sendiri. Ada masa free abang balik sekejap." 

Aku mengangguk faham. Faham lah aku dengan jadualnya. Nak-nak pula hari perlawanan persahabatan dengan kelab pasukan Brunei akan menjelang tiba. Mesti agak sibuk. Tak apa lah. Asalkan Izzue tak buat cerita lama dia.

*****

Keluar sahaja dari klinik, aku dan Alya menjerit keriangan. 

"Alhamdulillah! Tak lama lagi aku dah nak jadi makcik." Kata Alya dengan teruja.

"Tak sabar nak dengar suara kecil molek panggil aku mama." Ujarku pula.

Inilah saat yang aku tunggu-tunggu. Aku disahkan hamil! Yeah! Tak boleh nak stop ucap Alhamdulillah. Siapa tak happy bila dapat berita yang orang baru akan bertandang ke dunia ini. Nak-nak orang baru tu nak jadi sebahagian ahli keluarga kita. Mesti lah happy kan.

"Tak sabar aku nak bagitahu dekat Izzue. Harap Izzue ada masa free lah nanti." 

Sewaktu melintasi hadapan kedai runcit. Hati aku tergerak untuk membeli surat khabar harian. Sudah menjadi rutin aku. Untuk membaca akhbar-akhbar terbaru. 

"Aira! Teman aku masuk dalam kejap. Nak cari barang kejap." Ujar Alya.

"Masuk la dulu. Aku nak cari surat khabar dulu." Balasku.

Kemudian, dia melintasi hadapan aku.

"Errr. Aku.. Aku.. Nak cari jajan sikit untuk anak buah aku. Esok abang aku nak balik bawa family dia." Katanya.

Aku mula musykil. Dahi aku kerutkan. Dia ni dah kenapa? Sejak bila gagap?

"Kau okay ke tak? Tergagap-gagap? Kenapa kau ni? Tepi. Aku nak cari Metro." Arahnya.

"Err.. Metro dah habis kot. Sebab tadi masa nak ke klinik, aku tak nampak pun Metro. Kita cari kat kedai lain jela." 

Lengan aku ditarik oleh Alya. Namun, mata aku sempat tertancap surat khabar yang muka hadapan ada gambar Izzue. 

Lengan ku rentap kuat. Ni Metro! Eh! Kejap! Mata aku terbuntang membaca tajuk berita tersebut.

'Izzue Fazail ditangkap Khalwat!' 

Terlepas surat khabar yang berada dalam pegangan aku. Air mata jatuh menitik.

"Errr.. Aira. Kau okay tak?" 

"Aku rasa ni fitnah ni. Tak... Takkan lah Izzue nak buat kerja tak senonoh pula? Kan kau cakap dia dah berubah. Tak mungkin lah. Tipu ni."

Aku membuka langkah besar menuju kereta. 

"Alya! Cepat masuk!" Jeritku apabila melihat Alya masih berdiri kaku.

Sampai hati abang. Abang cakap abang dah berubah. How dare you?!!!

*****

Pang!!

Bunyi tamparan dapat didengar dari luar. Bergegas aku berlari masuk dalam. 

"Apa semua ni?!" 

Rupanya mama dengan papa sudah tahu berita tersebut. Segera aku berlari ke arah mama.

"Pa. Izzue tak buat semua tu. Fitnah semua ni! Sumpah!" 

"Tak cukup lagi ke kamu dah
malukan nama keluarga dengan prestasi merosot hari tu? Mana papa
nak letak muka papa dengan berita pasal kamu ni?!" Jerkah papa.

"Tolong lah. Izzue tak buat semua kerja tak senonoh ni? Ada orang nak perangkap Izzue. Tolong percaya. Ma. Pa." Rayu Izzue.

"Sekarang. Papa nak kamu dengan budak yang kamu rosakkan tu, kahwin!"

Mata aku terbeliak apabila mendengar permintaan papa. Tak! Aku tak sanggup dimadukan. 

"No! Izzue tak salah. Izzue takkan kahwin dengan budak mana ntah bikin fitnah ni! Izzue sayang Aira seorang!" Jerkah Izzue kembali. 

Aku lepaskan pelukkan dari Mama. Segera aku berlari masuk ke dalam bilik. Beg baju yang tersimpan dalam laci almari aku keluarkan. Baju-baju dalam almari semua aku pindahkan ke dalam beg baju tersebut. Aku hendak balik Johor. Tak kira! Hipokrit!

"Aira!" 

Aku merentap kembali lengan yang dipaut kasar.

"Lepaslah!" 

"Sayang percaya ke semua tu? Tolong sayang. Abang tak buat langsung kerja-kerja tu." 

"Sampai hati kan. Aira dah bagi sepenuh kepercayaan pada abang. Tapi, sanggup abang hampakan kepercayaan Aira." 

"Sayang. Dengar dulu. Abang pun tak tahu mana datang cerita karut tu. Please, sayang. Jangan tinggalkan abang."

"Aira nak pergi. Jangan sesekali abang cuba cari Aira. Tepi!" Aku menolak tubuh Izzue dan melangkah keluar dari rumah.

"Aira! Aira!" Jeritan Izzue langsung ku tidak hiraukan.

*****

Aku duduk di buaian biru yang terletak di laman ruman sambil menikmati angin petang yang sepoi-sepoi bahasa. Tangan kanan ku usap perut yang kelihatan sudah ke depan sedikit. Mengikut kata doktor, aku bakal menimang anak  kembar. Ibu lah orang pertama yang teruja bila mendengar berita baik itu.

Kini kandungan ku hampir menjengah empat bulan dan empat bulan jugalah aku meninggalkan Izzue tanpa sebarang berita. Panggilan yang sering dibuat oleh Izzue, selalu ku biarkan. Hati masih belum reda terhadap peristiwa itu. Entah-entah dia tengah buat persiapan untuk majlis perkahwinannya dengan siapa ntah!

Ibu jari aku tergerak untuk membuka icon photos. Air mata jatuh mengalir apabila melihat gambar-gambar sewaktu aku dan Izzue bercuti di Jepun. 

Minda ligat mengimbaskan kembali segala memori kami bersama. Telinga pula terngiang-ngiang saat mendengar gelak tawa Izzue.

Paling aku tidak dapat lupakan apabila pertama kalinya aku dengar suara lunaknya dia menyanyi.

"Abang." 

"Hurrmmm."

"Abang pandai menyanyi?" Soalnya sambil jari menguis-guis pasir pantai.

"Mestilah pandai. Kalau sayang nak tahu? Suara abang lah paling sedap. Silap-silap kalah suara Jamal Abdillah." Jawabnya dengan riak.

"Ish! Ish! Ish! Riaknya dia. Yela tu suara sedap. Ntah ntah suara macam katak tertelan spanar." Kutukku.

"Tak percaya sudah." 

"Cuba nyanyi sikit." Pinta ku.

"Betul ni?" 

"Yela! Aira nak dengar. Macam mana sedapnya suara itu."

"Okay. Abang pilih lagu ni. Tajuk tak pasti. Tapi, lagu ni tengah hits, sedap and liriknya sungguh mendalam." Ulasnya.

"Cepatlah nyanyi. Aira tak kisah lagu tu sedap ke apa ke. Aira nak dengar suara abang menyanyi." 

"Okay. Okay. Three. Four."

Di antara berjuta-juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Di antara berjuta-juta orang 
Hanya kamu yang paling aku sayang

Di antara berjuta-juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Di antara berjuta-juta orang
Di hati ku tetap diri mu sayang

Terasa macam suara Izzue begitu dekat dengan telinga aku. Aku tersentak apabila terasa elusan halus di pipi ini. Aku terpegang pipi aku. Eh! Bukan. Aku macam terpegang sesuatu. Tiba-tiba.

'Cup!'

Terasa pipi sedang dikucup. Segera aku menoleh ke kanan. Izzue?!

"Jauh merantau? Ingat dah sampai Jepun sana?" Katanya sambil tersenyum.

Cepat-cepat aku turun dari buaian. Baru hendak lari, lengan aku sudah berada dalam genggamannya.

"Aira. Tak puas lagi ke seksa abang? Aira tahu tak? Betapa sakitnya dada bila rindu kan Aira?" Bahu aku dipegang lembut. 

Mata aku tak mampu merenung lagi wajahnya. Cukup lah apa yang dia buat dekat aku selama ni. 

Izzue kemudiannya melutut di atas rumput. Aku mula terkejut dengan tindakannya.

"Dengan cara apa lagi yang abang nak pujuk sayang? Tolong lah percayakan abang." 

"Abang! Bangunlah. Apa ni? Malu lah nanti semua orang nampak?" Desakku.

"Abang takkan bangun, selagi sayang tak percayakan abang." 

Aku terdiam. 

"Sayang tahu tak? Abang memang dah kena perangkap! Semua itu datang dari idea bodoh si Amanda!" Suaranya mula tinggi.

Amanda? Bukankah tu perempuan yang sentiasa berkepit dengan Izzue?

"Kalau sayang tak percaya juga. Dengar ni. Dengar semua penjelasan ni." Iphone yang berada di poket sakunya di keluarkan. 

Aku sungguh terkejut mendengar rakaman yang dirakam oleh Izzue. Mata aku beralih pada wajah Izzue. Sungguh dia berharapkan kepercayaan aku kembali. Terbit rasa bersalah dalam hati ini. Ya Allah! Zalimnya aku melakukan sedemikian terhadap suamiku sendiri.

"Puas? Kalau sayang tak percaya juga. Abang tak tahu lah nak buat apa lagi?" Katanya dengan intonasi kecewa. 

Nafasnya dihela kuat. Kemudian dia melangkah pergi.

"Abang!"

Aku berlari ke arahnya dan peluk tubuhnya dari belakang.

"Aira minta maaf bang. Aira langsung tak bagi peluang kedua dekat abang. Aira isteri yang derhaka. Aira minta maaf sangat-sangat." Kataku dalam tangisan. 

Pelukan ku dilepaskan. Kemudian dia berpaling menghadap ku.

"Abang maafkan. Segala kesalahan dan dosa Aira, abang dah lama maafkan. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Lumrah bagi setiap bahtera yang selalu dilanggar badai. Sedang lidah mudah tergigit, apatah lagi suami isteri." Ujarnya.

"Dah lah! Jangan menangis lagi. Nanti cengeng pula baby-baby kita?" 

"Abang tahu?" 

Dia mengangguk sambil tersenyum. Kemudian ibu jarinya ditunding ke belakang. Kepala ku jengahkan sedikit. 

Mata menjadi bulat. Ibu? Abah? Adik? Hah! Matilanak! Dorang tengok ke babak-babak ni? Aduh mak!!!! 

Aku meraup wajah perlahan. Malu. Terdengar Izzue, Abah, Ibu dengan adik asyik ketawakan aku. Ya Allah! Mana aku nak sumbat muka ni?

*****

Beberapa tahun kemudian...


"Bestnya la kan majlis dorang. Buat dekat taman. Sejuk je mata memandang." Kataku dengan teruja.

"Kenapa? Teringin ke?" Soalnya sambil naikkan kening sebelah kanannya.

"Ish! Mengarut! Dah ada anak baru nak fikir sanding. Tak pernah dibuat dek orang." Ujarnya.

"Siapa kata? Sekarang ni dah ramai lah orang nikah dulu. Dah lama sikit baru sanding." Balasnya.

"Tak mau lah. Macam bazir je. Kita buat ikut kemampuan sudah lah. Cukup lah ada gambar kenangan masa nikah tu. Asalkan kehidupan kita yang akan datang sentiasa bahagia." Tutur sambil melentokkan bahu di atas bahu Izzue.

"Heish! Tak malu depan anak?" 

"Ala abang ni!" Aku menepuk bahunya. Muncung itik dikeluarkan.

"Kalau nak manja pun. Malam nanti lah." 

"Ish! Sempat lagi tu!" 

"Aduh!" Aku mencubit perutnya. 

"Sayang ni. Sejak akhir-akhir ni selalu nak mengetam abang. Habit baru ke? Ke Ziyad dengan Zara nak dapat adik?" 

"Abang?!" 

Izzue gasak ketawakan aku. Kenapa lah suami aku ni gatal je perangai dia?

"Mama! Ziyad dapat gula-gula." Kata Ziyad. 

"Zara pun." 

Peluh-peluh mula mengalir sehingga basah baju kedua-duanya. Lepas tu ada sedikit kotoran melekat di sana sini.

"Ya Allah! Basah lencun ni kenapa? Kotor pula tu? Kan mama dah pesan jangan main kotor-kotor. Meh! Sini!" 

Aku mengelap muka Ziyad dan Zara dengan tuala kecil. Haish! Lasak betul budak-budak ni.

"Meh dengan papa. Main game." Ajak Izzue.

"Abang. Baru tiga tahun. Jangan lah di ajak main game-game semua tu."

Izzue meletakkan jari telunjuk di bibirnya.

"Jangan nak bebel ye sayang? Cukup lah dekat rumah sayang membebel." 

Bebel? Dia kata aku membebel? Geramnya!

"Merajuk lah tu." 

Kemudian. Aku mengerling Izzue. Dilihatkan dia sedang berbisik dengan Ziyad dan Zara.

'Cup!'

Kedua-dua pipi menerima kucupan. 

"Sorry mama. Sebab kitorang buat mama marah." 

"Ala sayang. Mana ada mama marah dekat anak-anak mama. Mama marah dengan papa je." Balasku.

"Apa? Nak abang cium sayang pula?" 

Aku menepuk kuat bahunya. Siapa ajar dia menggatal overdose ni?

Aku lihat pasangan mempelai sedang menapak mari ke arah kami. Aku tersenyum melihat solekan wajah Alya. Nipis saja solekannya. Namun, senyumannya masih terserlah kemanisan ayu.

"Barakallah Alya! Aiman!" Ucapku.

"Thanks Aira." Jawab mereka serentak.

"Lepas ni honeymoon dekat mana?" Soal Izzue.
 
"Abang? Apa tanya soalan macam tu?" Aku menyingong sikunya.

"Tak! Abang saja tanya. Mana tahu boleh kita tumpang sekaki." Jelasnya.

"Hei!" 

"Tengok lah. Kalau masing-masing tak sibuk. Ada lah kot masa." Jawab Aiman bagi soalan mengarut Izzue tadi.

"Cepat-cepat lah timang anak. Atleast ada juga kawan anak-anak aku tu." Usikku pada Alya.

"Amboi kau. Dulu pun kemain clishe lagi kau jawab bab-bab ni. Sekarang dah pandai pula kau heh?" Jawabnya.

"Hei! Pengantin perempuan mana boleh marah-marah. Hilang lah seri pengantin tu." Usikku lagi.

"Apa-apa pun. Aku doakan korang berbahagia hingga ke jannah." 

"Aamiin." Semua mengaminkan doa yang telah aku lontarkan.

"Eh! Jom bergambar. Kita buat kenangan." Ajak Izzue. Iphone dikeluarkan dan.....

'Kcak!'

*****

Angin malam hari ini sungguh nyaman. Segala kekusutan dalam kepala selesai. Sungguh ajaib ciptaanMu ya Allah.

"Opocot mak kau!" Melatah terus apabila terasa ada orang mencuit pinggang aku.

"Hahahahahaha." Seronok betul Izzue gelakkan aku.

"Abang ni. Suka buat Aira melatah." Aku menghadiahkan jelingan padanya. 

Kerusi di sebelah di tariknya. Kemudian dilabuhkan punggungnya.

"Seronok mengelamun? Fikirkan apa?" Soalnya.

"Takde apa pun. Just ambil udara malam. Sejuk dan nyaman." Jawabku.

"Sayang." Panggil Izzue setelah lima minit berdiam diri.

"Tutup mata kejap." Arahnya.

"Tutup mata? Buat apa?"

"Tutup jela." 

Aku lakukan apa yang diarahkan. Kemudian aku terdengar bunyi kerusi. 

"Sekarang buka mata." Arahnya lagi.

Perlahan-lahan aku membuka mata. Sebuah kotak baldu berada di atas tapak tangannya.

"Apa ni?" Soalku.

"Buka lah." 

Dengan penuh kesabaran aku membuka kotak tersebut. Aku terasa terharu apabila Izzue menghadiahkan rantai buatku. Dan istimewanya rantai itu digabungkan nama aku dan dia

IZZAIRA

"Happy anniversary sayang." Ucapnya lembut.

Aku menekup mulut aku. Teruja dan terharu.

"Thanks abang." Sebuah kucupan di pipinya ku hadiahkan.

"Meh! Abang pakaikan."

Rambut ikal mayang yang mengurai ke bawah, ku ikat supaya senang Izzue pakaikan rantai tersebut.

"Dah! Tengok. Cantik tak?" Soalnya sambil menghulurkan sebuah cermin kecil.

"Cantik. Abang buat ke?" Soalku.

"Abang tempah je. Buat tu kedai yang tolong. Abang pandai dengan bola. Dengan aksesori ni tak pandai." 

Amboi! Sempat buat lawak. 

"Abang. Sorry sebab tak bagi apa-apa hadiah untuk abang. Aira pun boleh terlupa hari ni anniversary kita." Sebak pula hati. Izzue beria hadiahkan aku. Sedangkan aku. Langsung tidak berikan apa-apa untuknya.

"It's okay. Hadiah sayang untuk abang ialah lahirkan zuriat untuk abang. Itulah hadiah yang paling bermakna dalam hidup abang. Thanks sayang." Tanganku di kucup lembut.

"Tapi disebabkan sayang lupa hari ni anniversary kita. Abang nak something dari sayang." 

"Apa dia?" Minta lah encik suami oii. Asalkan hilang rasa serba salah ni. Anniversary sendiri pun boleh lupa. Teruk betul.

Mukanya didekatkan pada telingaku. Kemudian dibisikkan

"Abang nak adik untuk Ziyad dengan Zara." 

Mata aku seraya membulat. Izzue pula sudah menaikkan keningnya seperti biasa.

Aku tersenyum. 

"Okay. Jom." 

Senyuman Izzue terus lebar. Lengan aku diraih lembut dan bawa aku masuk ke dalam bilik. 

Syukur ya Allah atas nikmat kebahagiaan yang telah engkau berikan. Kekalkanlah hubungan kekeluargaan kami ini hingga akhir nanti.

Terima kasih cinta 
Kau buatku bahagia
Tanpa jemu dan lelah
Terima kasih cinta
Pinta ku satu saja
Jangan pernah berubah haaaa.. 


************** TAMAT **************

Sunday, 3 May 2015

Cerpen: Bahagiakah Aku?




Kaki ku rendamkan ke dalam air kolam ini. Minda ligat bekerja mengimbas kata-kata doktor perempuan tadi.

"Tahniah! Awak mengandung."

Namun, riak wajahnya tidak menunjukkan dia gembira ke atas ku. Aku faham. Umur seusia dengan ku sepatutnya belajar. Bukannya menjaga anak. Terlalu muda untuk mengandung.

Jangan fikir aku telah terlanjur. Tolong! Aku sebenarnya sudah memegang status ISTERI ORANG. Ya. Kalau korang semua kata sweet. Mohon korang tarik balik kata-kata tu. Bagi aku tiada makna sweet dalam usia begini. 

Aku dipaksa untuk bernikah kerana aku terlampau sosial. Langsung tidak mengenal mana satu siang. Mana satu malam. Bila orang balik kerja aku keluar rumah. Bila orang pergi kerja aku balik rumah. Ibadah. Sudah banyak aku tinggalkan. 

Aidil. Dialah suamiku. Pilihan keluargaku. Tambahan itu, dialah manusia paling malang apabila rakan-rakanku memilih dia untuk aku. Rakan-rakan aku juga ada membantu dalam kes ini. Mama yang minta tolong dorang supaya carikan calon untuk aku. Aku pun tak tahu macam mana dorang boleh jumpa. Sedangkan, abang Aidil manusia yang tidak pernah kami kenal.

Tapi. Siapa sangka. Selepas seminggu kami bernikah. Dia menghilangkan diri tanpa berita. Mama dan papa tidak mengendahkan langsung kehilangan dia. Aku cuba tanya manakah dia? Mereka jawab "Kerjakan. Nanti balik lah tu." Aku naik bosan mendengar jawapan itu.

"Nayla." Tegur mama.

Aku cepat-cepat mengesat air mata. Aku menekurkan kepala ke bawah.

"Jauh mengelamun. Doktor cakap apa tadi?" Soal mama.

Terketar-ketar bibir aku untuk menjawab. Risau mama pengsan mendengar. Usia terlalu muda untuk melalui proses ini.

"Dok... Doktor cakap. I... I'm. Preg... Pregnant."

Betapa susahnya untuk aku habiskan ayat itu. 

"What?! Alhamdulillah! Tahniah Nayla." 

Mama memelukku. Mata aku terbuntang melihat reaksi mama.

"Ma? You happy ma?" Soalku.

"Ofcourse I'm happy. Nak jadi nenek kan." Jawab mama.

"But. I'm seventeen ma. Tujuh belas. Form 5. SPM." Balasku.

"I don't care. Bukan penghalang untuk Nayla jadi ibu dalam usia muda macam ni. Kita boleh belajar kan."

"No! I'm not ready yet. Elok Nayla gugurkan anak ni." 

"Nayla!" 

Aku menundukkan wajah. Papa mula bersuara. 

"Anak ni anugerah Allah. Kenapa nak gugurkan? Apa dosa anak ni?" Soal papa.

"Nayla belum ready lagi pa. Nayla nak belajar dulu." Balasku.

Papa melangkah dan menuju ke arah kami. 

"Papa tak kisah kalau kamu nak belajar or what. Tapi, tak kesiankan Aidil ke? Kalau Aidil dengar. Mesti dia kecewa."

"Kecewa apanya pa!" Aku mulai meninggikan suara. Mama mula terkejut. 

"Hampir sebulan dia tinggalkan Nayla seorang diri. Dahlah tinggalkan tanpa sebarang berita." Sambungku.

"Nayla. Tak kira. Nayla tetap dengan keputusan Nayla."

Aku bangkit dari duduk. Laju aku melangkah masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke kamar tidurku.

*****

"So? How's condition kau? Okay?" Soal Aisya dengan penuh prihatin. 

Aisya. Razak. Mikha dan Zarif. Merekalah teman setiaku. Aku kadang hairan. Macam mana aku boleh terlebih sosial. Sedangkan mereka semua tidak seperti itu. Mereka semua jaga adab pergaulan. 

"Okay. Nothing happens." Jawabku sambil menuangkan air oren ke dalam gelas untuk mereka.

"Ada benda ke kau nak cerita? Sampai tak boleh cerita dekat sekolah." 

Aku mengeluh panjang mendengar soalan Razak. 

"Aku ajak korang jumpa aku sebab.." 

"Sebab...?" Zarif menaikkan keningnya.

"Sebab aku dah tak boleh sekolah lagi." 

"Hah!" Mungkin terkejut mereka berempat. 

"Kenapa? Wei! SPM wei tahun ni. Takkan kau nak biarkan impian kau lepas je macam tu. Kau dah daftar pun nama kau sebagai calon SPM. Jangan buat menda karut." Tepis Aisya.

Air mata tak mampu tahan lagi. Mikha bangkit dan datang menepuk bahuku.

"Aku tahu kau ada masalah dengan suami kau. Tapi. Janganla sampai tak nak belajar. Ni bukan zaman dulu-dulu yang anak dara kena duduk rumah. Masak dekat dapur."

"Aku buat macam tu ada sebab. Aku pun tak nak duduk rumah sepanjang masa." Jawabku dalam sendu.

"Okay. Kau just cerita je. Apa sebab dia. Insha Allah kalau kami semua boleh tolong." 

"Aku.... Mengandung." 

"What?"

"Apa?"

"Biar betul?"

Pelbagai reaksi aku dengar. Nak kejutkan apa lagi.

"Anak siapa?" Soal Razak.

"Wei! Apa punya sensitif soalan kau ni? Dah tentu anak dia dengan Aidil. Lagi nak tanya." Mikha menunjal kepalanya.

"Sempat pula?" 

Zarif terus menepis kepalanya.

"Tanya soalan yang tak sensitif sikit boleh tak?" 

Razak memang. Mulut agak laser. Tapi, aku tak kisah pun. Yelah. Dah aku ni sosial sangat.  Sana sini budak laki. So, tak mustahil lah kalau dia fikir macam tu.

"Takpe Nayla. Aku dengan kawan akan support kau. Jangan sedih. Apa pun aku tetap happy dengar berita ni. Dah berapa bulan?"

Aku tersenyum mendengar soalan Aisya.

"Baru lagi. Two weeks gitu." Jawabku.

"Congrats Nayla. Soal belajar tu. Aku rasa biar aku bincang dengan Puan Hasnah. Mana tahu ada cara kitorang nak sampaikan ilmu dekat kau." 

Aku tersenyum mendengar. Sungguh terharu. Bersyukur tak terkata aku apabila ada rakan yang sudi memberi semangat.

*****

Hari demi hari. Bulan berganti bulan. Kandunganku sudah mencecah enam bulan. Aku mengusap perlahan perutku yang semakin memboyot ini. 

"Alhamdulillah. Anak ibu sihat." Bisikku.

Aku mengalihkan pandangan ke arah pasangan yang bahagia itu bersama anak kecil mereka. Pandanganku semakin redup melihat mereka. Aku juga ingin seperti mereka.

"Dik." Sapa seorang wanita yang duduk di sebelah kiri ku.

"Ya saya." Jawabku.

"Anak nombor berapa ni?" Soalnya.

"Anak sulung kak." Jawabku sambil tersenyum.

"Dah berapa bulan?" 

Peramah sungguh akak ni.

"Dah enam bulan kak. Akak datang sebab apa?" Giliran ku pula menyoal.

"Oh! Akak datang ni sebab akak terpaksa gugurkan anak akak. Doktor cakap embrio tak membesar." Katanya dengan nada sayu.

"Masuk ni dah empat kali akak kehilangan cahaya mata. Semua meninggal sebab keguguran. Sampikan suami akak dah nak cari lain sebab akak tak mampu lahirkan zuriat."

Ya Allah! Hati ku menangis sayu. Tiba-tiba aku teringat hasrat aku untuk gugurkan anak kecil ini. Orang lain begitu ramai inginkan anak. Tapi aku? Sanggup membunuhnya.

"Dik." 

Aku tersentak mendengar panggilannya.

"Adik ni datang dengan siapa?" 

"Datang dengan mama." Jawabku.

"Suami tak ikut?" 

Suami? Dia dah lama hilang kak. Itulah jawapan yang ingin aku lontarkan. Tetapi tidak mampu.

"Dia kerja. Sekarang ni tengah outstation. Tu yang mama gantikan." 

Bohong! Ya! Aku terpaksa berbohong.

"Oh! Takpelah kalau gitu. Akak masuk dulu lah. Jaga diri baik-baik." Nasihatnya.

Aku hanya tersenyum. Tiba-tiba terbit rasa rindu. Abang...

*****

"Nah! Sekarang ni kitorang dah masuk topik baru. Ni apa yang cikgu Aida ajarkan tadi. Harap kau faham lah." Aisya mengeluarkan segala bahan-bahan pembelajarannya.

"Wow! Banyak betul. Siap ada rekoder bagai." Ujarku.

"Ofcourse. Kau tahu tak? Kitorang semua ni terpaksa bohong cikgu-cikgu tu sebab kau." Kata Razak.

"Betul ke kau nak ambil SPM tahun ni? Kenapa tak nak ambil tahun depan?" Soal Mikha.

"Aku kalau boleh. Tahun depan nak fokus dengan anak aku. Sekarang ni dahlah aku sorang je. Aidil. Entah apa khabar dia sekarang." Sayu nadaku.

"Minggu depan dah start cuti pertengahan. Insha Allah aku tolong kau cari Aidil. Itu janji kitorang." Ujar Zarif.

"Betul tu. Aku nak tengok kau bahagia tau. Bukan sengsara." Kata Aisya pula.

Aku mengangguk kepala mendengar keikhlasan mereka membantu aku. Aku rindu dia. Aku nak minta maaf. Abang.. I miss you..

*****

Aku merasakan perutku semakin tegang. Ya Allah! Sakitnya. Aku memegang palang pada tangga ini.

"Mama!!!!!" Jeritku. 

Kesakitan tak terkata. Beginikah rasanya sakit seorang ibu mengandung?

"Ya Allah! Nayla? Kenapa ni?" Berlari mama mendapatkan aku yang sudah terduduk ini.

"Mama. Perut Nayla. Sakit sangat." Jelasku.

"Ya Allah! Bila last rasa contraction?" Soal mama.

"Selang sepuluh minit tadi." Jawabku. Aku mengerutkan dahi ku menahan sakit.

"Papa!!!!" Laung mama.

"Kenapa ni? Kenapa?" Tercungap-cungap papa berlari masuk ke dalam rumah.

"I rasa Nayla dah nak bersalin ni. Jom bawa dia pergi hospital." 

"Ya Allah! Kenapa tak cakap dari tadi. Dah jom. Jom." 

Mama dan papa cuba membantu aku bangkit. Namun, tak berdaya. Sakit di pangkal rahim terasa sungguh. 

"Perlahan-lahan sayang." 

"Sakit ma." Aduku.

"Mak Biah!" 

"Ye puan." 

"Saya nak hantar Nayla pergi hospital. Tolong bawa ke mari barang-barang baby Mak Biah. Saya dah susun semua. Bawa je beg dan keperluan bayi turun. Cepat ye."

"Baik puan."

*****

Aku mengerang kesakitan. Sungguh! Rasa macam hampir mati sakitnya. Baru aku dapat rasa bagaimana sakitnya mama dulu melahirkan aku.

"Ma... Nayla tahan sangat. Dah sakit ni." 

"Sabar sayang. Perlahan-lahan." 

Aku mengenggam kuat tangan mama. Aku meneran sekuatnya apabila mendengar arahan doktor yang bakal menyambut anak aku ini.

"Abang...." Aku hampir menjerit namanya. 

Tiba-tiba terdengar tangisan bayi di gegendang telinga. Dengan secara automatiknya, hilang segala kesakitan sebentar tadi.

"Tahniah puan. Anak lelaki." 

Aku menangis kegembiraan. Namun, perlahan-lahan mata aku tertutup. 

*****

Aku cuba membuka mata perlahan-lahan apabila mendengar ada suara memanggilku. Sayang?

"Sayang? Bangun. I'm here right now." 

Cahaya samar-samar membuatkan aku susah untuk mengenal siapa dia dihadapanku.

"Siapa kau?" Soalku.

"Sayang? Ni abang ni." 

Mata aku terbeliak. Abang!

Segera aku bangkit dari pembaringan dan terus memeluk tubuhnya. 

"I'm miss you so much." Ucapku dalam tangisan.

Pelukan ku dibalas.

"I'm miss you too, sayang." Bisiknya.

"Abang. Mana abang pergi. Abang tahu tak? Macam orang gila Nayla bila tengok abang lesap dalam rumah. Almost one year abang tinggalkan Nayla. Nayla pregnant langsung abang tak balik. Abang pergi mana?" 

"Shuuuu." Jari telunjuknya terlekap di bibir. Aku tersendu sedan menangis.

"Abang tahu. Abang minta maaf sangat-sangat. Abang terlalu bodoh bila tinggalkan Nayla. Kononnya abang malu sebab terpaksa menjadi suami pada seorang gadis liar. Abang tak sanggup untuk bersama Nayla."

Aku tergamam. 

"Abang.." 

"Waits. Dengar penjelasan abang dulu. Abang buat ni lepas abang dapat tahu saudara mara Nayla cakap Nayla gadis liar. Jadikan abang sebagai kambing hitam sebab nak tutup malu keluarga."

"Abang percaya cakap dorang? Abang percaya?" Suara semakin meninggi.

"I'm sorry sayang. Walaupun abang rasa benci dengan Nayla. Abang tetap berikan nafkah untuk Nayla. Zahir dan batin." 

"And before abang hilangkan diri. Abang ada bagi hadiah untuk sayang. It's just not for you. But also me. It's was on yours birthday." 

"And one more. Abang tak hilang ke mana pun. Dalam Malaysia je pun. Cuma jauh dari JB. Ada juga abang datang sini. Tapi perhatikan dari jauh. Lepas abang tahu yang sayang mengandung."

"Macam mana abang tahu Nayla pregnant?"

"Abang terdengar perbualan Zarif dengan Razak. Abang selisih dengan dorang. Tapi dorang tak perasan pun." 

"Sejak dari itu lah abang selalu balik senyap-senyap. Time sayang dah lena tidur. Time tu abang masuk tidur dengan sayang." 

Jadi aku tidak bermimpi lah selama ni? Aku selalu mimpi yang dia pulang ke rumah. Tidur sekali bersamaku.

"Apa pun. Abang minta maaf sangat-sangat sebab tak jaga Nayla dengan baik. Disebabkan kebodohan abang, sayang terpaksa bersendirian."

"Abang. Abang tak buat salah langsung. Memang patut Nayla dibenci. Nayla terlampau sosial. Memang itu yang patut Nayla dapat. Even saudara sendiri bencikan Nayla. Apatah lagi abang." 

"Sayang. Dah! Abang taknak ungkit-ungkit lagi. Lupakan semua ni." 

"Betul tu Nayla. Sekarang Nayla lupakan semua. Jadikan anak ni sebagai sumber inspirasi untuk Nayla berubah ke arah lebih baik." Sampuk mama.

Anak kecil yang dipangku oleh mama kini beralih kepada abang Aidil.

"Sekarang ni. Susu kan budak tu. Lama sungguh dia menunggu parent dia berdrama dekat dalam ni." Usik mama.

Aku hanya tersenyum. Mama memang pandai ambil hati.

Raut wajah si kecil ini ku renung sedalamnya. Aku memberikan kucupan pertama. Sekarang aku sudah mendapat gelaran baru. Iaitu IBU.

*****

"Ibu!!!!!" 

Aku menoleh ke belakang. Hadif berlari menuju ke arah ku. Segera aku mendapatkan tubuh kecil ini.

Topi konvo kini ku sarung di atas kepalanya. 

"Congrats sayang." Sejambak bunga mawar dihulurkan. Dan satu kucupan di pipi diberi.

"Thank you." 

"Ibu." Panggil Hadif.

"Ye?" Baru sahaja aku melayan panggilannya. Satu lagi kucupan di pipi dihadiahkan olehnya. Menitis air mata.

"Hadif love ibu sangat." Ucapnya. 

"I love you more sayang." Aku membalas kucupan untuknya. 

"Ibu je? Baba tak?" Usik abang Aidil.

"Taknak. Baba suka usik Hadif." 

Sudah! Bergaduh anak beranak sudah. 

"Fine. Nanti jangan kacau baba main playstation." Rajuk abang Aidil.

Melihat sahaja abang Aidil merajuk, Hadif segera memberi kucupan padanya.

"Nayla! Congrats kawan!" Ucap Aisya. 

Semua teman sekolah ku sanggup hadir meraikan kejayaan aku. Akhirnya, berjaya juga aku mengenggam segulung diploma. 

"Thanks Aisya. Oh ya! Congrats jugak dekat kau. Next month kan." 

"Yup! Jangan lupa datang tau." 

"Gila tak datang? Nanti siapa nak habiskan nasi minyak kau?" Usikku.

Gelak tawa terdengar. Aisya bakal melangsungkan tarikh perkahwinannya bersama Zarif. Dah agak. Dari dulu aku perasan. Dorang memang rapat semacam. Lebih dari kawan.

"Eh! Kenapa tercegat lagi. Jom kita bergambar." Ajak Mikha.

Dia memang kaki bergambar. Lagi-lagi selfie. Memang serahkan dekat dia aja.

Baru sahaja aku ingin melangkah pergi bersama mereka, lengan kananku diraih perlahan.

"I love you Nayla Arliya."
 
Aku tersenyum. 

"I love you too Aidil Asyraf." 

Tanpa segan silu aku mengucup pipi kanannya. Alah! Orang bukan nampak pun. Hahaha

Alhamdulillah. Kebahagiaan akhirnya menjadi milikku. Kehadiran Hadif ke muka bumi menaikkan semangat aku untuk mengecapi kebahagiaan. Terima kasih Ya Rabbi!


Saturday, 14 March 2015

Cerpen: Cinta Tomboy vs. Photographer






"Kamu balik tak lusa?" Soal mak di hujung telefon.

"Tengok ah nanti. Kalau ada masa balik." Jawabku.

"Takde tengok-tengok. Takkan adik kamu nak kahwin pun kamu tak nak balik. Kakak jenis apa ni?" 

Tadi tanya orang balik ke tak? Ni bila jawab tak tahu. Suruh balik.

"Yela! Yela! Nanti orang balik lah!" Terpaksa juga aku mengalah. Setelah mak puas hati dengan jawapan aku. Aku mematikan talian.

Aku merebahkan diri di atas katil. Perlukah aku ada pada majlis perkahwinan dia? Aku memejamkan mata dan melupakan segala kepahitan. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus dengan perlahan.

*****

Enjin motor Ninja Kawasaki ku matikan. Boleh tahan meriah majlis Fiza. Warna pink dan putih dipilih sebagai warna tema dia. Memula. Mak memaksa aku memakai pakaian berwarna pink. Tolong lah. Pink memang takde dalam kamus hidup aku. Aku bagi lah alasan yang aku akan memakai baju berwarna putih. Janji ikut tema. 

"Assalamualaikum!" Aku memberi salam kepada semua orang-orang yang sedang merewang. Kalau kenduri kendara mak dengan ayah memang suka ikut cara dulu-dulu. Kata mereka mengerat hubungan silaturrahim.

"Waalaikumsalam. Fina! Balik juga kamu. Ingat tak nak balik." Jawab salah seorang makcik ini. Aik? Perli nampak?

"Balik kejap je. Esok lepas dorang sanding Fina balik KL balik. Banyak urusan dekat sana." Jawab aku sambil menyalami kesemua makcik-makcik mulut boleh tahan ini. Yelah! Kaki gosip dorang ni. Ish! Sempat lagi aku mengumpat dorang.

"Yelah kan. Business woman berjaya kan. Sibuk jela memanjang." Usik lagi seorang makcik. Mak Jah nama dia.

"Hah! Fina! Balik pun." Sampuk mak dari belakang.

"Dah mak suruh balik. Orang balik. Ni pun kejap je tau." Balasku. Helmet hitam ku letak di atas almari kasut itu. Jaket hitam yang tersarung di badan juga ku tanggalkan.

"Kenapa?" Soal mak.

"Orang ada kerja belum settle lagi. Lepas Fiza ngan laki dia sanding. Orang terus balik." Jawabku.

"Bertuah punya anak! Kenapa tak pakai baju kurung?" Mak menepuk bahu aku.

"Aduh! Sakitlah!" Aku mengaduh sakit.

"Ni kenapa bising-bising ni?" Ayah pula menegur.

"Awak tengok anak awak. Saya suruh pakai baju kurung. Dia pergi pakai baju t-shirt." Jawab mak.

"Maknya pun. Dah si Fina naik motor. Takkan nak pakai baju kurung pula?" Balas ayah. 

Yeah! Ayah backup aku!

"Kan. Ntah mak ni. Lagipun. Okay apa orang pakai macam ni." Ujarku.

"Okay kamu cakap? Kamu tu anak dara! Bukan anak teruna! Ni bertopi bagai. Dah macam jantan dekat bengkel sana tahu?" Okay! Siren dah nak berbunyi.

"Yelah! Yelah! Orang ganti baju." Aku mengalah juga.

"Dah cepat! Kejap lagi majlis nak mula." 

Aku mencebikkan muka. Dah elok-elok aku pakai baju polo ni. Terpaksa tukar. Haih! Nasib badan.

*****

Sepanjang majlis akad nikah berlangsung. Aku langsung tidak tunjukkan muka. Aku hanya melepak di kawasan orang karaoke. Puas juga Ipin dan Abdul pujuk aku. Tapi aku yang taknak. Malas! 

"Kau ni. Mende dah lepas kot. Tak usah lah kenang." Ujar Ipin.

"Bila masa pula aku kenang-kenang wei? Aku je yang malas nak duduk dekat sana. Sempit doe!" Jawabku.

"Aku tahu! Mesti kau frustkan Asyraf jadi adik ipar kau." Sampuk Abdul. 

Aku melibas tuala 'Good Morning' ke tubuh tegap dia.

"Dol! Kau nak gurau pun tengok ah tempat. Orang tengah frust kot!" Ulas Ipin.

Ah! Dua-dua tak boleh pakai! Tak habis-habis nak cari pasal dengan aku.

"Kau pun nak kena jugak ke Ipin?" Aku menunjukkan tuala itu ke mukanya.

"Wei. Masuk lah. Nanti Mak Minah ngan Pak Wan cari kau. Kang dia jumpa dekat sini, dituduh kitorang pula culik kau." Pujuk Abdul.

"Kau orang ni! Aku datang sini nak release tension! Bukan nak serabutkan lagi kepala aku!" Jerkah ku. 

Aku segera meninggalkan tempat ini. Aku menuju ke khemah di mana tempat khas untuk tetamu menjamu selera.

*****

"Sanggup you buat I macam ni?" Soalku 

"I'm sorry. I takde apa-apa perasaan pun dekat you sebenarnya. I anggap you macam kawan." Jelasnya.

"Asyraf? You kata kawan? You sedar tak? You dah memainkan perasaan I. I ikhlas cintakan you." Ujarku.

"Ya I know. But, I tetap cintakan Fiza. I berkawan dengan you sebab nak dekat dengan Fiza." Balasnya.

Oh! Patutlah selama ni dia asyik soal pasal Fiza. Okay. Faham.

"I tak sangka. I boleh sangkut dekat mamat poyo macam you. Seriously! I menyesal kenal you!" Luahku.

Muka Asyraf selamba. Seolah-olah tidak kisah apa yang aku katakan tadi.

"Okay! Mulai sekarang. I tak nak jumpa you lagi. You nak Fiza. You cari Fiza. Jangan cari I lagi." Aku membuka langkah dan menuju ke kereta Proton Inspira.

Tak guna punya lelaki. Terdesak nak kan Fiza. Sanggup kau mempermainkan aku. 

'Flash!'

Cahaya flash membuat aku tersedar dari lamunan. Siapa pula yang ambil gambar ni? Jangan ada makhluk ambil gambar aku sudah.



Tiba-tiba pasangan mempelai menuju ke meja aku. 

"Akak!" Cerianya wajah Fiza. Asyraf. Huh! Malas aku nak tengok muka dia.

"Congrats dik. Jadi bini yang solehah tau." Aku memeluk tubuh adik aku.

"In sha allah kak. Sorry tau kak. Sebab langkah bendul." Ujarnya.

"Takpe. Dah jodoh akak belum sampai. Nak buat macam mana. Kan?" Balasku pula. Fiza hanya mengangguk setuju.

"Asy! Aku nak kau jaga adik aku macam mana kau jaga mak ayah kau. Aku taknak dengar adik aku complain apa-apa pasal kau. Faham?" 

"Hah! Sayang. Dengar tu. Akak I dah sound awal-awal. So, you kena jaga I betul-betul."

"Ye sayang. I will take care of you." 

Mesra betul pasangan ni. Aku malas nak dendam-dendam. Aku doakan. Dorang semua bahagia ke akhir hayat. Aminn. Sempat ku berdoa dalam hati.

"Ni akak nak balik dah ni. Selamat Pengantin Baru." Ucapku.

"Thanks again kak. Elok-elok bawa motor tu. Fiza warankan akak. Akak salin baju. Rasa weird pula bila akak pakai baju kurung naik motor." Sindir Fiza.

"Amboi dik! Perli ke apa ni? Tau lah kita ni tak pandai pakai baju kurung. Jangan lah sindir-sindir." Ujarku seolah-olah merajuk dengan ayatnya.

"Mana ada. Fiza warankan je. Tapi betul apa. Mana ada orang pakai baju kurung naik superbike. Kalau skuter tu boleh terima lah." Jawabnya lagi.

"Yelah! Yelah! Nanti free datang cafe akak. Sambil-sambil tu cuci ah mata dengan barang-barang akak tu." Sempat lagi aku promo. 

"In sha allah." Jawab mereka berdua.

Aku berlalu pergi untuk mengambil barang keperluan aku. Semoga engkau bahagia di sisi isteri tercinta Asyraf.

*****

Baju. Checked. Topi. Checked. Tracksuit. Checked. Kesemua barang-barang yang baru sampai ku semak untuk kali terakhir.

"Fina! Macam mana majlis tu." Tegur Ain yang baru sahaja keluar dari dapur.

"Biasa-biasa je." Jawabku. Aku sambung kembali menyemak barangan jualan.

"So. Kau terima tak Asyraf sebagai adik ipar kau?" Soalnya lagi. 

Aku menekan pen. Aku mengeluh panjang.

"Ain. Tolong jangan cerita apa-apa pasal Asyraf." Topi ku pusingkan ke belakang.

"Okay. Okay." 

Setelah puas melakukan semakan. Aku membawa kotak-kotak dimana aku sudah bahagikan bawa masuk ke dalam kereta. 

"Ain. Teman aku jap." Ajak ku.

"Pergi mana?" Soalnya. Mata masih leka menonton televisyen. Hurmm. Patutlah. 

"Singgah kedai kejap. Pastu aku nak hantar baju-baju ni dekat pejabat pos." Ulasku.

"Alah! Aku nak tengok cerita ni." Jawabnya.

Dah agak. Mesti tu jawapan dia.

"Kau ni. Apa guna aku beli pakej record? Kau record jelah!" Aku mengambil remote Astro lalu merakam rancangan kegemarannya.

"Alah kau ni. Pergi sendiri tak boleh ke?" 

"Pemalas! Cuba lah keluar sekali sekala. Bakar lemak-lemak kau tu." 

"Hei! Cakap tu elok sikit ye. Aku ni slim menelim." Ain meniru gaya model majalah.

"Hah! Dah! Teman kan aku. Cepat lah." 

"Okaylah. Aku ikut. Kang meletus pula gunung berapi ni." Usik Ain.

*****

"Kau tunggu kejap ye. Aku nak pergi ATM." Aku mematikan enjin kereta.

"Nak buat apa?" Soalnya. Apa punya soalan dia ni?

"Nak beli pisang goreng." Jawabku dengan muka innocent.

Ain mengerutkan dahinya.

"Nak amik duit ler cik adik oii. Tak duit ke?" Baru aku menjawab dengan serious.

"Okay. Okay." Sengih pula dia ni.

Aku keluar dari pintu kereta dan terus menuju ke ATM. Tiba-tiba aku terasa tubuh ku sedang berlanggar. 

"Eheh! Sorry! Sorry! Saya tak perasan." Aku meminta maaf.

"Eh! Takpe. Patutnya saya yang minta maaf. Saya leka dengan kamera. Sorry again." Belum sempat aku berkata apa-apa lelaki itu sambung perjalanannya.

'Macam pernah nampak. Tapi di mana ya?' Bisik hati aku.

*****

Alhamdulillah. Semakin hari. Semakin ramai pelanggan. Tak sia-sia aku membuka perniagaan. Ada juga yang datang menjamu selera. Kebanyakkan yang hadir ke cafe aku budak-budak U. Alang-alang minum, dorang buat dicussion dekat sini. Memandangkan tempat aku dekat dengan UniTAR, ramai lah budak-budak U datang melepak.

Beberapa minit kemudian, seorang lelaki bersama kamera DSLR. Eh? Macam pernah nampak je lelaki ni? 

"Selamat Datang ke Calligraph Brand Cafe. Boleh saya ambil order?" Salah seorang pekerja aku melayan dia. Boleh tahan juga muka dia ni. Eh! Fina! Jaga mata.

"Macam biasa ye." Jawabnya.

Aik? Pernah ke dia datang ke sini? Mungkin. Aku jarang jenguk cafe. Selalu jenguk kedai dekat atas je.

"Awak! Kita pernah jumpa bukan?" Tegur lelaki ini.

Jumpa? Bila? Tapi macam aku kenal muka dia ni.

"Mungkin. Tapi di mana ya." Jawabku.

"Awak ni tak silap saya Fina kan. Anak Pak Wan dengan Mak Minah." 

Eh? Macam mana dia kenal aku? Mak ayah aku pun kenal. Siapa dia ni? Pengintip mak ke? 

"Errr. Ye saya. Awak siapa ye?" Aku menyoal dirinya. 

"Oh ya! Saya Nazrin Shah. This is my card." Dia menghulurkan kad peribadinya.

"Okay." Balasku sepatah.

"Kalau awak perlukan apa-apa perkhidmatan jurugambar. Just contact my number." 

Oh! Photographer rupanya dia ni. Patutlah ke hulur. Ke hilir kamera di usung.

"In sha allah." 

Kemudian lelaki ini mengambil pesanannya lalu menuju ke tempat duduk.

Nazrin Shah. Hurmm. Not bad.

*****

"Fina!!!!" Jerit Ain umpama orang dikejar hantu.

"Ada apa? Terjerit-jerit bagai." 

"Kita ada problem besar. Mikail." 

"Kenapa dengan Mikail?" Soalku. Lain macam je dengar.

"Mikail. Dia. Dia tarik diri jadi photographer kita. So problem besar nak cari single photographer baru." Jawabnya.

"WHAT'S?!!!!" Teriak ku.

"Biar betul Ain. Macam mana kau tahu semua ni?" 

"Dia call aku. Dia kata dia nak berhenti. Lagi satu dia kata basic yang kita bagi dekat dia tak cukup." Jelas Ain.

Kepala otak-otak kempas dia! Tak cukup dia cakap?! Apa yang tak cukup? Beribu kot aku share dengan dia.

"Macam mana sekarang ni?" Sambung Ain lagi.

Aku terdiam. Aduh. Mana aku nak cari photographer ni? Esok dah lah ada shoot. Takkan nak cancel kot. No! No! Ni design baru. Customer dah lama nakkan design baru. 

Tiba-tiba kepala aku terlintas nama Nazrin. Nazrin! Ya! Dia! Segera aku mengambil iphone 6 dan kad peribadi Nazrin. Dengan laju aku menaip nombornya.

"Kau telefon siapa?" 

"Shiuu!" 

Yes! Diangkat.

"Hello Nazrin here." 

"Helo. Nazrin. Er. Saya Fina." 

"Oh you. Yes. What I can help you miss Fina?" 

Aduh pakai bahasa omputih pulak dia ni.

"Err. Saya nak tanya. Awak free tak besok?" 

"Esok? Maybe yes. Why?" Balasnya.

Maybe. Maybe pulak. Aku serious nak pakai kau ni!

"Saya ingat. Saya nak guna service awak lah. Sebab esok, saya ada buat photoshoot. Tapi photographer saya lari. Boleh tak saya guna service awak. Pasal basic awak jangan risau. Nanti saya uruskan." Terus terang aku bercerita.

"Okay. Miss Fina. Memandangkan kami belum ada apa-apa job. Kami terima lah. Pukul berapa ye? Dan boleh saya tahu di mana?" Soalnya.

"Esok pukul 8 pagi. Di tasik titiwangsa." Jawabku.

"Okay. Noted. Nanti apa-apa hal, saya contact awak ye." 

"Okay." Aku mematikan talian setelah selesai membuat perjanjian.

"Siapa yang kau ambil tu?" Soal Ain sambil menghirup Milo panas.

"Customer aku tadi. Masa dia ambil order. Dia bagi aku card ni. Kalau ada apa-apa service. Aku boleh contact dia." Jelasku.

"Ooo. So. Dah selesai lah problem kita ni?" 

Aku mengangguk laju. Fuh! Mujur ada Nazrin. Lego hati den. Lantak lah si Mata Kail tu. Pandai-pandai lah dia cari job lepasni.

*****




Pelbagai gaya Nazri menyuruh model kami melakukan gaya. Boleh tahan jugak. Nice shoot! 

"Okay tak gambar-gambar dia cik Fina?" Nazrin menunjukkan aku gambar yang ditangkapnya.

"Eh! Tak payah lah cik-cik bagai. Panggil saya Fina dah lah. By the way, saya berpuas hati dengan kerja awak."

Nazrin tersenyum apabila aku memuji dia.

"Fina! Sweet lah aku tengok korang." Bisik Ain di telingaku.

"Apa kau merepek syaitan? Aku dengan dia bincang pasal gambar jelah." Protesku.

"Oh! Bincang ye. Takpe. Baru permulaan." 

Aku menyiku lengan Ain. Kedengaran Ain mengaduh kesakitan.

"Ain." 

"Hurrmm."

"Aku rasakan. Macam nak share contract ah dengan Nazrin's Photograph." Ujarku.

"Hah! Bagus jugak tu. Tapi asal tetiba kau nak amik dia? Ke kau dah..." 

"Hoi! Soalan apa yang kau tanya ni? Hei. Sekarang ni kita takde photographer untuk shoot design baru kita. Memandangkan Nazrin ada sekarang ni. Aku pilih lah dia. Lain kali pikir dulu sebelum tanya." Amik kau! Kan dah kena dengan aku. Berjela-jela aku terangkan. Ain mula mencebikkan muka.

"Nazrin. Boleh tak kalau kita discuss sikit." Aku menegurnya ketika dia sibuk berbincang dengan rakan kerjanya.

"Oh! Sure." Jawabny sambil tersengih.

Aku membawa Nazrin menuju ke jambatan yang terletak hujung sana.

"Saya ingat. Saya nak jadikan awak rakan kongsi untuk perniagaan saya. Kalau awak setuju lah dengan cadangan saya." 

Nazrin terdiam seketika. Kemudian baru bersuara.

"Awak memang suka pakai topi heh?"  

Hah? Aku rasa aku tanya soalan lain tadi.

"Hah? Apa dia?" Soalku semula.

Dia tertawa kecil.

"Awak dah cantik. Kenapa nak pakai topi. Suka ke tutup muka awak tu." Topi di kepala ditanggalkan. Habis jatuh merembang rambutku.

Aku terkesima. Apa ni? 

"Er! Nazrin. Berbalik pada soala saya. Awak setuju tak?" 

"Of course." Jawabnya. Mata masih tidak berkelip.

"Er. Awak tak berbincang ke dengan kawan awak?" 

"Nak bincang buat apa? Dorang selalu setuju dengan keputusan saya. Janji duit masyuk." 

"Kalau gitu. Okay lah. Lagipun saya tengok, kerja awak sangat memuaskan. Eh! Dah pukul berapa ni. Jom kita balik." Aku mengajaknya pulang. Sebenarnya aku terasa kurang selesa. Yelah. Dia asyik merenung wajah aku. Tu pasal aku ajak dia balik.

*****

Meriah sungguh karnival hari ni. Hari ini, dimana kesemua peniaga online yang menjual barangan lokal berkumpul untuk mempromosi barang mereka. Termasuk Calligraph Brand. 

Tak menang tangan semua peniaga melayan telatah pelanggan. Termasuk aku. Tapi paling aku bengang bila ada pelanggan tiba-tiba mengamuk. Aduh! Bagai nak pecah kepala memikirkannya. Nasib baik Nazrin pandai redakan keadaan. Kalau tak. Silap-silap tutup periuk. Apa-apa pun. Aku kena berpegang dengan prinsip. Customer always right.

"Fina! Happening gila kan orang Pahang ni. Sporting bak hang!" Ujar Ain dengan gembiranya.

"Tulah. Tapi aku cuma bengang dengan seorang minah tu. Tiba-tiba mengamuk. Entah hantu apa ntah rasuk dia. Kata dia service yang kita buat semua tak bagus." Terangku.

"Minah tadi tu? Yang tak cukup kain tu?" Soal Ain.

"Yelah! Aku pun tak faham apa yang dia nak. Selalu nya service kita memuaskan. Apa yang kurangnya?" Ulasku pula.

"Biasalah. Orang ada macam cara nak tutup periuk kita." Sampuk Nazrin. Bungkusan nasi ayam yang dipesan dihulurkan.

"Lagipun dugaan semua ni. Kita kalau nak berjaya. Memang kena tabahkan hati." Sambungnya lagi.

"Yes. That's true." Sokong Ain.

"Naz. Thanks tolong saya tadi. Serabut kepala layan minah tadi." Topi yang ku pakai ditanggalkan. Rambut ikal mayang pula ku ikat bagi kemas.

"No hal lah." Balasnya sambil menjamu selera.

"Dah lah. Tak payah pikir pasal minah tadi. Sekarang ni, kita makan cepat. Orang makin ramai. Kang tak terlayan dorang semua." Kata Ain. 

Kami bertiga semua fokuskan pada makanan. Perut lapar gila kot. Dari pagi sampai sekarang tak makan lagi. Yang lain entah bila mencekik pun aku tak tahu. Dan-dan bila aku ajak makan semua cakap dah makan. Maknanya mesti dorang curi tulang ni.

*****

Makin lama aku berkawan dengan Nazrin, makin selesa. Yelah. Kadang Nazrin ni pandai buat lawak. Pandai buat kerja. Semua pandai lah. And paling pandai. Dia pandai ambil hati orang lain. 

Semua kebaikan kau nampak ye Fina. Ada satu suara menyampuk. 

"Fina. Kita dah lama kenalkan. Apa kata kalau kita kahwin?" 

Hampir menyembur chocolate blended aku. Biar betik lelaki ni? Demam ke?

"Nazrin! Kita baru empat bulan kenal. Saya pun belum bawa awak jumpa mak ayah saya." Jawabku sambil mengelap mulut yang comot.

"Alah. Tu dah settle dah." 

Terbeliak mata aku? Aku lihat dia tersenyum lepas kata begitu.

"Awak. Jumpa mak ayah saya? Bila?" 

"Adalah." Berlagu adalah dia. 

Kejap? Bila dia jumpa mak dengan ayah? Wait? Kenapa aku tak tahu pasal ni? Kenapa mak tak pernah cerita? Kenapa? Kenapa? And kenapa? 

Ambil kau! Banyak kenapa dalam kepala aku. Tapi satu pun belum dapat jawab. Pergh! Soalan paling susah lepas SPM ni.

"Nazrin. Kita baru kenal. Baru nak kenal hati budi masing-masing. Saya takut. Bila awak dah kenal perangai sebenar saya. Awak lari." Ujarku. Aku tidak mahu sejarah berulang kembali. Walaupun bersama dengan orang lain.

"Lagipun. Saya tak sempurna. Banyak kekurangan yang ada pada diri saya. Lihatlah gaya saya. Langsung tiada ciri-ciri keperempuan." Sambungku lagi. Suaraku menjadi sayu dihujung ayat.

Nazrin merenung mata ku. Aku cepat-cepat beralih.

"Fina. Dalam dunia ni. Tiada siapa pun yang sempurna. Saya pun tak sempurna. Tapi, kita boleh perbaiki semua tu. Itulah sebabnya kenapa adanya satu hubungan yang sah. Perkahwinan adalah satu cara untuk perbaiki kelemahan antara satu sama lain." Ujarnya. 

Aku terdiam mendengar kata-katanya. Nazrin betul-betul serious dalam soal ini semua.

"One more. Saya tak kisah awak tomboy ke. Apa ke. Janji hati awak suci. Awak luaran je nampak seperti lelaki. Tetapi dalaman. Dalaman awak, penuh dengan keperempuan. Kelembutan." Ulasnya lagi.

Aku terkesima. Betul-betul terkesan ayatnya dalam hati aku.

"In sha allah. Minggu depan. Saya hantar rombongan. Saya nak pinang awak. Boleh?" Sambungnya lagi.

"Nanti saya bagitahu pasal ni dekat mak saya." Balasku. 

Aduh serabut lah kepala aku. Aku ingat aku ubah penampilan aku. Takde lagi lelaki yang sangkut dekat aku. Okay. Fina. Kau jangan kalut sangat. Buat relax.

*****



Kenapa dengan Fiza ni? Meraung je kerja? Ni pun balik seorang je. Mana Asyraf? 

"Dik! Pahal dik? Asyraf mana?"

Langsung tak dijawab soalan aku. Pintu keretanya ditutup kasar. Kaki pula menghentak-hentak. Terpinga-pinga aku dibuatnya.

"Fiza. Kenapa balik tak bagitahu. Asyraf mana?" Soal mak.

"Fiza benci dengan abang Asy." Jawabnya.

Terkejut aku mendengar. Aku yang sedang memetik gitar terhenti. Laju aku berdiri.

"Asyraf. Asyraf buat apa? Bagitahu akak." 

Aku sudah menunjukkan wajah protes. Kurang ajar punya jantan. 

Tiba-tiba Fiza memandang yang wajahku dengan pandangan yang menggerunkan.

"Hei! Pahal tengok akak macam tu. Macam nak makan akak je." Saja buat lawak. Tapi. Tak berjaya mencuit hati Fiza.

"Aku! Aku!" Jari ditunding ke arah aku. Nadanya kedengaran geram.

Aku terpinga-pinga. Kenapa dengan aku?

"Kenapa? Apa kaitan dengan akak." Soalku dengan penuh kepastian.

"Abang Asyraf! Cintakan Kak Fina balik." 

Tergamam aku. Asyraf? Cintakan aku?

Fiza sudah terduduk. Aku tak tahu nak buat apa. Bingung. Mak cuba menenangkan Fiza.

"Dia nak getback balik dengan akak. Dia taknak orang lain masuk meminang dekat akak." Jelasnya dengan nada teresak.

"Mana jantan tu?" Soalku dengan geram.

"Fiza bencikan akak." Fiza menolak tubuhku. 

"Fiza!" Panggil mak.

Aku buntu. Apa semua ni?

*****

"Ini ke Fina yang Nazrin cerita?" Soal seorang wanita yang kelihatan usianya sebaya dengan mak. Mungkin mama Nazrin.

"Ye saya." Jawabku dengan tersipu malu. 

"Baiklah. Tujuan saya datang ke rumah Puan Minah dengan Encik Zakwan untuk merealisasikan hajat anak teruna kami." Terang seorang pakcik yang mukanya dimamah usia.

"Kami ingin memetik sekuntum bunga untuk se...." 

"Nanti!" 



Belum sempat pakcik ini menghabiskan kata-katanya, ada satu suara mengganggu majlis ini. Mata ku terbuntang.

"Fina. Batalkan majlis you. Please." 

Asyraf? Apa dia buat dekat sini?

Aku bangun dari tempat duduk ku dan membawa Asyraf keluar dari rumah.

"Kau buat apa dekat sini?" Gertak ku.

"Fina. Please Fina. Tolak lamaran dorang." Rayu Asyraf.

"Kau apahal? Siapa kau nak paksa aku tolak lamaran semua ni?" Soalku.

"Cause I love you Fina." Kedua-dua lenganku dipaut olehnya. Aku menepis dengan kuat.

"Kau tu adik ipar aku. Kau ada bini kau. Cuba belajar hargai perasaan orang lain." 

"No. I can't. I need your apologise. Please Fina. Kita mulakan hidup baru." Makin kuat lenganku dipaut.

Aku cuba untuk meronta-ronta. Namun tidak berdaya. Disebabkan geram yang membuak. Satu tamparan hinggap di pipinya.

"Fina!" 

Aku menoleh ke kiri. Nazrin!

"How dare you?" 

"Naz! Awak salah faham." 

"Argh! Aku taknak dengar apa-apa dari mulut kau." 

"Mama! Kita balik. Nazrin dah fikir masak-masak. She is not mine." 

Aku tergumam. No! 

Enjin kereta dihidupkan. Aku cuba untuk memanggil namanya. Namun, dia tidak mengendahkan.

"Nazrin Shah!!!!!" Aku menjerit sekuat hati. Biarlah satu kampung dengar suara aku. 

Aku mula terduduk. Air mata mengalir laju. 

Aku bangkit dan segera mengambil barang keperluan ku. Aku terpaksa balik ke Kuala Lumpur semula. Sakitnya hati bila perkara yang tidak diingini terjadi.

*****


 
Aku menangis sepuas-puasnya. Kenapa aku dikecewakan untuk kali kedua? Ain berusaha untuk memujukku. Aku luahkan segalanya pada teman rapat ku. 

"Aku tak tahan nak tanggung semuanya. Nazrin betul-betul salah faham. Aku bukan apa yang dia fikirkan." Luahku.

"Aku faham. Aku pun tahu. Tapi. Ini semua dugaan. Kuatkan semangat kau. Allah sayangkan kau. Sebab itu dia bagi kau dugaan. Dia nak tengok kau kuat ke tak?" Ujar Ain.

"Aku tak tahu nak buat apa. Masuk ni dah dua kali aku dikecewakan." Sambung ku lagi.

"Okay. Dah! Dah! Bawa bersabar. Sekarang ni. Kau pergi ambil wudhuk. Kau solat istikharah. Minta petunjuk dekat Allah. Minta Dia lembutkan hati Nazrin. In sha allah. Nazrin tahu segala-galanya." Dorong Ain.

Deringan Iphone berbunyi. Private number. Siapa dia ni? 

"Hello?" 

"Hello Fina."

"Yes. Siapa ni?"

"I. Asyraf." 

Aku mengetap gigi. Dia lagi.

"Heh! Asyraf. Apa lagi kau nak? Cukup lah kau lukakan hati perempuan. Kau tak kesianka Fiza ke?"

"Fina. Tolonglah. I nak getback dengan you. Please. I merayu sangat-sangat." 

"Kau ni terdesak sangat kenapa? Aku nak tanya? Kenapa kau muncul dalam hidup aku bila aku tengah bahagia? Kau tahu tak? Kau ni dah hancurkan kebahagiaan orang lain. Apa yang kau tak puas hati?" Gertak ku.

"Yes! I tak puas hati. I tak puas hati bila you rapat dengan orang lain. I tahu dulu I silap sebab tinggalkan you macam tu je. But kali ni. I takkan sia-siakan you lagi." Ujarnya.

"Go to the hell!!!!!" Jeritku kemudian aku mematikan talian. Iphone ku campak ke sofa. 

"Woi! Iphone 6 kot. Agak-agaklah nak baling. Kalau dah bosan sangat, baling je kat muka aku. Boleh aku tangkap." Kata Ain. 

Aku membuka langkah laju menuju ke tingkat atas. Serabutnya!!!!!

*****

Aku dah putus asa. Nazrin langsung tak nak jumpa aku. Langsung tak bagi aku peluang untuk bercerita. Aku terpaksa bawa diri jauh dari sini. Aku membawa diri ku ke Langkawi. Aku mahu keseorangan. Aku bagitahu pada Ain. Jika ada orang mencari aku. Jangan beritahu dimana aku berada. Aku nak release tension.

Berkali-kali telefon berdering. Balik-balik nama Nazrin. Baru sekarang nak cari aku? Sorry. 

Kali ini aku tidak mampu bersabar. Aku menjawab juga.

"Nak apa Nazrin!" 

"Macam tu kamu cakap dengan Mak kamu sendiri?" 

Eh! Mak ke? Aduh mak! Malunya aku.

"Eh? Sorry. Sorry mak. Ada apa ni mak?"

"Mak nak tanya? Mana kamu pergi?" Soal mak.

"Orang jalan-jalan lah mak. Bosan lah duduk dekat rumah." Terangku.

"Ni ada orang masuk meminang kamu. Mak tak boleh cakap apa. Kamu setuju atau tidak?" 

Again. Ah! Aku terima jela. Tapi, kalau Asyraf. Sampai bila-bila aku tak terima.

"Mak. Orang tak kisah siapa yang pinang orang. Orang terima je. Tapi kalau, Asyraf. Orang taknak." Ujarku.

"Apa mereng ke kamu ni. Memang tak lah mak nak terima si Asyraf. Kamu tahu tak. Adik kamu tu dah teruk dikerjakan." 

Terbeliak mata aku. What's!

"Maksud mak?" Aku soal. Nak cari kepastian.

"Mak malas nak cerita. Perangai Asyraf makin lama makin liar. Sekarang ni betul ye kamu setuju." 

Aku mengeluh.

"Ye mak. Orang setuju."

"Betul tak menyesal?" 

Aku terdiam. Terbayangkan Nazrin tiba-tiba. 

"Ya mak..." Fedup. Biarlah. Aku dah takde jodoh dengan Nazrin. Terima jela.

Panggilan dimatikan. Aku rebahkan diri di atas pasir pantai. Kaki ku silangkan. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. 

Aku cuba menghantar WhatsApp kepada Nazrin. 

+ Assalam. Ada orang masuk meminang dekat saya.

Beberapa minit kemudian mesej masuk berbunyi.

- So? 

So? So? je die balas? 

+ Saya terima pinangan orang tu.

Terus diam. Nazrin offline. Aku mengeluh nafas panjang.

Aku bangun untuk balik ke bilik. Debu-debu pasir di seluar ku kibaskan. Alangkah terkejutnya aku sewaktu aku menoleh kebelankang.

"Nazrin?" Bisikku.

Aku lihat wajahnya seolah orang risau. Iphone ditangannya digenggam kuat. 

"Thanks." Katanya.

Aku blur seketika.

"For what?" Soalku.

"Terima pinangan saya." Jawabnya.

Hah? Pinangan? Bila? Eh! Kejap! 

"Kejap! Kejap! Awak ke yang hantar rombongan tu?" Soalku. 

Dia hanya terdiam. Tiba-tiba terdengar sorakan. Mak? Ayah? Ain? Eh? Apa benda semua ni? Makin blur muka aku.

"So. Kawanku. Tak lama lagi dapat lah aku rasa nasi minyak kau." Kata Ain sambil meletakkan lengannya di atas tengkuk ku.

"Huh?" Aku semakin blur.

"Aduh! Apa blur kawan aku ni? Yang masuk meminang tu si Nazrin. Kau tahu tak? Kitorang datang sini semata-mata nak suprisekan kat kau. Tapi ni yag dapat. Muka blur yang dibalasnya." 

Pecah suasana dengan gelak tawa mereka semua. Aku masih blur. Errr. Aku kena prank dalam Bang! Bang! Boom! ke?

"Syafinaz Zulaikha. Thanks again sebab terima pinangan saya. And saya minta maaf sebab saya salah faham." Ujarnya. 

Mama Nazrin menapak menuju ke arah ku. Cincin itu disarungkan ke jari manis ku.

Walaupun aku berasa terharu. Tapi. Aku masih blur. Sampai macam ni sekali rancangan dorang.

"Akak.." Sapa satu suara.

"Fiza." 

Cepat-cepat Fiza memeluk tubuh ku. Semakin kuat tangisannya. Makin bertambah blur aku.

"Hei! Kenapa ni? Dah jangan menangis lagi." Aku cuba menenangkan Fiza.

"Akak. Fiza minta maaf sangat-sangat. Fiza tuduh akak macam-macam. Fiza minta ampun kak." Jelasnya.

"Oh. Akak dah lama maafkan Fiza. Dah jangan menangis macam ni. Orang tengok." Kataku sambil mata melilau sekeliling. 

Tiba-tiba mata ku tertacap pada perut Fiza. 

"Are you pregnant?" Soalku.

Fiza mengangguk laju. 

"Dah lima bulan lebih." 

Terbeliak mata aku.

"Alhamdulillah." Makin erat pelukan aku. Happy sangat kot. Tak lama lagi aku jadi makcik.

"Asyraf mana?" Tiba-tiba aku terasa kurang seseorang.

"Asyraf sekarang ni menjalani rawatan psikologi. Doktor mengesahkan dia ada masalah psikologi." Sampuk ayah.

"Ni muka lebam-lebam ni sebab Asyraf?" Soalku.

"Aah. Nasib baik Fiza tak apa-apa. Mak risaukan kandungan dia tu. Mak pun tak sangka sampai macam tu sekali perubahan dia." Jawab mak pula.

"Eeiih. Kurang ajar punya jantang. Kena juga kang dengan aku nanti." Aku menyinsing kedua-dua lengan baju ku.

"Aip. Kita dah nak kahwin. Cuba lah ubah sikit penampilan tu." Sampuk Nazrin.

Aku mencebik. Suka hati lah. Aku berubah ni pun sebab golongan lelaki.

"Bila kita nak kahwin?" Soalku laju.

"Amboi. Gatalnya." Balas Nazrin.

Aiseyman! Asal pula aku tanya soalan bodoh tu. Argh!

"Bulan depan. Kita takyah tunang. Bazir je. Terus kahwin." Sambungnya lagi

"Kejap. Sekarang ni siapa gatal sebenarnya? Macam tak sabar-sabar je orang tu." Bidasku.

"Mestilah saya tak sabar. Orang gila je yang tak sabar." 

Terbeliak mata aku. Okay. Ni dah tahap melebih gatal dia ni. Aku segera membuka langkah seribu.

"Nazrin Gatal!" Aku menjerit sekuat hati. Sementara itu sempat lagi Nazrin mengejarku.

*****

Aiiii!!! Tiba-tiba pula rasa seram sejuk. Meremang bulu roma lengan aku. Ish! Dah malam ni. Mata dah mengantuk ni. Dari tadi aku terjenguk-jenguk. Kot-kot Nazrin dah tidur.

"Hah!" 

"Opocot mak kau. Ish Fiza ni. Terkejut akak." Aku menepuk lengannya.

"Asal tak tidur lagi?" 

Apa punya soalan yang ditanya. Aku ni dah lah risau ya amat. Dah macam nak jumpa hantu je dah ni.

"Kejap. Pahal muka pucat. Okay ke tak ni?" 

"Fiza. Akak.. Akak takut lah. Rasa seram sejuk je nak langkah masuk bilik tu." Balasku.

"Kenapa?" Soalnya.

"Oh! Okay. Faham sangat." 

Aku menjelingnya. 

"Alaa kak. Normal lah tu. Dulu masa Fiza pun ada juga rasa seram sejuk. Buat dang sudah lah." Sambungnya lagi.

Buat dang? Ish! Aku dah seram semacam lagi disuruh buat dang. Huuuuh.

"Fina." 

Nama ku dipanggil.

"Hah kak. Abang Nazrin dah panggil dah tu. Pergi lah sana."

"Tapi. Akak.. Akak.." 

"Haih. Ni buat apa dekat luar ni? Kan sejuk luar tu. Masuk la dalam." Belum sempat habiskan ayat, Nazrin dah terpacak dekat sini. Haruman minyak wangi merosok ke rongga hidung ku.

"Okay lah. Fiza masuk dulu ye. Good Night you all's." Sampuk Fiza.

"Jom tidur." Ajak Nazrin.

"Hah? Tidur?" Aku jadi orang bengong dah.

"Yelah. Dah malam ni. Takkan tak tidur pula?" Soalnya.

Aku menggaru kepala  yang tida gatal. Aku melangkah juga dalam keterpaksaan. 

Setelah pintu bilik di tutup, Nazrin menapak ke mari di birai katil.

"Thanks sayang sebab sudi hadir dalam hidup abang." Nazrin meraih kedua-dua lenganku lalu mengucup perlahan.

Aku hanya mampu tersenyum. Beginikah rasa saat kebahagiaan itu?

"Sama-sama awak. Saya harap.." 

Belum habis ayat aku jari telunjuknya sudah berada di bibirku.

"Lepas ni. Abang nak Fina bahasakan diri abang, abang. Abang bahasakan diri Fina, sayang. Boleh?" Pintanya.

Aku terdiam. Boleh ke?

"In sha allah. I will." Balasku. Sebuah senyuman olehnya diberikan.

"Oh! Wait a sec." 

Nazrin segera berdiri dan menuju ke bagasi hitam miliknya. Dilihatkan sedang mencari sesuatu.

"Nah!" Hulurnya. 

Aku terbuntang. Ni gambar aku? Bila masa dia dapat gambar ni? Kejap. Ni macam.

"Wait! Wait! Ni bukan masa majlis Fiza ke?" Soalku.

Dia mengangguk laju. 

"Bila masa dapat gambar ni?" 

Aku perhatikan betul-betul gambar tersebut. Baru aku ingat. Waktu ni aku tengah mengelamun. Pastu tersentak bila ada flash camera. 

"Jahat!" Aku menjerit kecil.

Nazrin boleh ketawa.

"Kalau sayang nak tahu. Dah lama abang kenal sayang. Sejak abang ada job masa wedding Fiza, abang try tanya mak dengan ayah pasal sayang. Everything."

Sekali lagi mata aku terbeliak. 

"Tak sangka ek. Budak tomboy macam Fina ni pun abang suka." 

"Luar je tomboy. Dalam penuh dengan keperempuanan." 

Ceh. Ayat kemain lagi. Nak pikat hati lah tu.

"Sayang. Abang nak buat satu je permintaan. Agak-agak sayang boleh tunaikan tak?"

"Macam berat je. In sha allah, Fina tunaikan." Balasku.

"Lepas ni. Abang nak tengok sayang try ubah penampilan. Takpe. Slow-slow. Boleh?" Pintanya.

Boleh ke? Aku dulu pernah juga pakai pakaian perempuan. Cuma, keadaan yang menyebabkan aku berubah seperti ini.

"Fina dulu bukan macam sekarang. Dulu Fina macam perempuan biasa juga." Ujarku.

"Abang tahu. Ain dah cerita segala-galanya. And abang rasa menyesal sebab tak bagi peluang dekat sayang cerita dari A sampai Z." Jelasnya. Sayu je dengar.

"Abang semua dah berlaku. What the past is past. Sekarang. Kita mulakan hidup baru. Pasal Asyraf dengan Fiza. Kita doakan baik-baik. Fiza cakap Asyraf pun dah nak pulih. In sha allah. Perkara lama tak berlaku lagi." Ulasku.

Nazrin mencuit daguku. 

"In Sha Allah." Katanya sambil tersenyum.

"Dah malam ni. Jom tidur. Layan abang boleh?" Bisiknya.

Gulp! 

Nazrin mula tersengih. 

Aku mula menyelubungi diri. Seram dah datang kembali.

Semakin dekat diri Nazrin dengan aku. Lampu tidur dipadam.

Ah biarlah aku melayari bahtera kebahagiaan. Demi suami tercinta. Aku sanggup berubah seperti sedia kala. I love you Nazrin Shah. Moga kita kekal hingga akhir hayat. Aamiin...