Monday, 5 January 2015

Cerpen: Benci Atau Sayang??



"Wei. Dah nak malam dah ni. Aku rasa elok lah kita balik. Lagipun apa yang kau nak dah dapat kan." Aku mengajak Izara untuk pulang. Aku rasa dah berapa kali kitorang bertawaf dekat Uptown ni.

"Okay gak tu. Tapi aku rasa kita makan dulu dekat foodcourt dalam tu." Balas Izara. Aku yang sudah keletihan hanya menganggukkan kepala sahaja. Rasa macam nak tercabut tapak kaki ni. 

Kami berdua melangkah menuju ke foodcourt yang berdekatan. Sewaktu dalam perjalanan untuk ke sana, Izara menghentikan langkahnya. 

"Zara! Jom lah. Aku dah penat ni." Laungku. Namun panggilan ku tidak diendahkannya. Kurang ajar punya minah. Aku terpekik terlolong dia selamba badak tercegat dekat situ. 

"Mawar. Kau tunggu kejap. Aku nak beli jeans untuk adik aku kejap." Katanya. Kesemua beg-beg plastik yang dipegangnya dihulur ke arah ku. 

"Buat apa?" Aku menyoalnya.

"As his birthday gift. Minggu depan birthday dia." Tanpa melengahkan masa, dia terus masuk ke dalam kedai yang menjual pakaian lelaki. 

"Dah tujuh belas tahun pun sambut birthday ke? Aku yang dua puluh lima ni pun tak sambut." Aku merungut seorang diri. 

Hampir sepuluh minit aku menunggu minah ni. Tapi aku tengok. Satu pun tak dipilihnya. Zara! Cepatlah. Aku dah lepak dah ni!! Teriakku dalam hati.

Dengan perasaan geram. Aku terus masuk dan mencari Izara. Apa yang memeranjatkan aku. Minah ni selamba badak sembang dengan pekerja kedai ni. Zara. Kau memang nak kena dengan aku kan.

"Izara Aisyah!" Teriakku. 

"Kan aku suruh kau tunggu kat luar." Ujarnya.

"Memang kau suruh aku tunggu dekat luar. Tapi. Dah sepuluh minit aku tunggu kau. Kau pula sedap menyembang dengan mamat ni." Jari ku tuding ke arah mamat skema ini.

Aku mengalih pandangan ke arah mamat ini. Astaghfirullahalazim! Faizal! Apahal aku boleh jumpa dia dekat sini?

"Kau?!" Aku dan Faizal menyoal dengan serentak. 

"Kau buat apa dekat sini?" Soalnya lagi dengan riak wajah yang pelik.

"Suka hati aku lah nak buat apa dekat sini. Kau tu buat apa dekat sini?" Soalku dengan nada tinggi.

"Aku pun macam kau jugalah. Suka hati aku nak buat apa dekat sini." Jawabnya. Ayat ciplak! 

"Korang kenal?" Tiba-tiba Izara menyampuk. 

"Gila aku tak kenal. Kalau kau nak tahu. Inilah abang angkat aku yang perangai macam lahanat tu." Terangku. 

"Kau cakap aku apa? Lahanat? Kau tu macam mulia sangat? Kau dari dulu memang tak pernah berubah kan." Katanya.

"Woi! Nak gaduh laki bini balik rumah lah. Lari customer aku nanti." Sampuk satu suara garau. 

"Err. Maaf ye semua. Ada sedikit pergaduhan. Al maklum lah. Pelanggan cerewet bukan?" Katanya apabila kesemua pelanggannya melihat adegan ini.

Aku menarik lengan Izara untuk beredar segera dari neraka ini. Cukup lah dekat rumah ibu aku terpaksa menghadap muka syaitan itu. 

*****

Cuti sempena bulan puasa ini bermula. Kini. Aku dan juga Izara bercadang untuk menyambut bulan Ramadhan di kampung masing-masing. Izara ingin pulang ke Melaka manakala aku pula ingin pulang ke Johor. 

"Mawar. Sebelum aku pulang Melaka ni, aku nak mohon maaflah kalau selama kita kenal ni ada yang mengecilkan hati kau." Tegur Izara sewaktu aku ingin memanas kereta ku.

"Sama jugalah dengan aku ye Zara. Aku harap kau senanglah dengan aku selama ni." Balasku sambil menepuk-nepuk bahu Izara.

"Ni betul kau nak balik sendiri. Taknak aku hantar maca haritu." Aku mendapatkan kepastian apabila Izara ingin pulang ke kampung dengan menaiki bas. 

"Betul. Aku dah biasa balik sendiri. Yang haritu kan tiket habis. So terpaksa aku tumpang kau." Aku mengangguk tanda mengerti.

Lebih kurang lima minit kemudian. Sebuah teksi berhenti di hadapan rumah sewa kami. 

"Zara. Kalau ada apa-apa call aku." 

"Orait maam. Aku gerak dulu." 

Setelah teksi mulai hilang dari pandangan. Giliran aku pula untuk pulang ke kampung.

Ooo. Balik kampung. Ooo balik kampung. Hati girang. Eh lupa. Aku rumah taman. So it should be. Balik taman. Hahahaha

*****

Sewaktu aku ingin masuk ke perkarangan rumah. Secara automatik aku menekan brek. Scrambler raja singa tu ada. Bermakna dia pun ada.

"Walawei! Raja segala singa ni adalah pulak. Spoil my mood doe!" Bebelku dalam kereta. 

Nak tak nak kena terima lah hakikatnya. Tiba-tiba mood happy nak balik rumah hilang. Ini semua kerana si durjana itu ada di rumah.

"Assalamualaikum." Aku melaungkan suara aku untuk memberi salam. Aku tahu semua ni tengah pakat tengok TV. Entah cerita apa pun aku tak tahu lah.

"Waalaikumsalam. Mawar!!" Jerit ibu. Mungkin teruja bila aku balik ni.

"Ibu. Rindunya dengan ibu." Aku memeluk tubuh ibu dan mencium pipi ibu bertubi-tubi.

"Mawar pun balik. Meriah lah nanti rumah kita Jah." Sampuk papa dari belakang. 

"Ayah sihat? Siapa je balik ni bu? Papa?" Aku menyalami tangan ayah.

"Kak long kamu. Katanya nak sambut Ramadhan sekali. Jomlah masuk." Pelawa ibu. 

Beg roda ku tarik dan angkat untuk bawa ke atas. Dalam lima tapak anak tangga, aku selisih dengan raja singa ini. Dia hanya menjeling aku. Aku pun apalagi. Jelinglah balik. Lagi tajam jelingan aku.

"Ibu. Apa angin si Mawar balik bu?" Aku cuba curi-curi dengar perbualan mereka.

"Haih! Biarlah dia nak balik. Rumah dia juga kan." Jawab ibu lembut.

"Rumah dia bukan dekat Pertubuhan Rumah Anak Yatim Islam ke ibu?" 

Zup!! Bagai kena tikam jantung aku. Hampir dua belas tahun aku menetap di rumah ini. Dia masih mengungkit kisah silam aku. Hina sangatkah darjat seorang anak yatim piatu ini?

Bang! Pintu bilik ku hempas dengan kuat. Ingat aku nak sangat jadi adik angkat kau? Duduk dekat sana lagi tenang lah daripada aku duduk dekat sini! 

Satu demi satu air mata aku menitik. Kenapa dia benci sangat dengan aku? Kalau dia benci dengan aku. Aku sepuluh kali ganda bencikan dia.

Pintu bilik diketuk. Cepat aku mengesat air mata. Dan segera aku buka pintu bilik.

"Mawar okay?" Soal ibu dengan prihatin.

"Mawar okaylah ibu." Jawabku.

"Sure okay? Tu mata merah kenapa?" Soal ibu lagi.

"Oh! Tadi Mawar letak ubat. Mata Mawar ni gatal-gatal. Tulah Mawar letak ubat." Bohongku. 

Ibu tidak mengendahkan jawapan  ku. Dia membawa aku menuju ke katil. 

"Mawar terasa hati apa yang abang Faizal cakap tadi?" 

Aku hanya diam seribu bahasa. Malas lah nak fikir perkara ini.

"Mawar kena kuat. Mungkin abang saja nak uji Mawar. Dia nak tengok adik dia ni kuat ke tidak? Dia kan tak nak tengok adik dia ni lemah." Ujar ibu.

Adik angkat je ibu. Bukan adik kandung. Jawabku. Namun hanya hati mampu berbicara. Mulut masih terkunci.

"Dah. Malam nanti, kita pergi solat terawih sama-sama. Kejap lagi kak long dah nak sampai." Ulas ibu.

"Kak long dah dekat mana?" Soalku. 

"Tadi dia call. Katanya dah dekat Aeon. Dia singgah sana kejap." Jawab ibu.

Aku hanya menganggukkan kepala.  

"Dah. Pergi mandi. Lepas tu turun bawah. Tak mahu lah berkurung je dalam bilik." Sambung ibu lagi.

Ibu melangkah keluar dari bilik ini. Aku masih termenung akan peristiwa tadi. Kalau tahu macam gini. Baik aku tak payah balik. Rela aku sahur maggie. Buka pun maggie. Dari sahur dengan buka dekat sini. Boleh hilang selera aku.

*****

Selesai sahaja menunaikan solat terawih. Aku, ibu, kak long dan anak-anak serta raja singa berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Papa dan juga suami kak long pula pulang kemudian kerana dia ingin berbual dengan para jemaah masjid 

"Kau jalan cepat sikit boleh tak?" Sergah dia dari belakang. 

"Boleh sabar tak? Aku dah habis langkah dah ni. Dah cepat jalan depan!" Tengkingku pula.

"Lembab! Lain kali besar sikit langkah tu. Ni terkepit-kepit. Nak goda lah tu." Jawabnya.

"Hei! Korang ni. Dekat rumah gaduh! Dekat jalan pun nak gaduh! Tak malu dengan budak-budak ke apa?" Kak long memiat telinga aku dan raja singa ini.

"Aduh! Kak long. Sakit lah! Takyah lah main tarik-tarik telinga." Aku mengaduh kesakitan setelah telinga ku dipiat kuat. Anak-anaknya pula gelakkan aku. Nasib lah korang anak buah aku. Kalau tak dah lama aku kerjakan korang

"Kalau tahu aku naik motor saja. Cepat sampai rumah. Dapat juga tidur." Omel Faizal.

"Der. Boleh diam tak? Bingit siak telinga aku nak dengar bebelan kau." Sahut aku.

"Suka hati aku lah. Mulut aku. Yang kau panas sangat kenapa?" Tengking dia balik. 

"Malas lah aku nak layan kau. Membebel je kerja. Mengalahkan mak nenek." Balasku pula.

Tiba-tiba dia menolak bahu aku. Nyaris tersembam aku dibuatnya. Main kasar dah mamat ni.

"Kau apahal nak tolak-tolak aku?!" Aku menjerit.

"Sekali lagi kau cari pasal dengan aku memang nahas kau aku kerjakan." Dia memberi amaran.

"Ingat aku hairan sangat ke dengan warning kau?" Soalku dengan sinis.

Maka bermulalah pergaduhan di tengah-tengah jalan raya. Langsung tidak menghiraukan orang lalu lalang disekitar jalan raya ini.

"Mawar! Faizal!" Jerit ibu.

Aku dan raja singa ini berhenti bergaduh. Tengok! Kan dah kena sound.

"Dah besar panjang pun nak bergaduh lagi? Lain lah kalau umur macam Syahir dengan Syahirah ni. Ibu faham. Kecil lagi. Kamu berdua dah tua bangka ni. Bergaduh je kerja." Sambung ibu.

Tengok! Tak pasal-pasal kena ceramah free dekat sini. Ni semua gara-gara raja singa ni punya pasal lah ni.

"Dia yang mula dulu bu. Dia tolak Mawar." Aku mengadu kepada ibu.

"Apahal pula aku? Kau kan yang buat onar?" 

"Kalau kau tak mula dulu. Tak tolak aku. Takdenya kita kena ceramah free dekat jalan ni faham tak?"

Aku dan raja singa ini sambungkan kembali peperangan mulut. 

"Sudah!" Jerit kak long.

"Dengar sini. Kalau bergaduh lagi, kak long sampai rumah. Kak long kunci korang dekat luar. Tidur dekat luar. Sahur baru masuk rumah. Nak?!" 

Dengar saja amaran kak long. Aku dan raja singa ni berlari pecut meninggalkan mereka di belakang. Nasib aku pakai tracksuit. Senang untuk aku buka langkah. 

*****

"Mawar. Kejutkan abang Faizal kamu. Ibu dah kejut berkali-kali tapi tak bangun juga." Dengar saja arahan ibu, kembali segar mata aku. Nak kena kejutkan raja singa tu? Ni yang den lomah ni. 

"Alah bu. Malas lah. Pandai-pandai lah dia bangun." Jawabku dengan rasa malas.

"Pemalas punya budak. Dah pergi bangun kejutkan abang kamu tu. Pergi." Ibu menarik aku dari tempat duduk.

Dengan langkah longlai, aku memijak anak tangga dan menuju ke bilik raja singa itu. 

"Faizal! Bangun! Uarrr!" Aku memanggil sambil menguap. 

Berkali-kali aku mengetuk pintu biliknya. Ish! Tidur mati ke mamat ni? Makin kuat aku mengetuk pintu biliknya. 

"Faizal!!! Bangun!!!" Aku menjerit

"Yang kau terjerit-jerit ni kenapa, Syaitan?" Pintu bilik dibuka

Syaitan dipanggil aku. Kurang di ajar. Belajar bukan main tinggi. Suka hati jantung pisang dia je nak panggil aku syaitan.

"Aku ketuk pintu tak bangun-bangun. Aku ingat kau dah tidur mati." 

"Aku nak cakap sikit ye. Kalau menumpang rumah orang, biar beradab sikit. Pintu ni kalau pecah kau nak ganti?" Soalnya sinis

'Macam lah rumah ni kau yang beli.' Omelku dalam hati.

Tanpa menghiraukan apa yang raja singa ni membebel. Aku terus tinggalkan dia. Kejap lagi dah nak azan. Kalau aku tak sempat sahur. Kau orang pertama aku stuner cukup-cukup. 

"Faizal mana? Dah kejut dah?" Soal kak long yang sibuk menyiapkan juadah bersahur.

"On the way." Jawabku sepatah.

Aku menarik kerusi dan terus duduk. Mata ni dah rasa macam nak terkoyak. Mengantuk sangat. Ini semua raja singa tu punya pasal. Entah apahal yang dia tak puas hati dengan aku, aku pun tak tahu. Tengah-tengah malam memekak dengan scrambler dia. Nasib jiran jauh. Kalau dekat memang maut kena baling pasu.

"Mawar! Bangun kau! Ni tempat aku. Faham?" Suara dia ni kan. Tak payah pakai microphone pun dah boleh dengar sampai ke masjid sana. 

"Duduk jela mana-mana tempat. Lagipun aku sampai dulu. Maknanya ni tempat aku lah." Aku menoleh wajahnya dengan menunjukkan muka sembam ini akibat mengantuk gila.

"Argh! Aku tak kira. Sana!" Jeritnya. 

Aduh! Pekak telinga aku. Siapa dapat kahwin dengan kau memang malang lah nasib dia. Elok-elok dapat dengar jelas. Terus pekak bila dengar suara kau.

Malas nak bergaduh dengan raja singa ini. Aku berganjakkan diri ke kanan. 

"Korang ni. Depan rezeki pun nak gaduh. Cuba baik-baik sikit." Kini papa pula menegur pertelingkahan kami. 

Aku hanya menunduk malu. Malu pula aku bila abang ipar aku dengan anak-anak dia melihat kerenah aku. 

"Ibu tak faham lah. Dulu masa kecil bukan main rapat. Macam belangkas. Dah besar ni macam anjing dengan kucing. Pantang berjumpa. Ada je tak kena." Bebel ibu.

Ni semua gara-gara peristiwa pada usia ku lima belas tahun. Sewaktu aku menduduki peperiksaan PMR. Raja singa ni pula menduduki SPM. Dahulu memang rapat sepertimana ibu cakap. Tetapi apabila satu fitnah yang mengatakan aku punca kenapa hubungan dia dengan kekasihnya renggang. Secara realitinya, aku langsung tak tahu bila masa mereka bercinta. Alih-alih dengar cerita aku puncanya. Dia pun pergi percaya cakap pelajar-pelajar sekolah tu. Balik rumah, teruk aku kena marah dan kena maki. Itulah sebabnya kenapa kami tak boleh berjumpa. Ada je nak bergaduh.

"Faizal dah kenyang ah. Tengok muka minah ni tak lalu nak makan."

Poyo! Semua nya sebab aku. Kau yang takde selera nak makan, nak salahkan muka aku pula. 

"Sikitnya kamu makan. Ni first day puasa, kang tak sampai tengahari dah lapar. Kalau kamu tu macam budak-budak ni akak faham lah. Takkan kamu pun macam mereka?" Tegur kak long. 

Aku tengok, raja singa ni langsung tak mengendahkan apa yang kak long tegur. Pinggan diletakkan di singki lantas menuju ke biliknya. Baguslah lelaki ni. Letak gitu je pinggan. Tak reti nak basuh.

*****

Jam menunjukkan lagi dua jam masuknya waktu berbuka. Aku cadang nak pergi bazaar beli juadah berbuka. Tapi, tiap kali aku mood happy aku muncul. Mesti kembali moody bila ibu menyuruh raja singa ini mengikut aku. Mawar dah besar lah ibu. Mawar nak pergi bazaar je. Bukan nak pergi mana pun. 

"Hoi minah! Cepat sikit. Dah nak masuk waktu buka dah ni. Terkedek-kedek." 

Tengok! Dalam bulan Ramadhan ni pun sempat dia nak mengugat kesabaran aku. Sabar Mawar. Sabar. 

"Aku nak beli kuih kejap. Kau tunggu situ." Aku melangkah menuju ke gerai yang menjual pelbagai jenis kuih. 

"Mawar!" Panggil satu suara. Siapa itu?

Aku mencari pemilik suara yang memanggil aku. Takkan raja singa ni kot. 

"Hei! Sini lah." 

Aku menoleh ke sebelah kiri aku. Alangkah terkejutnya aku. Razmil. Rakan sekolej aku. 

"Razmil! Awak buat apa dekat sini?" Aku menyoal teruja. 

"Lah! Kan saya pindah dekat sini. Bawak sekali anak dengan isteri duduk sini." Jawabnya.

"Lah yeker? Tak tahu pulak saya. Anak bini si..." Boleh sempat aku menghabiskan ayat. Raja singa ni sudah berdehem.

"Nak berborak lain kali ye. Sekarang ni. Balik!" Bisiknya ditelinga aku.

Geli lah telinga. Bisik tu bisik jelah. Tak payah buat hembusan kat telinga aku!

Plastik kuih dicapainya dan beri wang kepada penjual. Aku tak sempat cakap selamat tinggal dekat Razmil, dia sudah menarik lengan aku.

"Woi! Woi! Sakitlah! Apa ni main tarik-tarik." Aku merentap dengan kasar.

"Masuk dalam cepat." Pintu kereta dibuka dengan kasar.

"Aku cakap masuk. Masuk!" Tengkingnya. 

Aku melangkah masuk ke dalam kereta. Pintu ditutup dengan kasar. Buatnya kokak pintu kereta ni? Nak ganti? Dahlah kereta aku. Kalau kereta kau, takpelah. Kokak pun aku takkan ganti.

"Tak sangkakan aku. Bulan puasa ni pun kau nak mengorat jantan dekat bazaar tu?" Sinis sungguh suara.

"Kejap. Kejap. Apa kau merepek ni? Jantan mana pula aku nak mengorat?" Aku menyoal pelik.

"Ah! Buat tak tahu pula. Tadi nak beli air, jantan tu peramah kemain dengan kau. Lepastu, dekat gerai kuih pula jantan mana ntah, tegur kau. Ingat aku tak nampak?"

Wait. Kenapa mamat ni? Jealous ke apa? Takkan lah. Setakat itu je nak jealous. Poyo lah lu!

"Kau jealous?" Soalku sepatah.

"Takde masa aku nak jealous dengan kau. Buang karen je." Jawabnya. Cermin mata hitam disarung dan terus menghidupkan enjin kereta.

Demam apa raja singa ni? Sebelum ni takdenya nak jealous-jealous. Pelik lah aku.

*****

"Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin." Syahir mengetuai bacaan doa berbuka puasa. Walaupun ada sedikit pelat, namun aku sudah cukup bangga dengannya. Kecil-kecil sudah pandai membaca.

Aku baru sahaja ingin mencapai sudu kuah kari, raja singa ni dah menepis. 

"Kau ambillah dulu." Kataku sambil menjeling.

"Ambillah. Favourite kau kan." Balasnya.

'Eheh dia ni. Aku dah bagi peluang tak nak pulak. Tak nak sudah.' Bebel dalam hati.

Tapi. Kali ini memang bengang betul denga raja singa ni. Aku nak ambil dia pun nak ambil.

"Tadi kau suruh aku ambil dulu." Rungutku.

"Kau pun ada cakap macam tu juga kan dekat aku." Balasnya.

"Tapi kau cakap lepas aku cakap kan." 

"Ya Allah budak bertuah ni. Tak habis-habis lagi ke? Makan cepat. Nanti solat maghrib." Sampuk ibu.

Aku hanya menjeling raja singa ini. Tak pasal-pasal aku nak kena makan kuih dulu. Kempunan aku nak makan mi kari. 

*****

"Tak sangka aku. Selama ni aku percayakan kau. Layan kau macam adik kandung aku sendiri. Tapi ini yang kau balas dekat aku. Apa yang kau tak puas hati dengan relationship kitorang." 

"Abang! Amende abang cakap ni? Balas apa? Tak puas hati apa? Relationship apa?" Aku benar-benar tidak mengerti apa yang abang Faizal katakan.

"Buat-buat tak tahu pula. Sebab kau aku dengan Zila clash. Apa masalah kau hah?" Sambungnya lagi.

"Clash?!" Aku amat terkejut dengan penjelasannya. 

"So, abang nak cakap Mawar lah punca korang clash?" Sambungku

"Aku tak tahu nak cakap apa. Semua budak cakap kau tak pernah puash hati dengan relay kitorang. Kau ni dah kenapa?" Terduduk dibuatnya di atas sofa. Wajahnya diraup dengan lembut.

"What's?!" Aku hampir terkejut apabila abang Faizal kata 'Semua budak cakap aku tak pernah puas hati dengan hubungan mereka.' Apakah!

"Abang lebih percayakan kata budak-budak tu dari adik sendiri?" Aku meninggikan nada ku.

"Kau hanya adik angkat aku! Bukan adik kandung! Faham!" 

Pergh! Perit rasanya. Baiklah. Aku sedar siapa diri aku.

"Tapi! Sumpah! Mawar takde kena mengena dengan semua ni." Aku mempertahankan diri.

"Sudah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut kau! Kau dengar sini. Mulai saat ini. Hari ini kita putus saudara. Kita bukan lagi adik beradik." Ujarnya.

"Okay! Nak putus saudara, putus saudara lah. Ingat heh! Aku tetap yakin yang aku tak pernah terlibat dalam hubungan korang. Fullstop!" 

Kali pertama aku membahasakan diri Aku kepada dia. Aku tak tahan! Geram! Sakit hati! Semua ada. 

"Hah! Mengelamun!" Sergah kak long dari belakang. 

"Ooopocot mak kau!" Latah aku.

"Cit melatah rupanya adik akak ni." Perli kak long.

Aku hanya menjelingnya dan kembali merenung ke dalam kolam ikan koi itu.

"Menungkan siapa tu?" Soalnya.

"Mana ada menungkan siapa-siapa. Saja tengok ikan tu berenang." Jawabku.

"Ah dah! Nanti-nanti tengok ikan tu. Ni papa nak jumpa Mawar. Ada hal katanya." Kak long bangun dan menarik-narik tangan ku.

"Hal apa kak long? Malas lah nak masuk dalam." 

"Mana lah akak tahu. Cepat lah. Nanti papa marah. Katanya hal penting." Balasnya lagi.

Aku terus bangkit dan menepuk-nepuk seluarku yang kotor dengan pasir di atas rumput ini. Dengan langkah yang lemah. Aku membontoti kak long di belakang.

"Mawar. Sini kejap. Papa dengan ibu ada perkara nak bincangkan dengan kamu." Kata papa sebaik aku melangkah masuk ke dalam rumah.

Aku pula melangkah menuju ke sofa dan duduk bertentangan dengan papa dan ibu.

"Along. Panggil Faizal dekat atas." Arah ibu. Aku lihat kak long dan suaminya sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumahnya. 

"Okay." Jawab kak long.

Hampir lima minit menunggu raja singa tu turun, akhirnya muncul juga. Lembab! 

"Ada apa pa. Ibu. Macam penting je dengar." Katanya yang duduk di sebelah aku. 

Bila dia duduk sebelah aku, aku terus berganjakkan diri. Apa yang penting bagi aku ni? Rasa macam nak bincan dengan raja singa ni je. Aku hanya menompang dagu di sofa ini.

"Along, dah nak balik ke? Cakap dengan Iwan balik kejap lagi ye. Ibu nak semua ada untuk hal kita ni." Jelas ibu kepada kak long yang sibuk mengangkat bagasi-bagasi ke dalam kereta abang Iwan.

"Ibu. Apa yang penting sebenarnya? Sampai Mawar pun terlibat." Aku bersuara.

"Baiklah. Mawar, habis praktikal lepas raya bukan?" Soal papa.

Aku hanya mengiyakan sahaja.

"Papa ingat. Apa kata Mawar kerja je dengan Supremo's Hotel." Jelas papa lagi.

"Okay. Mawar on aja. Janji gaji halal." Jawabku. 

"Tapi bukan bawahan papa." Sambung papa lagi. 

"Kalau bukan papa? Siapa pula?" Aku menyoal.

"Secretary bahagian hotel manager." Terang papa. 

Ooo. Eh! Kejap! Hotel manager bukan ke.....

"Pa! Hotel manager bukan mamat ni ke?" Aku menundingkan jari ke arah raja singa ini. Aku menoleh ke arahnya. Langsung tak hiraukan apa yang papa katakan tadi.

"Yes. Mawar akan jadi secretary untuk Faizal." 

'Kerja dengan raja singa ni? What the... Argh!' Jeritku dalam hati.

"Tak nak lah kerja dengan dia ni. Nanti ada je yang tak kena." Aku membalingkan bantal kecil ke arahnya.

"Kau pahal siak!!" Tengkingnya. 

Aku hanya buat bodoh. Lantak lah dengan ngauman singa dia tu.

"Kau fikir macam aku nak sangat kerja dengan kau. Disebabkan papa tak ugut nak pecat aku. Aku terpaksa rela. Kau tahu tak?!" Pekiknya.

"Tak payah pekik boleh tak? Pekak lah telinga aku." Aku mengosok-gosok telinga aku. Berdesing dibuatnya.

"Dah! Dah habis bergaduh?" Soal kak long. 

"Ni lagi satu. Ni permintaan ibu dengan papa. Harap sangat Faizal dengan Mawar kabulkan." Sayu nada ibu.

"Lain macam je dengar. Permintaan apa ibu." Raja singa ni bersuara lembut.

Dilihatkan ibu menarik nafas. Perlahan-lahan ibu lepaskan.

"Ibu dengan papa cadang Mawar dengan Faizal nikah lepas raya." Terang ibu.

Terbeliak mata aku. Kemudian aku dan raja singa ni saling menoleh.

"No!" Jawab kami serentak.

"But why? Mawar dengan Faizal kan rapat." Soal ibu.

"Itu dulu. Bukan sekarang ibu. Faizal taknak kahwin dengan dia. Lagipun Faizal anggap dia macam adik." 

"Baru sekarang nak anggap adik? Sebelum ni? Kamu tengking dia? Maki dia? Apa semua tu?" Kini papa pula bersuara.

"Normal lah pa. Kawan Faizal pun jenis macam ni juga dengan adik-adik diorang." Jawabnya.

"Tapi ada diorang hina adik dia sendiri? Takde kan. Walaupun diorang maki. Tengking adik diorang, diorang tetap sayang. Bukan?" Makin tinggi nada papa.

Faizal hanya terdiam. Aku pula menundukkan kepala. 

"Jadi, perbincangan yang papa kata penting sangat inilah dia? Ini rupanya yang penting. Sampai kena kahwin dengan minah ni?" Soalnya kepada papa kepala ku ditunjal berkali-kali.

"Biadap!" Aku bangun dan menolak tubuhnya.

"Kau boleh hina aku. Maki aku. Tapi ingat! Jangan sesekali sentuh kepala aku!" Aku menolak tubuhnya ke tepi dan beredar dari perbincangan ini. 

"Bulan puasa bikin panas dengan aku. Nasib dah malam. Kalau siang kurang pahala puasa aku." Aku mencapai kunci kereta dan keluar dari rumah. Serabut!

*****
3 bulan kemudian..

"Argh! Penat gila!" Kata Faizal yang terus baring di atas katil. Tangannya di depakan seluas-luasnya. Aku hanya memandang luar tingkap sambil memeluk lututku.

"Mawar!" Aku buat tak dengar.

"Hoi! Dengar tak aku panggil ni." Nada ditinggikan.

"Apa dia?!" Aku pula yang menengkingnya. 

"Teman aku keluar kejap. Bosan lah malam-malam ni." Katanya.

"Kau gila ke apa malam-malam ni nak keluar. Duduk dalam bilik dahlah." Jawabnya.

"Kenapa? Kau nak bagi ke? Kalau betul. Aku no hal?" Katanya sambil menunjukkan senyumannya yang sinis.

Aku menelan air liur. Apa raja singa ni merepek. Bantal kecil aku campak ke arahnya.

"Apa kau merepek hah setan? Otak karat!" Jerit aku. 

"Apa pula aku. Aku cakap lain kan. Kau yang otak karat." 

Aku pula kena.

"Ingat aku tak tahu ke? Lelaki kalau nak sesuatu. Suka putar belitkan ayat. Ingat aku bangang sangat?" 

"So? Nak temankan aku tak? Kalau tak nak. Temankan aku malam ni." Katanya yang berdiri di depan aku. 

Aku hanya menolak tubuhnya. Benci siak aku dengan dia.

"Tunggu aku dekat bawah. Aku nak salin baju kejap." Dia mengeluarkan jersi Arsenal miliknya. 

Lah! Fans Arsenal ke? Hahaha. Boleh jalanlah woi. 

*****

Aku menghirup air Nescafe Ice. Huh! Kata bosan duduk dekat rumah. Lagi bosan lepak dekat mamak ni dengan raja singa. Orang lain sibuk bersembang. Aku dengan dia macam orang bisu. Dia pula sibuk dengan Iphone dia. Bengong lah.

"Aku nak ke ladies kejap." 

Tengok! Langsung tak hiraukan aku. Suami jenis apa ni? Tak romantik langsung!

Setelah aku selesai mencuci tangan. Aku keluar dari tandas dan  ternampak raja singa tu beramah mesra dengan seorang gadis. Kalau lah aku perempuan tu. Mesti bahagia hidup aku. Eh! Apa aku merepek ni?

Aku membiarkan mereka bersembang. Lama pula bersembang. Siap berpegang tangan bagai. Geram pula aku. Tak aku tercegat macam patung aku terus melangkah menuju ke kereta. Nasib tak dikunci. Aku segera masuk ke dalam kereta.

"Hoi!" Tubuh ku di tolak-tolak. Mata aku terpisat-pisat.

"Apa demam kau tidur dalam kereta?" Soalnya sambil menghidupkan kereta.

"Aku tengok kau lama noh sembang. Tu yang aku tidur dekat dalam kereta." Jawabku.

"Asal tak join je sembang sekali dengan kitorang." Katanya.

"Huh! Malas lah aku. Aku bukan kenal siapa perempuan tu. Buat apa semakan diri dekat situ. Baik tidur." Balasku pula.

"Eleh! Kau jealouskan?" Kening kanannya dijongketkan.

"Takde kerja aku nak jealous. Putera raja yang aku mimpi tadi lagi handsome dari kau." Ulasku

"Hah. Lantak kau lah. Malas aku nak layan."

Malas nak layan konon. Poyo!

*****

"Mawar. Masuk dalam bilik aku sekarang." Arah Faizal.

Tanpa banyak bunyi aku bangun dari tempat duduk dan segera melangkah ke dalam bilik raja singa ini. 

"Tolong check kan jadual aku lepas lunch ni." Arahnya lagi.

Aku menyelak helaian buku nota kecil yang wajib bersama ku itu.

"Lepas ni kau ada meeting dengan Dato Khalid." Jelasku. 

Dia hanya menganggukkan kepalanya

"Ada apa-apa lagi?" Soalku kembali.

"Hurm.. Buatkan aku teh o. Jangan tawar sangat macam semalam ye." 

Tawar? Aku rasa dah empat sudu aku letak. Takkan tawar kot. 

Aku hanya menjeling raja singa ini. Lalu keluar dari biliknya. Aku melangkah masuk ke pantri dan mencapai cawan yang tersusun itu. 

"Hai Mawar. Encik Faizal punya ke?" Sapa satu suara.

"Eh! Rizal. Aah. Tuan besar punya. Awak ada apa dekat sini?" Aku menyoalnya.

"Saya haus. Saya ingat nak minum Nescafe. Tapi kalau awak buatkan untuk saya boleh?" 

Eheh? Suka hati jantung pisang dia nak mengarah aku. Nasib kau kawan aku.

"Kejap heh. Saya nak hantar teh o ni dulu dekat bis boss kita. Tu kalau tak minum sehari, boleh gian tu." 

Rizal tergelak kecil apabila aku membuat lawak. 

"Pandai betul awak buat lawakkan. Untung lah boss kita. Dapat secretary lawa. Pandai buat lawak pula tu." 

Aku tidak mengendahkan apa yang Rizal katakan. Segera aku menghantar teh o ini ke bilik raja singa.

"Eh! Mana pula pergi singa ni? Tadi suruh aku buatkan air. Ni aku dah buatkan, dia berambus pula." Aku meletakkan mug yang berisi air kegemarannya di atas meja kopi ini. 

Tanpa membuang masa, aku keluar dari bilik ini. Baru sahaja aku memusingkan badan. Raja singa ini sudah terpacak dibelakang aku. Hampir berlanggaran dibuatnya.

"Kau pergi mana?" Soalnya. Aku mendongakkan sedikit kepala.

"Aku buatkan air untuk kau lah." Jawabku.

"Bukan pergi menggatal dekat pantri sana?" 

Menggatal? Eh? Bila masa pula ni? Takde masa lah aku nak buat kerja tu.

"Takde kerja aku nak menggatal. Dah. Aku ada kerja sekarang ni." 

Aku terus membuka langkah. Baru setapak, dia sudah memaut lenganku.

"Kalau aku dengar kau ada apa-apa dengan si Rizal. Siap kau aku kerja kan." Ugutnya secara berbisik ditelinga ku.

Fikir aku hairan dengan ugutan kau? Pergi jalan lah.

Aku hanya memalingkan muka dan terus keluar dari sini. 

*****

"Kau nak bawa aku pergi mana ni?" Soalan yang sama aku ulangkan. Mana taknya. Dari tadi aku tanya mesti dia jawab.

"Adalah. Kau diam jelah." 

See! Dia ni kan. Sering buat aku tertanya-tanya. Susah sangat ke soalan aku? Lagi susah heh dari SPM sampai tak boleh jawab je. 

"Boleh tak jangan buat aku tertanya-tanya. Aku rasa dah jauh dari office. Kau nak bawa aku pergi mana." 

"Kau tutup mulut boleh tak? Kang aku letak kau dekat tepi jalan kang. Baru padan muka." 

Aku memeluk tubuh dan memaling muka ke arah kiri ku.  

"Merajuk lah tu." Tangan kirinya mengusap shawl ku.

"Rimaslah. Drive tu fokus!" 

Kedengaran tawa kecil dari mulutnya. Kini, suasana dalam kereta sepi. Hanya kedengaran lagu Malaikat yang sedang dimainkan oleh Era FM.

"Tuhanku kamu tolonglah
Hantarkan kepadanya
Malaikat tuk jaganya 
bila ku tiada"

Raja singa ini turut menyanyikan lagu ini. Suara. Boleh tahanla sedapnya. Tapi lagi sedap Hazama.

Beberapa minit kemudian, signal kanan diberi. Ini kawasan country garden. Buat apa ke sini. Ada meeting ke?

"Wei! Ada apa kat sini? Kau nak meeting ke? Tapi asal aku tak tahu?" Soalku bertubi-tubi.

"Nope. Sekarang aku nak kau silent. Pening kepala aku. Bebel macam mak nenek!" Jawabnya. Jari telunjuknya diletakkan di bibirku

Ewah. Suka hati je sentuh bibir aku. Patahkan jari kau kang, baru tahu.

Aku hanya mengikuti ke mana sahaja raja singa. Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di kawasan pantai ini. Mood aku kembali happy. Yeah! Pantai!

Sementara menanti raja singa yang hilang entah ke mana. Aku bersiar-siar di persisiran pantai. Sebenarnya aku yang menghilangkan diri. Al maklum lah aku ni pantang nampak pantai. 

Setelah puas bersiar-siar, sambil main air laut. Aku rehat seketika di pondok kayu itu. Cantik sungguh ciptaanMu. Subhanallah. Sedang leka melihat permandangan pantai ini, datang suara garau yang menutup mataku.

"Cer teka. Siapa ni?" Aku menepis tangannya.

"Lepaslah!" Kataku.

"Aku dah agak. Kau mesti kat sini. Apahal kau hilangkan diri?" Soalnya yang duduk di hadapanku.

"Suka hati aku lah. Kau sibuk kenapa?" Soalan dijawab dengan soalan. 

"Yelah. Suka hati kau kan. Buatnya ada yang buat kenduri. Kempunan pula nanti aku." Jawabnya.

"Asal otak kau karat sangat ni." Aku menunjal kepalanya. Dia pula sempat menyengih.

Kemudian kami kembali sepi. Hanya suara riuh rendah dari pelancong sahaja yang kedengaran. Termasuk tiupan angin laut dan desiran ombak.

"Hei Faizal." Sapa satu suara. Siapa minah ni? Selamba badak dia je duduk dekat sini. 

"Hei. Nina right?" 

Amboi. Siap bersalaman bagai. Ingat aku dekat sini apa? Tunggul? Batu? 

"You buat apa dekat sini?" Soalnya. 

Pergh! Ini yang aku panas ni. Dahlah datang tak beri salam. Main. Hei! Hei! 

"Saja je I jalan-jalan dekat sini." Jawabnya. 

Dia ni pon sama. Elok aku blah dari sini. Buat sakit hati. Sakit mata.

"Siapa tu? Tu heh yang terhegeh-hegeh dekat you dulu?"

Langkah aku mati. Kau siapa sebenarnya? Bila masa aku terhegeh-hegeh dengan mamat ni?

"Wah! I tak sangka pula I. Vogue ye sekarang. Dulu dengan poyonya. Skemanya. Sekarang. Untung lah dah dapat you. But. Lagi vogue Zila." 

Oh! Minah ni kawan si Zila tu ye. Okay. Faham. Yang si raja singa duk diam je. Lantak kau nak cakap apa. Aku nak blah. Aku nak tengok pantai. Bukan nak tengok fashion show. Miskin sangat ke? Baju macam tak cukup kain. 

"Woi! Nak pergi mana?" Panggil Faizal.

Aku menoleh ke belakang dan menunjukkan wajah geram.

"Tak payah sibuk!" Jerit aku.

Teruskanlah sembang. Mengumpat lah pasal aku. Buat apa nak ambil tahu aku nak pergi mana. Buang masa kau je.

*****

Hari ini awal pagi aku sudah masuk pejabat. Aku malas nak pergi sekali dengan raja singa tu. Buat panas hati je. Dah lah semalam bukan main lama menyembang. Bagai orang bodoh aku menunggu dia dekat lobi. Seronok lah kan. Mengumpat aku. Cerita buruk pasal aku.

"Morning kak!" Sergah Aishah. Staff office ni. 

"Astaghfirullah! Chah! Lepas ni jangan main tepuk-tepuk meja boleh tak? Buatnya kopak meja ni? Akak yang kena marah dengan singa buas tu." Aku menyusun fail-fail di atas meja.

"Relax lah kak. Hari ni apa mood akak? Awal sampai. Biasa datang dengan encik hubby kesayangan akak." Soalnya

"Saja datang awal. Lagipun datang awal ni bagus. Elak jam." Jawabku.

"Memandangkan hari ni akak datang awal, Chah ingat nak ajak akak breakfast. Jom ah." Pelawanya.

Elok juga. Aku pun tak sempat sarapan tadi. Dekat rumah ibu sudah mengajak. Tapi aku tak nak selisih dengan raja singa itu, terpaksa aku tolak."

"Okay. Jom." 

Setelah aku bagi green light pada Aishah, segera kami melangkah keluar dari pejabat. Tiba-tiba selisih raja singa ini. Aku hanya berjalan menonong ke hadapan.

"Korang nak pergi mana ni?" Soalnya sambil memaut lengan ku.

"Eh bos. Saya nak pinjam wife bos pergi breakfast. Kejap je." Jawab Aishah.

"Okay. Tapi saya nak jumpa wife kesayangan saya ni kejap. Awak turun dulu." Balasnya.

Kesayangan? Eeeuww. Geli-geleman dengar. 

"Lepaslah! Sakit tahu tak?" Aku memukul lengannya yang masih memegang lenganku.

"Ikut aku. Masuk bilik aku." Jawabnya.

Segera dia menarik lengan aku dan masuk ke dalam biliknya.

"Apasal kau masuk awal tak bagitahu aku?" Soalnya.

"Perlu ke aku bagitahu dekat kau?" Soalan dijawab dengan soalan.

"Perlu! Kau tahu tak? Aku bagai nak gila mencari kau dekat bilik. Bila turun je. Ibu cakap kau cepat-cepat keluar rumah."

"Suka hati aku lah. Kenapa sejak akhir-akhir ni kau suka ambil tahu pasal aku?" Aku menyoalnya kembali.

"Sebab aku sayangkan kau lah aku ambil tahu. Ambil berat pasal kau." Jawabnya lagi.

Wait! Sayang? Aku mimpi ke? Atau dia yang ngigau? 

"Apa kau cakap tadi? Sayang?" 

"Yes! Aku sayangkan kau. Sejak aku dapat tahu kau betul-betul caring dengan budak kecil dekat tepi pantai semalam."

Semalam? Hah!

"Kau? Skodeng aku semalam?" Soalku dengan nada terkejut.

"Yup. Aku intai kau dari jauh. Masa tu aku puas mencari kau yang hilang ntah ke mana." Jelasnya.

"Tipu! Aku tak caya kau sayangkan aku. Sebab. Kau dah janji dengan diri kau. Takkan terima aku balik. Lepas peristiwa bangang tu. Bukan?" Teriak kecil ku. Mata dah mula buat hal dah ni. 

"Mawar. Tolong percaya apa yang aku cakap ni. Tolong lah. Ye dulu aku ada janji yang aku ada buat salah dekat kau. Fitnah kau. Hina kau. Tapi kali ini aku betul-betul dah sedar." Jelasnya lagi. Kedua-dua tangannya memegang bahuku.

Aku menepis tangannya dan berlari keluar dari pejabat ini. Aku tak tahu. Apa yang aku rasa sekarang ini. Terharu atau bodoh. Aku takut jika aku pun sayang dia balik. Dia pun tinggalkan aku. Sebab secara tiba-tiba ego dia turun. Aku rasa mesti dia ada betting dengan siapa-siapa. Itulah yang paling aku takut.

*****

Hampir satu jam aku berada dalam kereta. Entah ke mana aku lari pun tak tahu. Nak patah balik. Tak payah lah. Buang masa. Berkali-kali juga raja singa tu cuba call aku. Tetapi. Aku memutuskan taliannya. Kini, hanya lagu Janji Padamu kedengaran di corong radio.

Sedang leka aku menghayati lirik lagu ini. Aku terdengar ketukan dari cermin kereta. Apabila aku terlihat raja segala singa ini yang mengetuk cermin keretaku. Cepat-cepat aku menghidupkan enjin kereta.

"Mawar! Buka dulu. Aku nak slow talk dengan kau." Jeritnya dari luar.

Aku hanya tidak mengendahkan jeritannya. Jerit lah kau sepuas hati. Jeritan batin kau pun aku tak nak tengok muka kau.

Sewaktu aku memusing kunci untuk menghidupkan enjin. Enjin keretanya pula dah hidup.

"Aduh mak aii. Apahal time-time gawat macam ni kau nak rosak!" Tengkingku sambil memukul stereng kereta.

Aku menoleh ke arah kanan ku. Masih tak beredar lagi. Apa yang dia nak? Dengan perasaan yang membuak-buak ni aku membuka pintu kereta ini.

"Kau nak apa sebenarnya?" Soalku sebaik keluar dari kereta?

"I want you to forgive me about the past. And it was truth that I was fall in love with you." Terangnya.

"Sebenarnya, apa sebab kau minta maaf bagai ni? Mesti kau ada main bet dengan member kau kan." Teka ku.

"Mawar. Sincerely, I was fall in love with you. Takkan aku nak tipu-tipu pula." Jawabnya

"Mana lah aku tahu. Sebab orang sekarang selalu ikut apa yang dekat TV. Penjenayah pun belajar semua ni dekat TV. So, tak mustahil lah kau pun sama macam tu." Ujarnya.

"Tulah. Kaki TV lagi. Pukul tujuh tengok drama-drama merepek ni. Waktu mahgrib pula tu. Kan dah pengaruh." Katanya.

"Dah ceritanya best. Aku layan lah. Kan tak layan. Aku juga yang melepas." Jawabku pula sambil memeluk tubuh dan menyandarkan diri pada kereta.

"Sekarang jom masuk office. Nanti papa marah tak masuk office." Pelawanya

"Kereta aku ni problem lah. Macam mana nak balik?" 

"Tulah. Lari lagi. Nasib dekat je ni. Kalau jauh, tak naya kau nak patah balik? Sekarang kereta biar aku yang settlekan. Dah. Pergi masuk kereta sana." Arahnya.

Malas nak bersuara lagi. Aku hanya mengikut arahannya. 

*****

Bosan. Ya bosan sangat tengok wayang dengan raja singa ni. Aku tak tengok filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang. Dia pula sibuk nak tengok cerita apa ntah. Dahlah aku tak minat filem-filem aksi ni. Kalau tahu tadi. Tak payah keluar. Dah lah bukan main lama filem dia.

Yang dia ni pula mana menghilang. Kata pergi toilet. Ni dah sejam aku menunggu. Memerut ke apa dia ni? Naik tercabut tapak kaki aku. Lama bebenor.

Sementara menunggu raja singa ini membuang hajat di toilet. Aku saja bersiar-siar di dalam Aeon ini. Sewaktu aku sibuk membelek buku-buku novel ini. Tiba-tiba mulutku ditekup oleh seseorang. Aku cuba menjerit. Tetapi suara ku tidak kedengaran.

Aku dibawa ke sebuah van putih. Dengan kasarnya, penculik ini menolak ku masuk.

"Tolong!!!" Aku menjerit diluar tingkap.

"Diam! Kalau jerit lagi. Aku bunuh kau." Ugut salah seorang penculik ini. 

Air mata jatuh deras. Dalam hati bertubi-tubi aku mendoa.

"Man. Kau tutup mata minah ni. Ikat sekali mulut dia. Memekak je kerja." Arahnya lagi.

Penculik yang bernama Man itu melakukan apa yang diarahkan. Aku hanya mendiamkan diri sahaja.

***** 

"Masuk cepat!" Arah penculik ini. 

Aku hanya menurut. Tapi, takyah main kasar sampai tolak-tolak aku. 

Lenganku yang diikat tadi ditarik sehingga disuruh duduk. 

Tiba-tiba kedengaran lagu Happy Birthday. Siapa punya birthday pula ni? Takkan penculik ni kot? Apa ke pelik penculik celebrate birthday. Lilitan kain yang menutup mata ku ini dibuka. 

Oh my! Mimpikah ini? Ini semua prank? What the.. Buat penat aku menjerit. 

"Happy birthday sayang. Ibu sentiasa doakan Mawar sihat dan bahagia disamping suami." Ucap ibu yang menatang sebuah kek red velvet kegemaranku.

"Thanks semua. Siapa yang cadang semua ni?" Soalku sambil mengesat air mata.

"Tiuplah lilin tu dulu. Make a wish." Ujar ibu. 

Selesai meniup lilin. Aku terdengar petikan gitar. Segera aku mencari siapa yang bermain gitar. 

"Lagu ni macam pernah dengar." Bisikku kecil

Aku paling suka makan pizza
Kamu paling suka makan pasta
Adakah kamu dan aku memang tak sekepala.

Faizal? Dia ke tu? Ya Allah. Merdu betul suara dia. 

Walau kita selalu
Tidak pernah Setuju
Aku dan kamu selalu merindu.
Walau kita selalu
Tidak pernah sebulu
Aku dan kamu masing-masing menunggu.

Menitis air mataku. Hari ini rasa seperti hari paling bahagia buat aku. 

Arsenal pasukan ku di hati
Kamu pula paling suka Chelsea
Menonton bola tak pernah kita serupa jersi.

Aku paling suka movie aksi
Kamu paling suka kan komedi
Bila waktu tengok wayang
Ada yang tak puas hati.

Kejap! Lagu ni macam memerli aku je. Ni memang sahaja je ni kan. 

Gitar yang dimainkan itu diletakkan di tepi dinding itu.

"Happy birthday sayang. Semoga sentiasa sihat. Cantik. Dan ceria selalu." Ucapnya. 

Aku hanya tersenyum. Jarinya mengesat air mata di pipiku. 

"For your information. Faizal yang plan semua ni. Pada mulanya papa dengan ibu pun tak tahu planning ni." Sampuk papa.

"Jahatkan. Plan tu biar lah elok. Ni sampai tahap kena culik bagai. Bagai nak luluh jantung ni tadi tahu tak?!" Marahku. Jariku mencubit bahunya.

"Alololor birthday girl ni. Saja je abang nak buat suprise." Jawabnya.

Abang? Ya Allah. Aku rindu panggilan itu. Bergenang air mata aku.

"Kenapa ni? Tak happy ke? Okay. Abang sorry kalau sayang tak suka planning abang ni." Soalnya.

Aku menggeleng kemudian aku berkata bersama tangisan.

"Seriously. Mawar rindu panggilan tu." 

Faizal membawa aku dalam dakapannya. 

"Abang minta maaf sekali lagi. Abang dah tahu kenapa kitorang clash dulu. You're not fault. Zila memang nak clash. Tapi dia yang mereka cerita dekat semua. Sampai abang pun terlibat sama." Ulasnya.

"Dahlah bro. Tak usah nak sweet sour dekat sinilah. Geli pula aku tengok." Sapa satu suara.

"Kau jealous kan Jak. Lain kali. Kahwin cepat-cepat. Baru boleh sweet sampai kencing manis. Kan sayang?" Gurau Faizal

"Dah. Sekarang ni. Semua dijemput makan. Habiskanlah makanan tu. Nak tapau bawa balik pun boleh." Usik salah seorang rakannya.

"Kau. Kalau bab mencekik. Kemain lagi kan. Cuba kalau bab buat kerja. Macam-macam alasan dia bagi." Tambah lagi seorang.

"Dah makan jelah. Tak usah nak bertengkar. Jom semua makan." Pelawa papa. 

Sebelum itu, aku berdiri di balkoni rumah ini. Decoration yang cantik. Dan menenangkan. Balkoni ini pula menghadap laut. Bestnya siapa duduk rumah ni.

"Abang. Sebenarnya ni rumah siapa?" Aku menyoal apabila Faizal membawa dua cawan jus oren.

"Rumah ni rumah kita lah." Jawabnya.

"Rumah kita?" Aku sedikit kebingungan.

"Betul. Rumah ni. Abang hadiahkan untuk sayang. Dan tak lama lagi, kita dah boleh stay dekat sini." Terangnya lagi.

"Serious ni bang? Kenapa tak discuss dulu dengan Mawar?"

"Nak discuss macam mana? Dah kalau kita asyik bertengkar je bila jumpa." Katanya.

Tahu pun. Lain kali percaya semua fitnah-fitnah ni.

"Lagipun. Abang saja je nak suprise dekat sayang. Abang tahu. Sayang sukakan permandangan laut. That's why, abang bila rumah yang menghadap laut." Sambungnya lagi.

"Thanks abang. Mawar betul-betul hargai. Dan. Mawar akan cuba cintai setiap pemberian abang sampai bila-bila." Ucapku

"Pemberian je? Orangnya tak?" Soalnya.

"Kalau orangnya tak sayang. Takkan Mawar nak layan pemberian abang ni." Jelasku.

"Manalah tahu kan." Katanya sambil tersengih.

*****

Enam tahun kemudian...

"Hadif! Jangan main jauh-jauh sayang." Aku menjerit apabila melihat anak sulungku bermain jauh dari pandanganku.

Kini, aku dikurniakan seorang putera bernama Muhammad Khairul Hadif. Dan pada waktu yang sama, aku juga menanti kelahiran cahaya mata baru yang dijangkakan pada bulan hadapan.

"Nah! Mana Hadif?" Soal Faizal yang baru sahaja pulang dari membeli burger dan air kotak. 

"Hadif! Jom makan! Baba belikan burger ni." Jeritnya.

Aku menepuk pehanya.

"Malulah sikit. Menjerit pula. Patutnya abang lah yang pergi sana, ambil dia." Kataku.

"Malaslah. Penat tahu kaki ni?" Rungutnya.

"Eleh. Bukannya jauh pun. Lagipun Mawar nampak abang duduk masa tunggu burger ni." Kataku.

Kemudian dia menyengih. Hahaha. Kan dah kantoi. Nak tipu tak agak-agak.

"Baba. Hadif nak makan aiskrim." Pinta Hadif.

"Ibu pesan apa? Tak mau makan lagi aiskrim kan. Baru baik batuk. Nak kena gas lagi?" Aku menyampuk.

"Alah. Hadif nak makan sekali je. Please ibu. Please." Rayu Hadif.

"Yela-yela. Nanti baba belikan aiskrim. Sekarang ni. Kita makan burger ni sama-sama. Lepastu, kita balik beli aiskrim. Okay." Pujuk Faizal.

"Okay." Jawab Hadif.

Tak padan dengan umur. Baru masuk tiga tahun. Tapi petah bercakap. Walaupun ada sedikit pelatnya.

Selesai sahaja berehat di tepi pantai. Faizal mengajak untuk pulang ke bilik. Sebelum itu, seperti biasa. Menunaikan hasratkan permintaan putera kami. 

"Makan jangan comot." Pesanku.

"Okay." Jawab Hadif.

"Meh! Baba dukung. Cepat sikit sampai bilik nanti." Faizal mendepakan kedua-dua tangannya. Dan mendukung Hadif.

Akhirnya. Aku sudah memperolehi kebahagiaan yang aku idamkan. Alhamdulillah. Terima kasih atas pinjamanMu di dunia ini. Kekalkan kebahagiaan kami hingga akhirat nanti. Ya Rahman Ya Rahim. Sempat lagi aku berdoa dalam hati.