"Pesta Buku! Yehehehehey!" Jeritku kecil sebaik sahaja keluar dari kereta Honda Civic milikku. My new mission! Borong segala novel baru! Acik Lana, Suri Ryana dan novelis yang terkenal akan aku beli novel mereka.
Setiba sahaja di dalam booth novel, aku apalagi, terus lah serang rak yang penuh dengan novel-novel. Rambang mata aku dibuatnya. Tak tahu nak pilih yang mana. Satu demi satu aku membelek. Kalau aku cari novel, aku akan cari cover yang awesome dengan sinopsis yang gempak! Kalau awesome dengan gempak bergabung. Confirm kebaboom. Tu lah sebab aku lambat pilih novel.
"Cari novel ke cik adik?" Tegur suara apabila aku leka membaca sinopsis novel Playboy Itu Suami Aku?!
Aku menoleh kebelakang dan paling annoyingnya. Mamat yang menegur aku sempat sengih dengan aku. Novel yang ku pegang itu ku masukkan ke dalam bakul dan beredar dari situ. 'Dah tahu aku datang sini cari novel, yang pergi tanya soalan bodoh tu kenapa? Takkan aku nak cari tayar spare pulak.' Omelku dalam hati.
Setelah puas mencari novel, aku menuju ke kaunter pembayaran. Aku mengeluarkan dompet dalam beg selempang ku ini.
"Banyaknya! Larat ke nak baca ni cik adik?" Mamat ni lagi. Kira jelah. Larat tak larat lantak aku lah! Kan aku dah mengamuk.
"Berapa semua?" Aku buat muka selamba. Tangan sempat lagi bermain telefon.
Sedang aku menunggu, mata aku tertacap dengan nametag mamat ni. 'Wan.' Tiba-tiba nama aku nak tahu nama penuh. Asal aku ni? Mata aku beralih pula ke arah tangannya yang sibuk menggira. Bulat mata aku apabila tangan dia melentuk-lentuk. No! Harap dia bukan spesis Sotong Kurita!
"Semua sekali sembilan puluh lima cik." Tersentak aku! Cepat-cepat aku mengeluarkan not seratus ringgit dan menunggu wang baki. Aku segera capai beg plastik dan terus meninggalkan booth ini. Seram pula aku rasa.
*****
Novel Playboy Itu Suami Aku ku tutup dengan kasar. Kenapa aku imagine watak Raja Adrian Benjamin tu muka mamat tu? Kau jangan Syaf. Entah-entah kau dah tangkap cintan dengan mamat tu. Huh! No way!
"Apa hal kau Syaf?" Soal Melinda sebaik sahaja keluar dari dapur. Dia membawa secawan Milo.
"Entah lah doe. Dari tadi aku baca novel ni, aku asyik imagine mamat yang dekat expo buku tadi." Jawabku. Novel itu aku letakkan di atas meja kopi. Kemudian aku bangun dan membetulkan kedudukan ku ini.
"Kau pergi DCM tadi?" Soalnya dengan nada terkejut.
Aku hanya tersenyum sengih apabila aku melakukan kesilapan. Kejap lagi meletus lah gunung berapi sebab tak ajak pergi DCM tadi.
"Kenapa pergi tak ajak aku? Kata kawan sejati. Tapi pergi tak ajak aku." Katanya dengan nada rajuk.
Aku pula hanya tergaru kepala. Susah lah nak pujuk dia ni. Kalau merajuk tiada seorang pun yang mampu pujuk dia.
"Okay macam ni. Besok aku bawa kau pergi DCM. Lepastu aku belanja kau makan dengan tengok wayang. Amacam? Setuju?" Inilah cara nak pujuk dia. Walaupun terpaksa korbankan duit gaji. Apa boleh buat. Kawan punya pasal.
Tiba-tiba Melinda berubah menjadi ceria.
"Betul ni? Okay. Aku setuju. Sambung lah cerita kau." Aku blur sekejap. Cerita apa? Bukan tadi ke cerita nya.
"Nak sambung apa? Tu jelah cerita dia." Kataku.
"Bukan tulah. Pasal mamat yang kau imagine tu." Sambungnya.
Malas pula nak cerita. Aku pun bukan tahu 100% pasal mamat tu. Yang aku tahu nama je. Tu pun nama pendek.
"Orangnya macam mana? Handsome ke tak? Nama siapa?" Beria Melinda menanya.
"Handsome tu boleh lah. So-so je bagi aku. Yang aku tahu nama dia Wan je. Sebab mata aku sempat tengok nametag dia." Terangku.
"Aik? Lain macam je aku dengar. Tahu aje nama." Sindir Melinda.
"Dah nametag die jelas nak nampak. Tulisan pun besar. Aku baca lah. Orang rabun pun boleh baca." Ujarku.
"Macam mana kau boleh angau dengan mamat tu?" Soalnya lagi.
"Apa kau tanya tadi? Angau?" Soalan dijawab dengan soalan.
"Errr.. Maksud aku imagine watak novel tu mamat tu?"
Aku ceritakan apa yang berlaku sepanjang aku berada di Danga City Mall. Melinda pula tersengih-sengih dengar cerita.
"Apahal kau sengih-sengih bagai ni?" Tanya ku dengan muka selamba. Aku menghirup air oren
"Padan lah kau dengan mamat tu. Sorang kasar sorang lagi lembut. Balance lah tu." Tak sampai tekak lagi air aku ni. Tersedak-sedak aku.
"Haih! Baru cakap padan dah tersedak? Mesti dia tengah feeling ngan kau. Tu pasal kau tersedak." Sedap dia je menyakat aku.
"Kau pernah tercekik gelas malam-malam ni?" Geram pula aku.
"Dah nak berpunya dah kawan aku ni ye. Selamat berkasih sayang ye kawan." Melinda sempat menepuk-nepuk bahu ku.
"Tumbuk nak? Kemain lagi kau ye." Aku acah-acah nak tumbuk muka minah ni.
"Aku nak masuk tidur. Besok pagi, kau bawa aku pergi DCM. Jumpa bakal kekasih kau. Hahahaha." Melinda bangun dari tempat duduk dan terus memijak anak tangga
"Dah seronok sakat aku, elok je blah gitu. Cawan ni pun tak reti hantar dapur. Nak aku juga hantarkan." Bebelku perlahan.
*****
Ramai pula hari ni. Biasa lah. Hari minggu. Macam tak tahu pula aku. Melinda dah tarik dulu-dulu tangan aku. Dengan langkah yang lemah aku mengikuti. Tiba-tiba hati rasa tak tenang. Jantung berdegup kencang. Kenapa lah kau nak buat hal wahai jantung. Rungut ku dalam hati.
Minah ni lama pula beli buku. Dah dekat dua jam aku menunggu. Kalau dah ada satu dua buku tu takpe lah. Ni tak. Satu apa pun takde. Belek-belek letak. Belek-belek letak.
"Mel. Lama lagi ke kau nak pilih buku. Kaki dah nak tercabut dah ni." Aku merungut. Cepat sikit boleh tak? Jerit dalam hati.
"Assalamualaikum cik Nur Syafrina." Sapa satu suara ditelinga aku. Siapa pula yang panggil nama penuh ni?
Aku menoleh kebelakang.
"Astaghfirullah. Awak lagi?" Soal aku. Mamat ni kening kan dinaik sebelah. Fikir macho lah.
"Terkejut ke?" Soalnya
Kepala babun dia menanya. Gila aku tak terkejut. Mana mamat ni tahu nama aku ni? Stalker ke dia ni?
"Wait! Macam mana awak tahu nama penuh saya?" Soal aku dengan nada pelik.
Kemudian, mamat ni keluarkan sekeping kad. Macam aku tahu kad ni. Eh! Ni kad peribadi aku! Macam mana boleh ada dekat dia pula ni?
"Tu private card saya. Macam mana boleh ada dekat awak?" Aku cuba merampas kad itu daripadanya. Apakan daya, mamat ni meninggikan tangan dia. Terlompat-lompat aku hendak mencapai.
"Jangan main-main boleh tak? Bagi balik!" Kata ku dengan nada kasar. Kang keluar suara jantan kecut kau.
"Nah! Nasib baik saya yang jumpa. Kalau orang lain? Tak kena naya awak kena kacau. Lain kali simpan elok-elok." Nasihat mamat tu sambil menghulurkan kad itu kepadaku.
"Ni awak nak beli novel lagi ke? Rasa semalam dah beli berapa buah. Dah habis baca ke?" Soal mamat ni. Banyak tanya betul mamat ni. Tak padan lembut. Nak ketawa pula aku dengar suara mamat ni.
"Saya teman kawan saya. Awak boleh stop menyoal tak?" Aku mengarah dan memeluk tubuh.
"Syaf. Jom ah. Dah jumpa dah novel ni. Cukup ah ni." Kata Melinda sambil menunjuk dua buah novelnya.
"Punya lama kau tinjau. Dua je kau beli? Aku ingat kau nak borong dengan booth tu sekali." Perli aku. Lama aku berdiri sampai kena kacau dengan sotong ni.
"Lek ah. Heh! Jap! Siapa mamat ni? Boyfriend baru kau ker?"
Aku tampar bahu Melinda. Mamat ni dah senyum-senyum dekat kitorang.
"Hah! Dah beli kan. Jom blah. Kata nak tengok wayang. Dah jom!" Aku menarik tangan Melinda. Tetapi dia sempat merentap.
"Rileks ah. Aku nak berbual dulu dengan dia."
Berasap je hati aku dengar. Selamba dia je kan.
"Hai. Saya Melinda. Kawan Syaf." Melinda memperkenalkan diri.
"Saya Khairil Izwan. Panggil Wan." Mamat tu memperkenalkan dirinya juga.
"Err. Siapa tadi nama, Wan ye. Encik Wan. Kami berdua nak cepat. Tolong kirakan ye." Segera aku menarik tangan Melinda ke kaunter pembayaran.
"Mamat sotong tu pun kau nak ngorat ke?" Soal aku dengan riak pelik.
"Sotong mende. Elok je aku tengok." Jawab Melinda.
"Elok? Kau dengar tak suara dia? Tak ke lembut. Kalah aku suara yang garau ni."
Aku membiarkan Melinda membuat pembayaran. Aku melangkah keluar dari booth ini. Panas pula aku rasa berdiri dekat dalam tu. Ramai sangat orang.
*****
Setelah aku belanja Melinda tonton wayang. Aku cadangkan untuk minum petang di sebuah kafe chaiwalla and co. Sebuah kafe kegemaranku.
"Syaf. Aku rasa budak laki tu suka kat kau lah." Aku yang sedang menikmati chocolate milk tea tergendala seketika.
"Apa kau cakap tadi? Dia suka aku? Yeye je kau ni. Ntah-ntah kau yang suka dia." Protes ku.
Melinda pula selamba mencekik caramel. Aku tak rasa lah mamat tu suka dekat aku. Dah la aku jenis brutal. Kalau aku dengan dia. Memang pinang tersalah belah lah jawabnya.
"Tapi dia tu pun boleh tahan handsome jugak kan?" Sambungnya lagi sambil menompang dahu.
"Pakai spek. Memang nampak macho lah." Tambahnya lagi.
"Apa mata kau ni? Hei! Kau dah ada Zikri dah lah. Ni sotong kurita tu juga kau nak rembat." Potong ku.
Minah ni dah jauh angau dah ni. Pantang nampak lelaki. Dekat mata dia semua nampak handsome. Agak-agak kalau dia nampak atuk aku pun mesti dia cakap handsome. Eh! Atuk aku memang handsome.
"Zikri tu memang aku punya. Tapi Wan tu kan kau punya." Hampir tersembur air dari mulut.
"Mel. Kalau aku tumbuk muka kau, sia-sia kehidupan kau. Dah! Tak payah nak jodohkan aku. Pandai lah aku cari jodoh aku." Aku merengus kasar.
"Jom ah! Kita balik. Aku dah penat dah ni." Melinda mengajak aku pulang ke rumah.
"Oh kau! Dah kenenkan aku. Baru sekarang kau nak penat. Ingat tak penat tadi?" Aku bangun dan melangkah ke kaunter pembayaran. Melinda pula melangkah menuju ke kereta aku.
Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya..
Lagu Mewangi daripada Akim and Magistret yang aku pilih sebagai ringtone telefon berbunyi. Aku lihat di skrin telefon tertera nombor yang tidak ku kenali. Siapa ni?
"Helo." Kedengaran suara lelaki setelah aku menekan butang hijau.
"Helo. Siapa ni?" Aku menanya kepada empunya suara ini.
"Cer teka?" Kata suara itu.
'Kau ingat aku ada masa nak teka? Aku nak cepat lah ni?' Teriak aku dalam hati.
"Tak! Siapa ni?" Acuh tak acuh aku berkata.
"Sayalah. Wan." Terhenti langkah aku apabila terdengar nama tu.
"Mana awak dapat nombor saya?" Soal aku.
"Takkan dah lupa. Dekat kad awak tu lah." Aku menepuk dahi. Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa pula ni? Tulah. Cuai lagi.
"Sebenarnya, ada apa awak call saya ni?"
"Saja je. Nak kenal-kenal dengan awak." Jawabnya.
Allah! Geli pula telinga aku dengar. Punya lah lembut suara.
"Saya rasa. Belum sampai masanya nak kenal-kenal. Okay. Saya sekarang busy. Lain kali lah sambung." Segera aku mematikan panggilan.
*****
Kasut-kasut yang berterabur ku kemaskan. Kalau tak buat mahu mengamuk bos aku. Diorang ni pun satu. Kalau tak jadi pilih letaklah elok-elok. Sedang leka aku mengemas kasut-kasut ini, terdengar suara menyapa ditelinga aku.
"Kasut saiz sepuluh ada tak?"
Astaghfirullah! Dia ni lagi! Macam mana dia boleh tahu aku dekat sini?
"Wan! Awak buat apa dekat sini?" Soal aku dengan nada hairan.
Dia membetulkan rambutnya. Jenis lelaki metroseksual lah ni. Dari rambut bawa ke kaki berkemas.
"Saya datang sini nak cari pembaris saya. Dia hilang tadi dekat sini. Ada nampak tak?" Walawei! Buat lawak bodoh pulak dia ni.
"Ingat punchline awak sampai?" Aku memerli dia.
Mamat ni pula sempat senyum dekat aku. Macam sinis je senyuman dia. Tapi, kenapa jantung aku lain macam pula ni. Wahai jantung, jangan lah buat hal.
"Awak tak kerja ke hari ni? Sempat pula menyimpang dekat sini." Soalku.
"Hari ni saya cuti." Katanya
"Lagipun saya datang sini nak ajak awak lunch." Sambung Izwan
"Saya ada kerja lah. Lagipun baru pukul berapa nak lunch." Aku menolak pelawaannya.
"Baru pukul berapa awak cakap? Awak. Dah nak dekat pukul dua dah ni. Dah nak habis lunch dah ni." Jawabnya lembut.
Hati aku ni rasa macam nak gelak. Macam cakap dengan mak nyah. Hish! Syaf! Tak baik cakap macam tu. Berdosa kutuk orang.
"Hah! Pukul dua? Cepatnya." Teriak ku. Cepat-cepat ku toleh jam di dinding. Betul lah. Dah nak pukul dua.
"So, macam mana?" Soalnya.
"Okaylah. Saya on. Dah jom gerak. Zai! Aku nak lunch dulu. Tengok kan kedai." Sempat lagi aku memesan kepada rakan sekerja ku.
Setiba di restoran Chicken Rice Shop, mamat ini memilih tempat duduk yang berhampiran dengan kaunter. Tidak lama kemudian, datang seorang pelayan untuk mengambil menu makananan. Segala pilihan aku serahkan kepada mamat ni. Malas nak pilih-pilih. Janji halal dan kenyang.
Seusai Izwan memilih makanan. Aku terus membuka mesej WhatsApp. Melinda rupanya.
+ Assalam. Sorry aku tak dapat teman kau lunch. Kerja banyak kat office.
Patutlah dari tadi tak muncul dekat kedai. Sampai terlajak aku menunggu dia lunch.
- Wassalam. Hurmmm. Takpe. Aku pun tengah lunch ni. Ada orang ajak.
Tak sampai lima minit mesej masuk lagi.
+ Dengan siapa? Izwan heh?
Eh tau aje minah ni? Hah! Sekarang aku musykil. Apa kaitan Melinda dengan Izwan? Tahu aje siapa yang ajak aku. Malas aku nak membalas. Kalau jawab ye. Tak habis berWhatsApp.
"Wan." Aku beranikan diri untuk menegur dia.
"Apa dia." Jawabnya sambil bermain Iphone 5s miliknya.
"Macam mana awak tahu saya kerja dekat kedai kasut tadi?" Soalan yang terbuku ku luahkan. Musykil. Dalam kad tu takde tulis pun aku kerja dekat mana. Cuma tulis nama, no telefon dengan email.
"Adalah." Jawabnya sepatah.
Wah! Sedapnya kau jawab. Aku memang pantang orang jawab macam ni. Ada juga tercekik sudu kang ni. Tiba-tiba dalam fikiran terlintas nama Melinda. Sebab dia dengan Melinda rapat semacam.
"Ni mesti Melinda yang bagitahu kan." Aku cuba meneka.
Mamat ini menyimpan Iphone nya kedalam kocek seluarnya. Dan mengangguk laju.
"Dah agak dah. Awak dengan dia ada apa-apa ke?" Dah macam penyiasat dah aku menyoal mamat ni.
"Mana ada? Dia yang bagitahu saya awak kerja dekat mana. Suka apa. Minat apa. Karakter awak macam mana? Dan mak...." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya. Nada dering mewangi berbunyi. Tertera nama Ibu di dalam skrin. Ada apa ya?
"Assalamualaikum ibu." Sapaku.
"Waalaikumsalam Rina. Amboi. Dah lama tak call ibu. Sibuk sangat ke anak ibu ni?" Kata ibu.
"Sorry lah ibu. Rina ada banyak kerja. Sampai terlupa nak call ibu." Jawabku sambil tersengih
"Yeker? Bukan sibuk cari jodoh?" Tersentak aku? Jodoh? Apa ibu cakap ni?
"Mana ada? Apa ibu merepek ni? Rina baru je nak kerja. Takde masa nak cari jodoh ni." Terangku.
"Yelah tu. Jadi siapa Izwan tu? Kawan atau kekasih?" Sekali lagi aku tersentak. Ibu tahu Izwan?
"Ibu. Rina ada kerja ni. Bos Rina dah panggil dah tu. Nanti Rina sambung ye." Aku memutuskan panggilan. Allah! Mana ibu tahu semua ni? Aku meraup wajahku.
Tidak lama kemudian, makanan yang dipesan pun tiba. Aku membaca doa dan terus menjamu selera.
Sedang aku menjamu selera. Mata aku tertancap pada wajahnya. Betullah cakap Melinda. Mamat ni macho bila pakai spek. 'Eh! Apa benda kau mengarut ni Syaf? Jangan kau nak angau ye Syaf?' Ada suara menyentakkan aku dari khayalan. Aku terus menyambung menjamu selera.
Seusai sahaja makan tengahari, aku pulang untuk menyambung kerja.
"Wan. Terima kasih lah sebab belanja saya lunch." Aku mengucap terima kasih.
"No hal. Lepas habis kerja awak free tak?" Soalnya sebelum aku melangkah masuk ke dalam.
"Free. Kenapa?" Aku pula menyoalnya.
"Saya ingat nak ajak awak jalan-jalan dekat mall ni." Ujarnya.
"Okaylah. Nanti dah habis kerja saya call awak." Kataku sambil tersenyum. Kemudian mamat ni pun minta izin untuk berundur. Eheh? Nak balik pun nak minat izin ker? Balik je lah.
*****
"Lambat balik? Dah malam baru balik? Aku ingat kau overtime." Ujar Melinda sebaik sahaja aku pulang ke rumah.
"Aku keluar kejap tadi. Sambil-sambil beli barang dapur. Nah ambil ni." Aku menghulurkan beg plastik kepada Melinda.
"Kau shopping ker? Banyak sangat barang." Kata Melinda setelah dia membelek barang-barang di dalam plastik itu.
"Eh yang beg kertas tu aku punya. Bak mai!" Aku merampas beg kertas yang ada ditangan Melinda.
"Paddini? Eh! Sejak bila kau minat baju-baju ni." Soalnya terkejut. Aku terus melangkah masuk. Penat pula rasanya hari ni.
"Mana ada aku minat. Ada orang offer. Aku ambil lah. Lagipun aku beli baju polo ni. Favourite aku kan." Jawabku. Aku meletakkan beg kertas itu di atas meja.
"Orang offer? Siapa? Izwan ker?" Soalnya dengan penuh teruja.
Aku memandang minah ni dengan wajah yang annoying. Sibuk sangat nak tahu kenapa? Jaga tepi kain sendiri lah.
"Jangan sibuk lah. Dahlah. Aku mandi. Dah berlengas dah badan ni." Aku bangun dah terus menuju ke atas.
"Tahniah kawan. Akhirnya kau sangkut juga dekat lelaki!" Jeritnya.
"Diamlah!!" Aku pula menjerit.
*****
Ahhh! Lega sikit badan. Baru segar. Aku yang sedang mengeringkan rambut dengan tuala, terhenti apabila mesej masuk WhatsApp berbunyi.
+ Assalam. Mcm mna? Ok x baju tu? Selesa?
Izwan rupanya yang mesej. Kini giliran aku pula yang menaip.
- Sye blom try lgi. Btw. Thankz sbb sudi belanja sye.
+ Tak de hal lah. Klau dah try bgitau sy.
- Okay.
Seronok pula hati aku bila baca mesej dia. Aku menoleh ke arah beg kertas itu. Aku mengeluarkan segala baju yang ada dalam nya. Pandai juga mamat ni pilih. Teringat pula perbualan aku dengan dia sewaktu dia memilihkan baju untuk aku.
"Wan. Awak memang suka beli baju dekat sini ke?" Soalku sambil melilau kedai baju ini. Berasa janggal masuk kedai mahal ni.
"Yup. Baju dekat sini selesa. Tapi kadang saya beli brand lain." Jawabnya.
Sah! Orang kaya lah dia ni. Kalau jenis pakai Iphone. Shopping pun barang branded tak ke kaya namanya?
"Kenapa awak tanya gitu?" Soalnya.
"Takdelah. Saya jarang masuk kedai macam gini. Saya biasa beli baju dekat Bazaar JB. Takpun Uptown Pandan. Tu rasa janggal masuk sini." Jawabku ikhlas.
Tiba-tiba dia ketawa. Eheh? Aku ada buat lawak ke?
"Awak biasa pakai baju macam mana?" Soalnya lagi setelah dia sudah memilih bajunya.
"Saya suka T-shirt. Tapi paling saya suka polo." Jawabku. Dia pun memanjangkan O.
Kemudian dia mengajak aku pergi ke baju bahagian wanita. What? Baju-baju tak cukup kain ni? Sakit mata tengok.
"Nah! Okay tak baju ni? Warna purple putih. Favourite awak kan?" Dia menunjukkan aku baju polo itu. Terbeliak mata aku. Dia nak belanja aku ke? Ong ni. Hehehehe.
"Saya tak cukup duit lah nak beli. Tengok lah harga dia. Elok saya beli kat Uptown." Tipuku. Aku pun teringin juga nak beli baju branded.
"Kali ini. Saya belikan awak. Sebagai tanda terima kasih, awak sudi berkenalan dengan saya." Jawabnya ikhlas. Entah kenapa rasa macam cair pula aku dengar penjelasannya.
"Terima kasih again. Bila-bila saya bayar balik harga baju ni." Kataku pula.
"Eh? Nak buat apa bayar balik. Ikhlas saya nak belikan awak. It's mean saya belanja awak."
"Syaf!"
"Oh mak kau meletop!" Aku melatah. Sebaik sahaja Melinda masuk dalam bilik aku. Baju yang aku pegang terpelanting akibat latahan aku.
"Kau ni kalau nak masuk. Ketuk pintu dulu. Berilah salam ke? Ni mai terjah je. Buatnya luluh jantung aku. Tak kempunan aku nak kahwin nanti?" Tengking aku.
"Dah berapa kali aku ketuk. Kau je tak dengar. Berangan apa hah?" Aku pula yang kena.
"Nak apa kau panggil aku?" Baju yang berada dilantai ku kutip. Dan lipat menjadi kemas.
"Takde lah. Aku bosan je. Saja nak ajak kau bual-bual." Melopong mulut aku.
"Kau kan. Kecil besar kecil besar je aku tengok. Kalau bosan. Pergi bergayut dengan balak kau. Kacau je aku nak berangan." Hujung-hujung ayat aku perlahankan suara.
"Apa dia? Aku tak dengar yang hujung tu. Ulang balik?" Ujar Melinda.
"Ah! Takde ape lah. Keluar sana. Aku nak tidur. Esok nak kerja." Aku menolak tubuh Melinda keluar dari bilik tidur aku.
Kacau daun betul lah minachi ni. Aku baru nak berkhayal. Dah potong stim lak. Aku melangkah menuju ke katil. Dan terus merebahkan diri di atas katil empuk ini.
*****
"Time-time macam gini lah kau nak rosak!" Tengking aku. Tayar kereta aku tendang. Dah lah malam. Dia pula nak buat hal.
'Nak call siapa pula ni? Aku mana ada kenal mana-mana mekanik. Macam mana ni?' Rungutku dalam hati. Aku cuba cari apa punca kereta aku rosak. Air cukup. Takkan enjin kot rosak. Aku cuba try call Izwan.
"Wan. Awak busy tak?" Soalku sebaik sahaja dia menjawab panggilan ku.
"Tak? Kenapa?" Soalnya kembali.
"Kereta saya tiba-tiba rosak. Awak ada kenal mana-mana mekanik tak?" Soalku. Aku rasa conversation kitorang memang penuh dengan soal menyoal.
"Takpe. Awak dekat mana? Saya datang."
"Saya dekat kedai yang dekat dengan Angasana Mall. Yang dekat dengan Jakel." Jawabku.
"Okay. Awak tunggu situ. Nanti saya datang." Katanya. Panggilanku terus dimatikan.
Dahlah gelap. Kedai pun tak banyak buka. Al maklumlah kedai baru. Yang terang benderang pon kedai Jakel. Bingit telinga. Riuh sungguh dengan jualan mereka.
Sedang aku menunggu Izwan tiba, sekumpulan geng motor berkumpul ditempat aku menunggu. Mat rempit lah ni. Dekat sini juga nak dia lepak.
"Phewitt. Ada chikaro lah der." Ujar seorang mamat berbaju biru.
"Cik adik. Buat apa duduk dekat tengah malam." Kata lagi seorang mamat yang berbaju kuning berlengan panjang. Jarinya mengusik-usik telinga ku.
"Tak payah kacau lah!" Tepis aku.
"Wuuu. Garang giler chikaro ni der."
'Izwan. Cepatlah muncul. Aku dah takut dah dengan mat motor ni.' Aku melarikan diri dari syaitan-syaitan lahanat ni.
"Eheh! Jangan lah lari." Salah seorang mereka memaut lengan aku. Aku terus menolak tubuhnya. Habis jatuh tersembam.
"Jai! Mal! Tangkap perempuan tu." Jeritnya.
"Wan! Tolong!" Aku berlari melalui lorong kedai itu. Namun, salah seorang dari mereka berjaya menghalang aku. Aku mematikan langkah aku apabila semuanya dah kepung aku. 'Izwan!!!' Hanya nama Izwan je yang aku mampu sebut. Tapi dalam hati sahaja.
"Mana kau nak lari? Hah?" Lelaki yang berbaju biru memeluk tubuh ku dari belakang.
Aku tak mampu lakukan apa-apa. Berkali-kali aku meronta-ronta untuk dibebaskan.
"Tolong!!!" Jeritku sekuat hati. Mengalir air mata.
"Syhhh. Jangan lah jerit." Tapak tangannya menutup mulut aku.
Tiba-tiba satu tumbukan hinggap dipipi lelaki yang memeluk ku.
"Izwan!" Jeritku.
Segera aku menyorok belakangnya.
"Awak masuk dalam kereta." Arahnya. Aku hanya menganggukkan kepala.
Kelihatan Izwan dan lelaki-lelaki tersebut bertumbukan. 'Ya Allah! Kena minta tolong orang lain ni.' Aku keluar dari kereta dan menjerit minta tolong. Mujur ada beberapa orang dengar jeritanku. Aku membawa mereka ke tempat kejadian.
Aku lihat Izwan sudah tidak bermaya. Lelaki-lelaki itu pula melarikan diri.
"Izwan! Bangun! Awak! Bangun!" Aku mengoncangkan tubuhnya.
Izwan terbatuk-batuk dan keluarkan darah dari mulutnya.
"Awak jom pergi klinik. Habis teruk muka." Aku mengajaknya ke klinik. Aku mencapai cermin mata nya. Mujur tak pecah.
"Takpe. Saya okay. Awak tu okay tak?" Aku pula yang ditanya.
"Saya okay je. Awak muka tu teruk. Saya bawah awak pergi klinik."
Aku mengarah Izwan duduk di seat penumpang. Sebelum itu. Aku mengambil segala barangan berharga dalam kereta aku. Kemudian mengunci kereta aku. Dan terus pandu kereta Izwan menuju ke klinik.
*****
"Awak okay?" Soal Izwan.
"Saya okay. Cuma lebam dekat lengan ni je." Aku memegang lengan kanan ku. Biru kau lebam.
"Mana? Tengok?" Izwan cuba menyinsing lengan ku.
Aku menepis tangannya.
"Opps. Sorry." Katanya.
"Awak ni lembik betullah. Muka punya lah macho. Tapi lawan dengan tiga ekor jantan tu pun boleh tumbang." Ujarku. Apa guna lah muka macho habis tapi berlawan ke laut.
"Dorang tu bertiga. Saya seorang je. Mana adil. Tiga lawan satu." Jawabnya.
"Awak tu lain kali kasar lah sikit. Ni tak, kalah so..tong." Perkataan tong tu aku perlahankan sedikit. Takut dia dengar.
"Sotong? Maksudnya saya ni sotong lah ye?" Katanya dengan nada seolah-olah merajuk.
"Tak lah sampai tahap tu. Alah. Macam mana nak cakap ek? Hah! Macam lelaki jambu." Jawabku.
Tiba-tiba Izwan diam sekejap. Lah! Merajuk ke? Eee. Lelaki apa ni kuat merajuk. Nasib dia kawan. Kalau abang ke adik aku, dah lama aku sepak pipi dia. Meluat tengok macam ni.
"Macam ni lah. Esok saya cuti. Apa kata kalau saya bawa awak pergi bazaar JB? Saya pula belanja awak. Tanda terima kasih saya dekat awak." Harap-harap terpujuk. Aku tak berapa pandai pujuk orang. Hari tu nak pujuk Melinda pun payah. Apatah lagi mamat ni.
"Muhammad Khairil Izwan." Seru seorang pembantu doktor di kaunter pembayaran.
Izwan hanya bangun dan menuju ke arahnya. Tak termakan ke pujukkan aku?
"Dah jom. Saya bawa awak balik."
"Habis macam mana dengan kereta saya? Takkan nak tersadai je dekat tepi jalan. Buatnya kena rembat esok? Tak ke naya saya?" Soalku bertubi-tubi.
"Pasal kereta awak tu, jangan risau. Saya dah mesej kawan saya. Nanti dia yang settlekan. Btw, dia nak kunci kereta." Jawab Izwan.
Sepanjang dalam kereta aku dan Izwa hanya mendiamkan diri. Langsung tak bersuara. Yang bersuara hanya radio je. Merajuk ke mamat ni? Ah! Lantak dia lah. Aku dah pujuk tak nak maafkan. Biarlah. Lambat laun pulih lah merajuk dia tu.
*****
Hampir seminggu aku dengan Izwan tidak berhubung. Dan paling pelik. Langsung tak tunjuk muka. Parah dah ni? Syaf? Apa perlu aku buat ni? Nak minta maaf ke? Serba salah dah aku ni?
"Syaf? Apahal kau? Monyok je aku tengok?" Soal Zai rakan sekerja ku.
"Eh! Takde apa-apa lah. Aku penat, semalam aku balik kampung sekejap. Tu yang macam lepak je." Bohongku.
"Syaf. Jom ah lunch. Hari turn aku belanja kau dengan Zai. Amacam? Deal?" Pelawa salah seorang lagi pekerja kedai ini, Myra.
Aku malas nak bersuara lagi, aku hanya menganggukkan saja kepala aku. Sekarang, kepala aku hanya fikir pasal masalah aku dengan Izwan.
Myra dan Zai mempelawa aku untuk menjamu selera di restoran berdekatan. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam restoran ini, aku ternampak seseorang yang pernah aku kenali.
"Izwan?" Sebut ku perlahan. Siapa pula perempuan tu? Kakak? Adik? Takkan lah. Mesra semacam je aku tengok.
No Syaf! Tak mungkin. Think positive Syaf! Itu maybe tunang dia. Jangan protes Syaf. Kau dengan dia hanya kawan. Tidak lebih dari itu. Aku memujuk hati aku yang berasa sakit melihat kemesraan pasangan itu.
Entah kenapa aku rasa sakit sangat. Aku patah balik ke arah kereta aku. Zai dan Myra memanggil aku berkali-kali. Namun, aku menghiraukan panggilan mereka. Aku masuk ke dalam kereta dan meluncur laju keluar dari perkarangan letak kereta.
*****
Alunan muzik di corong radio ku kuat kan. Aku membiarkan air mataku mengalir. Tak ku sangka, Izwan sudah menjadi milik orang. Tapi, kenapa dia tidak memberitahu aku? Kenapa nak diam saja? Aku tak nak orang lain anggap aku sebagai perampas.
Sekarang aku tidak tahu hendak ke mana? Elok aku keluar dari daerah Johor Bahru ini. Rasanya aku nekad untuk pulang ke kampung dan menetap di sana. Kereta ku terus memecut laju.
Puas sudah aku menangis. Kini aku berehat sebentar di tepi pantai Lido. Angin laut yang mendamaikan sudah menenangkan mata dan hati aku. Namun, aku masih rasa tersiksa. Deringan telefon berbunyi. Aku lihat di skrin telefon tertera nombor milik Zai. Mesti bos marah aku tak masuk kerja.
"Hello."
"Hello. Syaf! Eh kau pergi mana? Tak masuk kerja lagi?" Soal Zai
"Sorry lah. Aku tiba-tiba rasa penat sangat macam nak demam. Tu pasal tak masuk kerja. Hari ini aku half time lah kerja. Cakap dekat bos. Surat MC nanti aku bagi." Terangku dengan penuh kedustaan.
"Okaylah. Nanti aku pesan dekat bos. Jaga diri kau elok-elok." Pesan Zai. Kemudian dia mematikan panggilan. Aku mencari tempat duduk untuk melabuhkan punggung ku.
Beberapa minit kemudian, deringan telefon berbunyi lagi. Izwan? Apahal mamat ni call aku tiba-tiba? Aku menekan butang merah. Terasa malas nak bercakap dengannya.
Berapa kali panggilan dia aku matikan. Tolong lah jangan kacau aku. Aku nak tenang. Bisik hatiku. Kemudian, mesej WhatsApp pula masuk. Aku buka icon WhatsApp.
+ Assalam. Awk knape x jwab call saya?
Dia lagi. Ada juga handphone ni masuk dalam laut. Rimas lah! Jerit hatiku.
Aku tidak mempedulikan mesej dia. Telefon ku masuk ke dalam kocek seluar dan terus beralih ke kereta. Elok aku tidur. Dari nak bercakap dengan kau. BerWhatsApp dengan kau. Menyakitkan hati dan mata!
*****
"Mel. Aku minta maaf kalau selama ni aku ada buat salah dengan kau." Sebelum aku berangkat pulang ke kampung dan menetap di sana aku memohon maaf dulu kepada Melinda. Housemate dan juga kawan rapatku.
"Syaf. Kau takde buat salah dekat aku langsung. Dah sampai sana kirim salam dekat family kau. Lagi satu dah duduk sana. Jangan lupa datang sini." Katanya lagi.
"Alololo. Emotional pula kawan aku ni. In sha allah aku jenguk kau. Aku contact kau. Ada masa nanti datang kampung aku." Balasku pula. Jari ku pula mencubit pipinya yang gebu.
"Syaf. Izwan tahu tak kau pindah sana?" Entah mengapa bila Melinda tanya soalan itu kepada ku. Hati tiba-tiba menjadi sayu.
"Mel. Kalau aku tak story dekat dia. Nak ke dia dengar? Nak ke dia layan? Maybe dia tengah berkepit dengan tunang dia. Tak naklah aku kacau hubungan dorang." Jawabku dengan sayu.
"Syaf. Are you sure perempuan yang kau jumpa tu tunang dia? Ada sebelum ni dia cerita dekat kau?" Soalnya kembali.
"Aku cuba fikir positif je. Lagipun kitorang semua cuma kawan je. Dahlah. Takyah cerita pasal dia. Okay lah. Dah nak petang ni. Nanti lambat pula sampai Kulai." Balasku pula.
Aku melangkah masuk ke dalam kenderaan dan terus meluncur keluar dari kawasan perumahan ku ini. Sebelum itu, sempat juga melambai ke arah Melinda. Sayu saja muka aku lihat. Apa boleh buat. Aku ingat nak sambung perniagaan cafe peninggalan arwah abah ku. Nak harap abang sulung aku? Huh! Jangan harap. Tak sampai sebulan lingkup cafe tu.
Sewaktu aku ingin keluar dari simpang empat, sebuah kereta berhenti betul-betul hadapan kereta ku. Apa hal ni? Nak mampus ke? Aku terus keluar dari kereta.
"Woi! Kau dah puas hidup ke? Nak mati jangan babitkan aku." Kan. Hah! Habis keayuan aku. 'Eh! Ini macam kereta Izwan.' Bisik hati aku.
Kemudian pemilik kereta ini keluar. Aku tak dapat nak cam sebab lelaki ni pakai spek hitam.
"Syaf." Panggilnya.
"Eh? Kau siapa hah? Apahal brek depan kereta orang? Dah lama hidup ke?" Tengking aku.
"Saya lah Izwan." Terangnya. Hati terasa sentak seketika. Terbit rasa rindu pun ada.
"Awak nak apa?" Tengking ku. Aku berundur ke belakang sikit apabila Izwan makin dekat denganku.
'PINNNNNNN!'
Sepantas kilat Izwan menarik lenganku. Dan secara automatik aku berada dalam pelukannya. Dah macam cerita hindustan pula. Cepat-cepat aku menolak tubuh Izwan.
"Awak ambil kesempatan heh?" Soalku.
"Awak tu. Dah puas hidup? Buatnya saya tak tangkap awak? Tak ke mati katak kat situ." Jawabnya selamba.
"Eeee. Geram betul lah saya dengan awak. Awak nak apa ni hah?" Soalan yang sama ku ulang.
"Saya nak tanya. Kenapa dah dua minggu tak contact? Lepas tu hilangkan diri je." Bagus. Aku tanya dia. Dia tanya aku balik.
"Sa.. Saya ada kerja lah. Dahlah. Dah petang ni. Nanti lambat saya balik kampung." Alamak! Terlepas cakap. Mampus.
"Apa? Nak balik kampung? Kenapa tak bagitahu saya?" Tangannya memegang lenganku.
"Lepas lah. Perlu ke saya bagitahu awak? Dah tepi lah! Saya nak cepat!" Aku menolak tubuhnya ke tepi. Segera aku masuk ke dalam kereta dan pecut laju.
*****
Lagu Kembali oleh Akim dan Stacy kedengaran di corong radio Suria FM. Aku menghayati satu per satu lirik lagunya. Aku duduk di atas katil sambil memeluk tubuh dan merenung ke luar jendela.
Ku ingin kau berada disisiku
Dalam waktu tu sukar atau bahagia
Oh! Cinta panjatkanlah
Pinta hamba ini
Tidak lama kemudian aku beralih ke arah sebuah frame gambar. Gambar aku dan Izwan. Gambar selfie sambil makan aiskrim. Entah kenapa. Aku rasa gambar tu perlu letak dekat frame. Rasa banyak lagi gambar yang lawa.
Terketar-ketar jari aku hendak mencapai frame itu.
Cinta kau berikanlah kekuatan
Untuk meniti cubaan dariMu
Semoga hari kami kembali
Menyinari jalan ini
Apabila aku menghayati lirik yang dinyanyikan oleh Stacy, air mataku menitik di atas frame ini. Aku memang berharap sangat agar dapat kembali bersama Izwan. Tapi. Apakan daya. Izwan sudah menjadi milik orang. Tak lama lagi. Pasti menjadi suami orang.
'Knock! Knock!'
Kedengaran pintu bilik diketuk. Cepat-cepat aku mengesat air mata. Gambar aku dengan Izwan aku sorok bawah bantal.
"Masuk." Arah ku.
Tombol pintu berpusing dan pintu bilik di buka.
"Rina. Jom makan. Ibu dah masak lauk kegemaran Rina dengan abang. Sambal udang. Jom sayang." Pelawa ibuku.
"Kejap lagi lah bu. Rina tak rasa lapar lagi." Tolakku. Walaupun itulah makanan kegemaran aku. Namun, tekak aku tiada selera untuk telan makanan itu.
"Jomlah. Makan ramai-ramai. Dah lama kita tak makan sama-sama kan?" Pujuk ibu.
Akhirnya aku mengalah juga. Makan jelah. Janji perut aku dah tak berbunyi lagi.
"Tapi sebelum tu. Ibu nak tanya sikit. Rina ada masalah ke?" Soal ibu yang duduk di sebelahku.
Aku diam seketika.
"Cuba cerita dekat ibu. Ibu dengar." Sambung ibu lagi.
"Entah lah ibu. Rina sendiri pun tak tahu apa yang Rina rasa. Rasa sepi ada. Rindu ada. Gembira pun ada." Kataku. Ya aku gembira. Kerana tak lama lagi kawan aku akan menjadi seorang suami. Walaupun aku berasa sedih.
"Ni mesti masalah dengan Izwan kan?" Teka ibu ku.
"Mana ada ibu. Izwan tu cuma kawan jelah. Tak lebih dari itu." Balasku.
"Rina. Ibu faham apa yang Rina rasa. Kalau ada masalah dengan Izwan. Bawa bincang. Jumpa dengan dia elok-elok. Baru selesai masalah." Ujar ibu lagi.
"Tak boleh lah ibu. Izwan tu tunang orang. Tak lama lagi nak kahwin. Susah lah Rina nak jumpa." Balasku.
"Hah! Wan dah nak kahwin? Fuh! Terlepas aku dapat adik ipar sotong." Sampuk abang aku. Alih-alih dah tercongok depan pintu.
Aku melemparkan bantal kecil ke arahnya. Sempat juga dia menangkap. Nasib aku baling bantal. Kalau aku baling lampu bilik ni. Biul kau bang.
"Abang baik sikit heh? Dia bukan sotong okay!" Ujarku dengan geram.
"Eleh! Kalau bukan apa? Mak nya..." Belum semput abang menghabiskan ayat ibu sudah potong.
"Syafiq! Tak baik kamu cakap macam tu."
"Dahlah lah. Jom makan. Nak berdrama swasta pula kat sini. Adik. Nanti malam teman aku cari sotong dekat pasar malam. Tau." Ejek abang ku.
"Abang!!!" Jeritku.
Aku mengejarnya hingga ke dapur. Rotan arwah abah aku capai lalu aku sebat belakang abang aku. Geram betul dengan dia ni.
*****
Satu tahun kemudian....
"Untuk meneruskan majlis pembukaan Galaxy Cafe ini, kita meneruskan dengan persembahan menarik daripada seorang jejaka yang tidak mahu dikenali. Dan dikatakan persembahan ini khas untuk insan tersayan. Apa pun dipersilakan." Kata pengacara majlis ini.
Alhamdulillah. Akhirnya tercapai juga impian aku untuk meneruskan perniagaan arwah abah. Hasil bantuan abang aku dan juga sokongan ibu dan Melinda.
Aku yang membawa dua gelas air menuju ke arah meja bulat yang menjadi tempat untuk aku dan Melinda berbual.
"Nah. Air tuk kau." Hulurku.
"Thanks." Jawabnya sepatah.
"Thanks wei sebab kau sudi buat preparation untuk majlis ni. Siap ada persembahan lagi." Ucapku.
"Persembahan tu bukan saja-saja je. Tapi persembahan yang romantik dan menarik." Terangnya.
"Apa? Maksud kau?" Soalku. Aku kurang jelas apa yang diperkatakan.
Alunan piano kedengaran di telinga aku. Penyanyi ini memilih lagu Menunggu daripada Akim sebagai lagu persembahannya. Merdu sungguh suaranya.
Ku selalu menyakiti dan sering berdusta
Dan membuat kau tinggalkan aku
Pertelingkahan kita selalu tiada akhirnya
Melemaskan mu dalam cinta ku
Aku cuba menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang mendendangkan lagu ini. Dan apa yang mengejutkan aku ialah. Izwan. Muhammad Khairil Izwan yang nyanyi. Aku mimpi ke ni?
Menantimu hingga kau kembali
Dan mencuba menjaga hatimu
Setia dan hidupku selalu denganmu
Menemani mu hingga akhir waktu
Aku menarik lengan Melinda dan segera bawanya keluar.
"Kau rancang semua ni?" Soalku dengan riak wajah yang serious.
"Err. Ak.. Aku pun tak tahu." Jawabnya tergagap-gagap.
"Tak tahu apa. Kalau kau tak bagitahu dia. Macam mana dia boleh wujud dekat sini?" Tengkingku tapi suara perlahan. Khuatir tetamu dengar.
"Okay. Aku bagitahu dia. Dia cakap nak buat performance. Aku pun on jelah." Balasnya lagi.
"Huh!" Aku merengus kasar.
Aku kan menunggu hingga kitakan bersama
Kau akan selalu ku cinta
Entah kenapa. Saat lirik itu dinyanyikan. Kaki aku seolah-olah kaku. Tak boleh bergerak. Dan hati aku menyentuh apabila dengar lirik itu. Benarkah apa yang dia nyanyikan? Atau sekadar untuk hiburan.
Selesai sahaja Izwan menyanyi, para tetamu memberikan tepukan gemuruh untuknya. Izwan bangun dari tempat duduknya dan menuju ke mari.
Nampak sahaja dia menuju ke arah ku. Aku larikan diri.
"Nur Syafrina!" Panggilnya.
Langkahku terhenti. Aku mendiamkan diri. Berdiri kaku.
"Awak nak ke mana?" Soalnya.
"Saya nak balik." Jawabku.
"Nak balik? Takkan nak tinggalkan majlis ni gini je. Jangan nak tipu saya." Sambungnya.
"Buat apa saya nak tipu awak. Takde kerja saya." Balasku lagi.
"Dah tu. Kenapa awak larikan diri?" Soalnya lagi. Lengan ku dipegangnya.
"Sebelum awak tanya saya, saya nak tanya. Kenapa awak boleh ada dekat sini?"
"Salahkah?" Soalan dijawab dengan soalan.
"Yup. Salah. Awak kan dah jadi milik orang. Kalau tunang or kekasih awak nampak, tak pasal-pasal saya digelar perampas." Ulasku.
"Kejap. Kejap. Tunang? Kekasih? Perampas?" Bertubi-tubi dia menyoalku.
Takkan tak faham. Lembab lah mamat ni. Kena lah dengan sotong dia tu.
"Jangan slow sangat boleh tak? Takkan tak kenal tunang sendiri." Tegasku.
Tangannya memegang kedua-dua bahuku.
"Bila masa pula saya bertunang? Kekasih pun saya belum ada. Tengah tunggu respon orang depan saya." Katanya sambil tersenyum. Killer smile. Izwan! Stop it.
"Kalau bukan tunang? Kekasih?" Soalku lagi.
"Ya Allah Syaf! Kan saya dah cakap kekasih pun takde." Balasnya seperti ingin mengiakan kenyataannya.
"Yang menggedik-gedik dulu tu siapa? Nenek awak?" Again. Sampai bila pun tak habis. Dahla semua duk tengok je.
"Bila?" Soalnya pelik.
"Tarikh 22 November. Masa tak ingat. Yang pasti siang. Di Secret Recipe. Awak dan seorang perempuan. Bukan main gelak." Nampak. Memori masih segar. Jangan main-main dengan Syafrina. Aku boleh ungkit balik dan sebutkan dengan detail.
Kemudian aku nampak dia ketawa. Apa yang kelakar? Ada orang buat show Maharaja Lawak ke?
"Perempuan tu ke?" Aku hanya menjeling wajahnya. Dah tahu mai tanya lagi kah?
"Syaf." Lembut suaranya. Tangannya memegang bahuku.
"Perempuan tu bukan siapa-siapa lah. Dia sepupu rapat saya." Terangnya. Ah! Nak menipu agak-agaklah. Jawapan lapuk. Bentakku dalam hati.
"Yes. Saya sepupu rapat dia. Kitorang memang rapat dari kecil. Dah anggap macam adik beradik." Sampuk satu suara.
Aku menoleh dengan wajah terkejut. Serious ke ni? Macam tak logik je.
"Sure ke korang ni sepupu." Aku still tak nak mengalah.
Izwan mengeluarkan Iphone 5s dari kocek seluarnya.
"Nah! Percaya?" Katanya.
Terbuntang mata aku apabila melihat gambar raya mereka. Alahai Syaf! Kenapa kau mudah buruk sangka. Dulu kau tak macam ni kan. Pipi aku berasa panas akibat malu.
Izwan, Melinda dan sepupunya sudah menyengih melihat muka aku. Argh! Malu! Jatuh saham aku! Elok aku lari.
Baru sahaja aku hendak membuka langkah, tangannya sudah memaut lengan ku.
"Wait." Katanya. Kemudian dia melutut di hadapan ku. Eh? Apahal lak melutut depan aku pula ni.
"Wan. Bangun lah. Malu lah orang tengok." Orang sekeliling semua sudah memandang ke arah kami.
Izwan tidak mengendahkan aku. Dia mengeluarkan sebuah kotak baldu dari kocek bajunya. Cincin? Apa semua ni?
"Nur Syafrina. Sudikah engkau menjadi isteriku hingga akhir hayat ku?"
Dia lamar aku? Hati aku mula ragu-ragu untuk menerimanya. Aku melihat sekeliling.
"Terima Syaf!" Jerit satu suara. Makin gamat suasana apabila kesemua tetamu menyuruh aku menerimanya.
Lidah ku kelu. Air mata mula jatuh. Mula terbit terharu. Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala sebagai tanda setuju. Tepukan kian gemuruh apabila Izwan menyarungkan aku cincin perak ini. Aku mengesat air mata ku.
*****
Empat bulan kemudian...
Dup dap dup dap. Itulah bunyi jantung aku. Ya Allah! Nervousnya rasa. Mak Ngah ku pula khusyuk betul menyolek muka aku. Apalah jadi nanti.
"Syaf!" Tersentak aku. Minah ni kalau tak terperanjatkan aku memang tak sahkan.
"Kenapa?" Soalku
"Muka kau." Katanya dengan nada suspen.
"Kenapa dengan muka aku? Buruk ke?" Janganlah buruk. Dahlah hari ini hari paling manis dalam hidup aku.
"Bukanlah. Muka kau. Lawa gila." Katanya. Bantal kecil yang berada di atas pehaku, ku lemparkan ke arah Melinda. Buat suspen je.
"Ish! Duduk diam-diam lah. Nak jadi bini orang pun perangai maca budak-budak." Tegur Mak Ngah.
"Dia ni hah mak ngah. Saja nak cari pasal dengan orang." Jawabku.
Mak ngah ku hanya menggelengkan kepalanya melihat karenah ku. Kemudian, pintu bilik di ketuk.
"Dah siap? Pengantin lelaki dah sampai dah tu." Ujar ibu sebaik sahaja pintu bilik dibuka.
"Dah siap dah. Cuma nak touch up sikit lagi." Jawab Mak ngah.
"Syaf. Chill okay. Breath in and out. Selawat banyak-banyak." Aku melihat wajah Melinda di cermin solek ini. Aku hanya mengangguk sahaja.
"Bismillahirahmanirahim..." Lafaz ku perlahan.
Melinda mengangkat gaun yang labuh itu agar tidak kotor. Kelihatan tok kadi dan Izwan sudah menunggu aku.
Melinda membawa aku menuju ke pelamin yang bertemakan ungu putih. Izwan perlahan-lahan menoleh ke belakang sambil tersenyum. Alahai.. Handsome pula dia bila pakai baju melayu. Walaupun dah banyak kali aku lihat dia memakai baju melayu. Entah kenapa aku rasa kali ini paling menawan. Ish! Syaf! Fokus!
"Baiklah. Semua dah ada. Boleh kita mulakan?" Tok kadi menyoal kepada semua saksi yang ada.
"Muhammad Khairil Izwan bin Abdul Rahman."
"Saya."
"Aku nikahkan dikau dengan Nur Syafrina binti Roslan dengan mas kahwin nya tiga ratus ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Nur Syafrina binti Roslan dengan mas kahwin nya tiga ratus ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah!"
Rasa macam dalam mimpi. Tidak sangka. Dengan sekali lafaz, aku sah bergelar isteri. Ya Allah. Semoga aku mampu memberikan kebahagiaan untuk suami ku. Dan juga jadikan aku sebagai isteri yang solehah. Sempat aku berdoa dalam hati.
Upacara pembatalan air sembahyang diteruskan. Makin Izwan dekat dengan aku. Makin laju degupan jantung. Aku mendongakkan sedikit kepala. Tapak tangan kananku diraih olehnya.
"Sejuknya tangan." Katanya sambil sengih. Lantas, cincin berbentuk emas putih disarungkan ke jari manis ku.
Buat kali pertama, aku mencium tangannya. Kata orang. Diri sendiri pun sejuk. Usai menyalami tangannya. Aku menarik dagu aku lalu mengucup dahi ku. Begitu banyak cahaya flash yang menyala.
*****
"Tahniah Syaf. Tak sangka jumpa juga jodoh kau." Ucap Melinda apabila selesai sahaja majlis persandingan ku.
"Thanks Mel. Hah! Kau tu bila pula? Asyik berkepit je. Kahwin lah cepat. Boleh mendatangkan fitnah tau." Usikku.
"Tulah si Zikry tu. Asyik busy memanjang je. Ajak tunang pun macam nak tak nak je." Jawabnya sambil memeluk tubuhnya.
"Korang ni. Asyik berperang dingin je. Cuba-cubalah buat gencatan senjata sikit." Peninglah kepala aku. Bila baik. Baik je. Bila gaduh. Tak cukup kertas, dia menulis sebagai luahan hati.
"Gencatan senjata? Kau ingat aku pergi perang dekat palestine sana?" Soalnya. Muka selipar koyak pula ditunjukkan.
"Alololor. Dah macam selipar koyak dah muka tu. Tak mau lah sedih-sedih. Nanti aku belanja choki-choki nak?" Sakan aku menyakat kawan aku ni. Hahaha
"Amboi sayang? Bukan main sakan sakat si Mel ni? Sampai abang dekat sini pun tak perasan?" Sampuk Izwan.
"Sayang? Abang? Sejak bila awak biasakan dengan panggilan macam ni?" Soalku musykil.
"Sejak abang lafazkan akad semalam." Selamba dia menjawab.
"Okay. Better aku makan dulu. Orang tua-tua kata tak elok masuk campur hal rumahtangga. Aku pergi dulu. Daa." Kami berdua hanya tergelak melihat tingkah Melinda. Dalam ayu dia ni, masih lagi terselit perangai sengal dia.
"Rina!!" Jerit satu suara. Macam aku kenal suara ni. Eh? Ni suara Elcah. Sepupu aku dari Los Angeles.
"Elcah!!" Jeritku kegembiraan. Segera aku memeluk tubuhnya. Dah lama tak jumpa. Jumpa pun dekat Skype.
"Congrats Rin. Sorry I tak dapat attend majlis semalam. Pagi tadi I baru sampai Senai." Ujarnya.
"Thanks Elcah. Its okay. Atleast you ada juga untuk hari kebahagiaan I ni." Jawabku.
"Aunty Jac dengan Uncle Osman tak datang ke?" Soalku.
"Oh! Mummy dengan daddy I ada dekat sana. Maybe tengah sembang dengan mak long." Jawabnya. Walaupun sudah bertahun dia menetap di sana. Namun, bahasa melayunya tidak pernah hilang dari percakapannya.
"Okay. So, bila you nak grad ek?" Soalku
"Ehem!" Izwan berdehem.
"Opss. Sorry. Elcah. Here I kenalkan husband I. Izwan."
"Hye. Elcah. Nice to meet you." Elcah memperkenalkan dirinya kepada Izwan.
"Hye. Nice to meet you too." Izwan membalas sambil memberikan senyuman.
"Rin. Ni ke husband you yang dulu you kata ala-ala sotong gitu." Katanya sambil meniru gaya lelaki lembut.
Izwan pula sudah menjeling ke arah aku.
"Itu dulu. Sekarang dah tak dah. Sekarang ni lelaki idaman malaya." Gurauku.
Pecah suasana rumah dengan gelak tawa kami.
"Okay Rin. I nak makan dulu. Rindu dengan makanan melayu. Ada ayam merah tak?" Soalnya sebelum menuju ke arah meja makan.
"Ofcourse ada. Macam-macam ada. But chicken chop takde lah. Hehehe." Jawabku sambil tersengih.
"It's okay. Dekat LA pun I tak makan sangat western food. Maklum lah. Tekak orang melayu." Katanya. Sempat lagi dia membuat lawak. Elcah. Elcah. Macam-macam karenah kau.
"Sayang. Privacy jom." Bisik Izwan.
Bulat mata aku. Awalnya.
"Nanti malam lah. Sekarang ni orang ramai." Bisikku pula.
"Alah jom lah. Kejap je. Abang nak slow talk dengan sayang." Katanya sambil mengangakat kening sebelah kanan.
Belum sempat aku bersuara, Izwan sudah menarik tangan aku dan bawa ke bilik. Pintu bilik dan tingkap bilik semua di tutup rapat.
*****
"Ooo. Sedapnya mengutuk abang selama ni. Siap panggil sotong lagi. Apa ingat abang ni macam Azwan Ali ke?" Katanya sambil mengajuk cara Diva AA itu.
Terhambur keluar gelak tawa ku. Ya Allah! Pertama kali aku tengok kali dia sedemikian rupa.
"Gelak pula. Hei! Ni bukan pentas Maharaja Lawak Mega ye sayang." Sambungnya lagi.
"Abang. Stop it. Sakit perut Syaf ketawa. Tu dah bukan sotong dah tu bang. Tu dah macam obor-obor." Jawabku dan terus ketawa.
Izwan melangkah menuju ke arah ku dan terus mencuit pinggang aku.
"Oh. Panggil abang sotong ye. Nah! Ambil ni."
"Abang! Gelilah!" Aku dah mengeletis-geletis apabila dia mencuit pinggang ku.
"Panggillah lagi abang sotong. Bagi karang."
"Alah. Gurau sikit je pun nak terasa. Abang ni. Macho ah sikit." Kataku.
"Abang tengah macho lah ni. Ada rupa macam Aaron Aziz tak? Adi Putra ke?" Sudah. Perangai kuat perasan sudah keluar.
Aku menolak pipinya hingga terteleng.
"Kuatnya lah laki kita ni perah santan. Mamat Sepah pun abang kalah, inikan pula Aaron Aziz dengan Adi Putra." Ujarku.
Tanjaknya ditanggalkan dan dia membetulkan rambutnya.
"Yelatu. Silap hari bulan. Sayang menyesal bila cakap macam tu."
"Eleh. Poyo lebih." Jawabku sepatah.
"Dah! Syaf nak keluar. Tetamu tak balik lagi dah terperap dalam bilik." Aku bangun dari katil dan menbetulkan gaun pengantin. Rasa berlengas pula bila pakai baju ni.
"Kejap. Sebelum keluar abang nak hadiah dari Syaf." Mintanya.
"Hadiah? Hadiah apa?" Soalku dengan penuh kemusykilan.
Jari telunjuknya diletakkan dipipi kanannya. Eee. Gatalnya. 'Apa nak gatalnya Syaf? Dah halalkan.' Kata satu suara.
"Sekali je heh? Lepas ni dah takde." Ulasku dan kemudiannya memberikan satu kucupan untuk Izwan.
Kemudian jarinya bawa ke bibir. Dia menunjukkan senyuman nakal.
"Miang! Taknak!" Jerit kecilku.
"Tak nak ye? Meh sini." Belum sempat aku melarikan diri, aku sudah berada dalam dakapannya.
"Nur Syafrina. I love you." Bisik perlahan di telinga ku.
Aku memusingkan badan dan menghadapnya. Aku memegang pipinya dan merenung wajahnya.
"Muhammad Khairil Izwan. I love you too." Ucapku pula.
Kini. Lelaki yang aku terserempak di Expo Buku menjadi milikku selamanya. Dan kini juga. Dia bukan seperti yang ku sangka dulu. Dia bukan sotong. Dia adalah jejaka sehidup dan semati.
Terima kasih Ya Allah. Kerana engkau memakbulkan doaku. Kini. Jodoh ku sudah berada di depan mata. Semoga ikatan sah ini akan kekal hingga akhir hayat. In sha allah.
- Tamat -